Powered by Blogger.

Mar 10, 2009

Suntikan RM60 bilion hindar Malaysia "terjerumus kancah kemelesetan"

Najib bentang pakej rangsangan lebih enam kali ganda

DANA SUNTIKAN... Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan begnya yang mengandungi dokumen pakej rangsangan kedua ketika tiba di Bangunan Parlimen tadi. Pembentangan pakej sebanyak RM60 bilion itu bagi merangsang aktiviti ekonomi dan membantu memastikan ekonomi daripada terjerumus ke dalam kemelesetan. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 6 PETANG] KUALA LUMPUR Kerajaan sebentara tadi mengumumkan suntikan tambahan RM60 bilion menerusi satu lagi pakej bagi merangsang sektor penting dalam ekonomi negara untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mengharungi kebimbangan prospek ekonomi sejagat yang suram.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej tersebut meliputi tempoh selama dua tahun.

Jumlah itu merupakan enam kali ganda berbanding dana RM10 bilion yang diumumkan Khamis lalu.

"Maka dengan ini, sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Pakej Rangsangan berjumlah RM60 bilion.

"Pakej ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan pakej itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.

"Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing maka pakej rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

"Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur," katanya.

Sambil mengakui tentang kegusaran prospek ekonomi global, Najib bagaimanapun berkata, beliau yakin Malaysia mampu untuk berdepan dengan persekitaran yang sukar seperti beberapa krisis yang terdahulu dengan adanya semangat bersatu dalam kalangan rakyat.

Beliau mula membentangkan pakej itu sejak pukul 4 petang tadi dan berakhir 70 minit kemudian.

Daripada jumlah itu, kerajaan membahagikan dana tersebut mengiktu empat teras berikut:

- Teras Pertama: RM2 bilion

- Teras Kedua: RM10 bilion

- Teras Ketiga: RM29 bilion

- Teras Keempat:RM19 bilion

Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

- Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan

- Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja

- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam

- Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran

- Skim PROSPER Siswazah

- Usaha mengurangkan pekerja asing

TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

- Meningkatkan pemilikan rumah - Menambah baik infrastruktur awam

- Bom simpanan kerajaan

- Pembangunan pendidikan

- Kemudahan asas di luar bandar

- Program di Sabah dan Sarawak

- Program mikro kredit

- Membantu golongan kurang bernasib baik

- Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan

- Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

- Skim jaminan modal kerja

- Dana jaminan penstrukturan semula industri

- Memudahkan akses ke pasaran modal

- Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran

- Mengurangkan kos kendalian perniagaan

- Menggalakkan sektor automatif

- Industri penerbangan

- Elaun modal dipercepatkan

- Carry back losses - Levi keuntungan atas kelapa sawit

- Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN - Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad

- Projek Off-Budget

- Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

- Liberalisasi sektor perkhidmatan

- Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing

- Pembangunan industri seni kreatif

- Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

Najib berkata, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan.

Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

"Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi.

"Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

"Malahan, semasa negara , mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara," kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Pakej rangsangan kedua atau bajet mini yang dijangka bernilai melebihi RM10 bilion, akan dibentangkan petang ini di Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini jangkaan saiz yang dianggarkan "melebihi RM10 bilion"berdasarkan bacaan pertama Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 diDewan Rakyat Khamis lepas oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Beliau berkata, sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kedua atau bajetmini yang akan diumumkan itu, melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10bilion.

Katanya, jangkaan RM10 bilion itu meliputi RM5 bilion bagi perbelanjaanpembangunan dan selebihnya bagi perbelanjaan mengurus.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang ini akan dibentangkan pada pukul 4petang ini.

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai saiz pakej rangsangan itu. Ada yangmenyasarkan sehingga melebihi RM50 billion dan yang terkini dikatakan berjumlahRM35 bilion.

"Kita mengambil terlalu banyak masa bercakap mengenai jumlah rangsangankedua. Kita terlepas untuk menentukan perkara utama untuk menyediakan rangsanganyang lebih besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bumiputra-CommerceHoldings Bhd Datuk Seri Nazir Razak Februari lepas.

Beliau menyifatkan penetapan saiz pakej rangsangan itu sebagai isu mudahberbanding melaksanakan kerangka strategik untuk memastikan negara majuke hadapan.

"Adalah baik jika diambil kira persekitaran semasa bahawa kerajaanmengumumkan satu pelan strategik yang agak komprehensif serta pakej rangsangan "katanya.

Pakej rangsangan kedua yang disifatkan oleh Najib, yang juga MenteriKewangan, sebagai "komprehensif" itu bertujuan menangani permasalahan ekonomisemasa khususnya menangani isu pemberhentian pekerja dan membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terjejas teruk.

"Ia juga bagi menyediakan ekonomi negara kekal teguh menghadapi kejatuhanekonomi dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham AAziz, Sabtu lepas.

Ketika ini projek-projek dalam pakej rangsangan pertama bernilai RM7bilion yang diumumkan November lepas, dilaksanakan dengan rancak di seluruhnegara.

Kerajaan telah mengagihkan RM5.29 bilion atau 76 peratus daripada pakej itu,termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang.

"Wang berkenaan diagihkan untuk kira-kira 38,000 projek di seluruh negara,yang memberi manfaat terutama kepada kontraktor Kelas F," kata Ketua PegawaiOperasi Unit Pengurusan Projek (PMU) di Kementerian Kewangan, Datuk Ir MohdDatuk Ir Mohd Othman Zainal Azim baru baru ini.

PMU ialah unit di Kementerian Kewangan, yang ditubuhkan untuk menyelia danmengurus pengagihan dana dan kerja-kerja yang dijalankan menerusi pakejrangsangan tersebut. BERNAMA




0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP