Powered by Blogger.

Oct 2, 2008

Lagi Kesilapan Umat Islam Dalam
Bulan Ramadhan & Luar Ramadhan

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Alhamdulillah, sudah hampir
seminggu kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh
keberkatan dan keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan
usaha bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan
pelbagai dosa setiap hari.

Jika
sebelum ini saya telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam
pada bulan Ramadhan agar ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya
berhasrat untuk membuat beberapa penambahan lagi sebagai panduan bagi
rakan-rakan umat Islam yang dikasihi sekalian.




Tanpa mengetahui yang
salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan
sebahagiannya bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Awas
dan segeralah melakukan koreksi jika kita pernah melakukannya di bulan
Ramadhan.

Berikut adalah beberapa lagi
kesalahan kerap yang berlaku terutamanya di bulan Ramadhan, ia juga
adalah suatu kesilapan di luar Ramadhan juga:-


1) Berjalan di hadapan orang yang sedang solat



Sebagaimana yang kita lihat,
di bulan Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat
di masjid akan hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi
pahala sunat tarawih. Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak
faham adab dan tatacara di masjid juga telah hadir.


Menurut pengalaman di
masjid-masjid dan surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu
lalang di hadapan orang yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang
penuh dan pelbagai ragam manusia, seringkali ada yang keluar masuk.


Sedarlah bahawa lalu di
hadapan orang yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar,
manakala membiarkan orang lalu tanpa bertindak juga adalah suatu
kesalahan.
Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-
Ertinya : Sekiranya
seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar
manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun,
hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang
solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)


Ibn Hajar menukilkan
kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan
haramnya lalu dihadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini
membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia
tergolong dalam kategori dosa-dosa besar" ( Rujuk Fathul Bari, Ibn
Hajar )


Ibu bapa kerap membawa anak
mereka di masjid di waktu begini. Wajiblah ke atas mereka untuk menjaga
anak mereka agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang
solat ini.


2) Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.



Jika lalu di hadapan orang
yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi
bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak
menghalang.
Nabi s.a.w menyebut :-
Ertinya : Apabila seorang
kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di
hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia
dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di
hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan
hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.'
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )


Kita perlu menyedari bahawa
solat adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t,
mana mungkin dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita
sedang berdua-duaan dengan Allah secara 'face to face'.


Apa pandangan anda jika kita
sedang ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga
merupakan seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita
dengan sultan tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima
darjah dan sijil 'pelempang' (penampar) dari sultan tersebut agaknya.
Kerana ia adalah penghinaan kepada sultan dan penerima ijazah tadi
sekaligus.

Nabi bersabda :-
Ertinya :
"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat
dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

Hanya orang yang tidak
khusyu' sahaja yang akan membiarkan orang lalu dihadapannya ketika
solat. Kerana ia tidak dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis
yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa ia sedang
berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin
lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina
Allah s.w.t.


3) Meludah di masjid



Maklumlah, hadir ke masjid
selepas berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini,
ramai kelihatan meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin
banyak ragamnya.


Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-
‏ ertinya : Meludah di
masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah
ia melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat
Al-Bukhari, Abu Daud )



4) Membiarkan anak


bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi,
menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.


Ini adalah satu lagi dosa
yang berlaku secara kerap di masjid tatkala Ramadhan ini. Sekali lagi
ia adalah disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan
agak ramai juga yang membawa hand phone masing-masing yang tidak di
'silent' kan deringannya.


Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).


Ini kerana :-


a- Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa
menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-
ֵה ַבּׁב בםהױׁ� זדַ ��ָ בו ֵבַ �װׁ ױבַ�ו �׃�וַ ֻדהוַ ׃ָ�וַ ׃ֿ׃וַ ־ד׃וַ ָׁ�וַ ֻבֻוַ ה�וַ
Ertinya : " Seseorang
yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh
pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat
Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )


Ertinya : "Sesungguhnya
seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan
pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT
kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru
dilahirkan"( Riwayat Muslim)


Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-
Ertinya : "Apabila kamu
solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan
pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya
yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" (
Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )


Justeru, difahami dari zahir
dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej
baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan
mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini
saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban
menutup hand phone semasa solat.



b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain


Sebagaimana kita fahami,
bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang
sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu
dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih
besar.
Keadaan ini dapat difahami
dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan
setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-
‏דה ֳ�ב ֻזדַ ֳז ָױבַ �ב��ׂבהַ ֳז �ַב �ב��ׂב ד׃ּֿהַ זב��ֿ �ם ָ�ו
Ertinya : Barangsiapa
yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya)
maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan
duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )


Kesimpulannya, wajib menutup
hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan
handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.



Pergerakan



Pergerakan ini tidak
membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi
SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat.
Diriwayatkan
ֳה ַבהָם ‏ ‏ױבל ַבבו �בםו ז׃בד ‏ ‏ֳדׁ ָ��ב ַבֳ׃זֿםה �ם ַבױבַֹ ַ��ָׁ זַבֽםֹ
Ertinya : Sesungguhnya
Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika
solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat
Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat
memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh'
bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat
berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana
bahayanya kala dan ular.



5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.


Telah banyak kali saya sebut
di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu
bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid.
Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.


Sebagaimana ingatan Nabi :-
‏דה ֳ�ב ֻזדַ ֳז ָױבַ �ב��ׂבהַ ֳז �ַב �ב��ׂב ד׃ּֿהַ זב��ֿ �ם ָ�ו
Ertinya : Barangsiapa
yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya)
maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan
duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )



6) Tidur semula selepas sahur


Telah disebutkan bahawa waktu
sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa.
Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu
waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan
masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.


Tidur selepas makan sahur
menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat.
Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan
atau lebih teruk, terlewat subuh.


Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.

Allah berfirman :-
ַבױרףַָצׁצםהף זףַבױרףַֿ�צםהף זףַב�ףַה�צםהף זףַבתדץ��צםהף זףַבתדץ׃���צׁצםהף ָצַבֳף׃תֽףַׁצ
Ertinya : "Orang-orang
yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di
jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )

Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.

Tidak dinafikan, di bulan
mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat
sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.


Cuma orang ramai perlu tahu
bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di
masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub
dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh
rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat
selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.

Bagaimanapun, adalah satu
kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di
rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.

Nabi s.a.w bersabda :-
ַּ�בזַ דה ױבַ��ד �ם ָם��ד זבַ ��־׀זוַ �ָזַׁ
Ertinya :
jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan
rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat
Muslim)


Majority ulama
berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia
lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam
An-nawawi )



8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah



Saya kira, isu ini telah
banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena
yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan
dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.

Sedarilah, kegagalan kita
untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan
kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

(GAMBAR DUA
WANITA YANG DISIARKAN SEBELUM INI SEBENARNYA DISIARKAN OLEH SUAMI
MEREKA DAN DISIAR SECARA PUBLIC DI WEB FOTOGRAFI, IA MEMANG DITONTON
OLEH RAMAI)


9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.


Saya juga mendapat info
bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri
dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di
bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk
kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.

Buat pihak yang mengutuk,
sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan
hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
‏בַ �ֽ�ׁה דה ַב�ׁ� װםֶַ זבז ֳה ‏ ‏��ל ֳ־ַ� זזּ� דהָ׃״
Ertinya : "Janganlah kamu
mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya
sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan
riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )


Justeru, apa jua kebaikan
yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini,
kita ditegah untuk memperlecehkannya.


10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya


Ini satu lagi penyakit yang
menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal
doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia
akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang
diulang-ulangnya itu.

Saya kerap kali terjumpa tuan
imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan
tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham
kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada
yang faham, bagaimana jika 0 % faham.

Jika tuan imam hanya 10 %
faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah
doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah
sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa
dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin
seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah
satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.
Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengingatkan :-

ַֿ�ץזַ ַבברףוף זףֳףה�ץדת דץ�צהץזהף ָצַבֵצּףַָףֹצ זףַ�תבףדץזַ ֳףהרף ַבברףוף בַ םף׃�ףּצםָץ
ֿ�ףֱַנ דצהת �ףבתָע �ףַ�צבע בַוע
Ertinya : "Berdoalah
kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan
ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan
tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani
: Sanad & Hadis Hasan )



Akhirnya, semoga kesilapan
ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan
dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel
ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan
muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.


Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
6 Ramadhan 1428 H

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP