Powered by Blogger.

Feb 7, 2009

Cerita "Doolite" beri ilham kepada BN di Perak?

Sabtu Februari 7, 2009


ADUN dari Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (kiri) dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi turut hadir pada Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah semalam. Mohd Osman dan Jamaluddin adalah juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional di Perak. --fotoBERNAMA

IPOH: Adakah Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat kemenangan politik di Perak?

Menurut sesetengah orang yang biasa dengan "strategi politik" BN, cerita "Doolittle" itu telah membantu memberi sedikit pemahaman mengenai bagaimana BN berupaya untuk menangkis serangan politik daripada Pakatan Rakyat di Perak selepas pilihan raya umum tahun lepas dan seterusnya mengubah keadaan menjadi sebaliknya ke atas pembangkang.

Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.

Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.

Sehingga itu, rakyat jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Seorang pakar strategi politik, yang enggan dikenali berkata pasukan pemikir BN mungkin mendapat inspirasi itu dari cerita "Doolittle" begitu juga dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis berharap untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas.

Katanya BN memutuskan untuk bertindak selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.

"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.

"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.

"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN mampu melahirkan tindakan politik yang bernas sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.

Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.

Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang berani mati dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.

Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.

Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.

Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.

Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.

Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN. BERNAMA



0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP