Powered by Blogger.

May 29, 2009

Lima panduan untuk menjadi bos hebat, dihormati


Lima panduan untuk menjadi bos hebat, dihormati

HUBUNGAN ketua jabatan dan kakitangan penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi. Selalunya, kakitangan yang berusaha menjaga hubungan baik.

Namun, ada juga perkara sepatutnya diambil tindakan ketua jabatan sebagai menjaga hubungan dua hala itu. Lima perkara yang selalu ketua anda atau mungkin juga anda sebagai ketua terlepas pandang untuk melaksanakannya.



Beri salam


Jika diperhatikan jarang sekali ketua di tempat kerja yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah beri salam, tetapi ketua jabatan tidak menjawab. Jika anda sebagai ketua di organisasi, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak buah di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.



Beri hadiah penghargaan pada hari tertentu

Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai ketua atau ketua anda lakukannya? Penghargaan yang tidak seberapa tetapi akan menyebabkan staf di bawah memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan diamanahkan.

Ketua anda mungkin memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tetapi itulah yang anda lakukan untuk menjadi ketua yang hebat.



Staf adalah keluarga di pejabat

Jangan hanya menganggap staf sebagai rakan kerja tetapi mereka sebenarnya adalah keluarga kedua di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan diberikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.


Turun padang

Banyak yang berlaku, setiap kali majlis kecil atau program dianjurkan oleh staf, ketua tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda sudah mengecewakan mereka.



Berikan hak staf anda

Bukan mudah menjadi seorang bos (ketua) yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak staf supaya mereka lebih mengasihi anda.

Hadirilah setiap jemputan kenduri kahwin, majlis tahlil atau ziarah keluarga staf anda jika mereka ditimpa kesusahan.

Hulurkan bantuan, jangan hitung kuantiti yang diberi tetapi ambil kira kualiti yang sudah anda lakukan.

Perkara yang anda lakukan ini mungkin tidak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi bos yang hebat jika mengambil berat lima perkara ini.

Memimpin memerlukan kemahiran tertentu supaya dapat memberi kesan efektif kepada staf.

Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif supaya proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran kepemimpinan.

(Maklumat dari Fitrah Power Resources)

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP