Powered by Blogger.

May 12, 2009

Emas Yang Dipakai Perempuan:Wajibkah Dizakatkan?



بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Emas merupakan antara jenis barangan kemas yang digemari oleh
sebahagian kaum perempuan. Bermacam aksesori yang
direkabentuk dengan emas antaranya gelang, rantai, cincin,
subang, bahkan tidak kurang pula ada yang disulam pada pakaian.
Selain daripada kecantikan dan kualiti, emas juga dilihat sebagai
satu ciri kemewahan kerana nilai harganya yang tinggi. Pada
kebiasaannya masyarakat menilai perempuan yang banyak
memakai barangan kemas yang diperbuat daripada emas sebagai
golongan yang berada atau yang berkemampuan. Maka tidak
hairanlah jika terdapat segelintir orang yang berlumba-lumba ingin
memiliki barang perhiasan emas yang banyak tanpa menyedari
bahawa Islam melarang penggunaan barang kemas yang
berlebihan dan melarang bermegah-megah.

Berhubung dengan perkara di atas, satu isu yang menjadi persoalan
ialah mengenai kewajipan zakat pada emas yang dipakai oleh
kaum perempuan, sama ada sebagai pakaian atau perhiasan diri.
Kewajipan Mengeluarkan Zakat Emas
Emas adalah jenis galian termasuk dalam harta yang wajib dizakat.
Emas dianggap matawang kerana nilai matawang adalah sama
dengan nilai emas. Zakat emas pula digantungkan kepada zakat
dinar (kepingan wang emas).

Kewajipan mengeluarkan zakat dinar ada disebutkan dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Karamullahu
wajhah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

(رواه أبو داود)

Maksudnya: “Maka apabila engkau mempunyai dua ratus
dirham, dan (dua ratus dirham tersebut) telah sampai haul, maka
padanya (wajib zakat) lima dirham, dan tidak dikenakan ke atasmu

apa-apa (yang wajib dizakat) pada emas sehingga engkau
mempunyai dua puluh dinar, apabila engkau mempunyai dua
puluh dinar dan telah cukup haul, maka padanya (wajib zakat)
setengah dinar. Maka apa yang bertambah (daripada jumlah
tersebut) adalah dikira mengikut tambahan itu.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sempurna Haul Dan Cukup Nisab Syarat Pengeluaran Zakat
Emas

Dalam menentukan wajib zakat pada emas disyaratkan sampai haul
dan cukup nisab.
Haul ialah sempurna tempoh kekal mata benda itu selama setahun
hijriyyah. Contohnya emas yang disimpan itu kekal setahun mulai
1 Safar 1430 hijrah sehingga 30 Muharram 1431 hijrah.


Nisab pula ialah kadar minima harta yang wajib dizakat. Para
ulama bersepakat bahawa kadar emas yang diwajibkan zakat itu
ialah apabila cukup nisab 20 mitsqal (dinar) dan kadar perak pula
ialah 200 dirham mengikut timbangan Makkah sebagaimana yang
tersebut dalam hadis tadi.

Di dalam kitab Buhuts wa Fatawa Islamiyyah fi Qadhaya
Mu‘assarah, Asy-Syeikh al-Azhar menjelaskan bahawa para
penyelidik dalam penelitian mereka berkenaan dengan matawang
Islam bahawa satu mitsqal (dinar) di zaman Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam adalah bersamaan dengan 4.25 gram mengikut
timbangan pada zaman sekarang. Oleh yang demikian, nisab bagi
zakat emas adalah 20 mitsqal x 4.25 gram = 85 gram. Manakala
satu dirham pula adalah bersamaan dengan 2.975 gram, dan yang
demikian nisab bagi zakat perak itu adalah 200 dirham x 2.975 =
595 gram.


Berdasarkan kesepakatan ulama, wajiblah seseorang itu
mengeluarkan zakat jika dia memiliki emas yang mencapai jumlah
nisab 85 gram dan perak yang mencapai nisab 595 gram. Kadar
yang wajib dikeluarkan pula ialah 2.5% atau 1/40 dari jumlah
timbangan emas dan perak tersebut.

Emas yang wajib dizakat

Mengeluarkan zakat emas adalah tertakluk kepada cara pemilikan,
penggunaan dan kadar berat emas tersebut.
Jika seseorang itu memiliki emas untuk dijadikannya simpanan
bagi tujuan untuk dikembangkan bukannya untuk dipakai atau
bertujuan untuk dijual untuk mendapatkan harga (wang) apabila
memerlukan, maka wajib dikeluarkan zakatnya apabila cukup haul
dan sampai nisab.


Emas yang dipakai sebagai barang kemas oleh perempuan
Kaum wanita dibolehkan memakai emas seperti gelang dan rantai
leher dengan syarat tidak berlebih-lebihan dan tiada dikenakan
zakat pada emas tersebut. Ini disebabkan barangan emas tersebut
adalah untuk dipakai.
Dalam sebuah atsar sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam iaitu Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, beliau
mengatakan:

َMaksudnya: “Tiada dikenakan zakat pada perhiasan tubuh
badan.”
(Atsar riwayat al-Baihaqi)
Walau bagaimanapun jika pemakaian barangan emas itu
berlebihan sama ada untuk perhiasan diri atau pakaian yang
disulam dengan emas, maka wajib dikeluarkan zakat. Adapun
maksud berlebihan itu adalah melampui had, contohnya seorang
perempuan memiliki gelang yang mencapai timbangannya 200
mitsqal (850 gram).

Oleh yang demikian, apabila seorang perempuan itu memiliki
barang kemas yang diperbuat daripada emas dan jika setiap satu
jenis daripadanya mencapai timbangan 850 gram, maka wajib ke
atasnya mengeluarkan zakat pada barang yang mencapai berat
timbangan tersebut. Sebagai contoh setiap jenis dari barangan
kemas itu ialah seorang perempuan memiliki 850 gram rantai
emas, 850 gram gelang emas dan 850 gram cincin emas.


Apabila terdapat apa yang dikatakan berlebihan itu dalam setiap
jenis emas, maka wajib dikeluarkan zakat pada keseluruhan
timbangan berat emas dalam jenis tersebut. Umpamanya seorang
perempuan itu memiliki 1000 gram gelang emas, maka wajiblah
dia mengeluarkan 2.5% atau 1/40 daripada 1000 gram, bukannya
2.5% atau 1/40 daripada 850 gram sahaja.

Barangan kemas yang bukan diperbuat daripada emas dan
perak.

Selain daripada emas dan perak, terdapat barangan perhiasan diri
yang amat diminati oleh golongan perempuan seperti mutiara,
berlian, permata dan sebagainya.
Walau bagaimanapun tiada zakat dikenakan pada barangan kemas
tersebut walaupun ada sebahagian daripadanya lebih mahal
harganya. Ini kerana benda-benda tersebut diciptakan Allah
Subhanahu wa Ta‘ala untuk dipakai sebagai perhiasan diri, dan
kewajipan mengeluarkan zakat pada benda-benda tersebut tidak
dinyatakan.

Kesimpulannya, tidak diwajibkan zakat pada emas yang dipakai
oleh perempuan sama ada sebagai pakaian atau perhiasan diri
kecuali jika pemakaian tersebut mencapai kadar berlebihan. Maka
jika ini berlaku, tiada pengecualian baginya mengeluarkan zakat
pada setiap jenis barangan emas yang mencapai kadar berlebihan
itu.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP