Powered by Blogger.

Feb 7, 2009

2 MB Perak, mahkamah jadi penentu?

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diserbu wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. Beliau berkata, barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Walaupun sudah lebih 30 jam Menteri Besar baru telah dilantik oleh Sultan Perak dan mengangkat sumpah, kegawatan politik negeri itu masih belum menemui titik penyelesaian dengan dua Menteri Besar menghadiri majlis 'rasmi' masing-masing hari ini.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar berkata, barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Nizar mempengerusikan mesyuarat khas Exconya, yang berusia 11 bulan, di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.Baca selanjutnya tekan (+)

PENDIRIAN NIZAR


Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari ini.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru semalam.

BN berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas tiga ADUN bebas daripada pakatan itu keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dipengerusikan Nizar bermula pukul 11.15 pagi tadi dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seah Leong Peng.

Mesyuarat khas itu memutuskan tempoh pajakan tanah industri 30 hingga 60 tahun dilanjutkan kepada 99 tahun selain mengaktifkan semula lapangan terbang Sultan Azlan Shah dengan meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi kegunaan operator tambang murah Firefly.

Nizar berkata langkah itu bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Mesyuarat khas itu juga memutuskan pelantikan semua 342 ahli majlis kerajaan tempatan dan daerah diteruskan seperti dirancang selain meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.

Nizar percaya kesemua dasar yang diputuskan hari ini akan dilaksanakan agensi kerajaan negeri terbabit walaupun Perak kini jatuh ke tangan BN.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal".
REAKSI ZAMBRY

Bagaimanapun Zambry menegaskan bahawa beliau bukanlah Menteri Besar yang mewakili satu kaum atau parti tertentu, sebaliknya untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Saya bukannya Menteri Besar yang mewakili kaum atau parti tertentu.

"Jawapannya ialah tidak... tidak... tidak," katanya di majlis sambutan Tahun Baru Cina parti Gerakan Perak di Ipoh.

Ia merupakan acara rasmi pertamanya setelah menjawat jawatan Menteri Besar.

Kenyataannya itu disambut dengan tepukan para hadirin yang terdiri daripada anggota Gerakan dan penduduk Kg Simee yang merangkumi pelbagai kaum.

Zambry berkata sebagai Menteri Besar untuk semua rakyat Perak, beliau mahu melihat kesejahteraan dan keadilan dapat dilakukan dengan sebaikbaiknya untuk semua.

Mengenai mesyuarat Exco kerajaan Pakatan Rakyat yang dilaporkan diadakan di kediaman rasmi itu hari ini, beliau berkata, ia hanya "mesyuarat main-main sahaja" kerana tidak mengikut prosedur yang memerlukan perkenan Sultan Perak selain menghendaki ketua-ketua jabatan dan Setiausaha Mesyuarat untuk turut hadir.
KOMEN NAJIB

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.Walaupun hanya dengan satu majoriti, jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap setia, kerajaan dapat dikekalkan, katanya.

"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti.

"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. InsyaaAllah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya di sini.

Najib berkata, apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".

Beliau berkata, BN akan akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan yang telah membuat keputusan selaras dengan perlembagaan.

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
PAKATAN CABAR

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan pelantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional.

"Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini.

"Kami masih berpendirian bahawa Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah," kata beliau dalam kenyataan yang turut menamakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

"Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini.

"Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional," katanya lagi.

Justeru, kata beliau, Pakatan menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib.

"Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru-hara," katanya.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP