Powered by Blogger.

May 31, 2009

Tragedi runtuhan: Mayat akhir ditemui, operasi mencari dihentikan




PETALING JAYA: Mayat ketujuh dan dipercayai yang terakhir dalam tagedi bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam, menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu kepada tujuh orang semuanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat tanpa kepala itu ditemui kirakira lima meter dari kawasan penemuan mayat kelima dan mayat keenam.

"Mayat tanpa identiti itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat itu akan dilakukan esok dan keputusannya dijangka diketahui secepat mungkin.

Ujian DNA akan turut dilakukan oleh PPUM bagi mengenali identiti mangsa dan pihak hospital akan berhubung dengan kedutaan Indonesia mengenai perkara itu, katanya.

Arjunaidi berkata operasi mencari dan menyelamat turut dihentikan pada pukul 5 petang semalam bagi memberi laluan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan.

"Pihak MBPJ akan melakukan kerjakerja penyiasatan dan pembersihan di kawasan itu," katanya.

Selain itu Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga akan menyiasat struktur bangunan itu sehingga hari Jumaat sebelum laporan penuh siasatan itu dihantar kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata penghuni 12 buah rumah berdekatan diarah berpindah sementara kerana pakar menjangka bangunan yang terbabit dalam kejadian itu menghadapi risiko akan runtuh bilabila masa dan boleh membahayakan bangunan dan penduduk di sekitar kawasan itu. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Tragedi runtuhan: 2 lagi mayat ditemui, korban cecah 6

PETALING JAYA: Dua lagi mayat yang ditemui tengah hari ini dikeluarkan dari kawasan tragedi runtuhan bangunan yang menempatkan Jaya Supermarket di sini, menjadikan jumlah korban kepada enam orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat-mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain di bawah timbunan konkrit.

"Mayat pertama merupakan sebahagian tulang belakang dengan daging manusia ditemui pada pukul 12 tengah hari, manakala satu lagi mayat sempurna ditemui pada pukul 12.50 tengah hari," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sebahagian tulang belakang berdaging yang ditemui itu belum dapat dikenalpasti indentitinya, manakala mayat yang cukup sifat itu dikenali sebagai Hadi, 30.

Arjunaidi berkata, cebisan mayat yang belum dikenalpasti itu perlu dianalisis oleh Jabatan Forensik untuk mengenal pasti indentitinya.

Katanya, tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat Hadi, tetapi berdasarkan maklumat daripada saudara mangsa, ia merupakan mayat Hadi.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengeluarkan satu lagi mangsa yang tertimbus dan tumpuan diberikan di kawasan berhampiran dengan kedua-dua mayat yang ditemui hari ini.

Semalam dua mayat iaitu Muhd Maskur, 31, dan Anwaruddin, 38, ditemui pada pukul 3.30 pagi dan 4.07 petang, manakala mayat Alsuki, 53, dan satu lagi mayat yang tidak dikenali ditemui pada hari kejadian, Khamis lepas. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Dua lagi mayat ditemui antara runtuhan konkrit di bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya tengah hari ini menjadikan bilangan yang terbunuh dalam tragedi itu kepada enam orang setakat ini.

BERITA TERDAHULU

Tragedi runtuhan: Mayat ke-5 ditemui hari ini

PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat telah mengesan satu lagi mayat daripada runtuhan bangunan Jaya Supermarket hari hari ini, menjadikan jumlah yang terbunuh lima orang setakat ini.

Mayat mangsa dipercayai seorang pekerja Indonesia telah dikeluarkan kira-kira 1.05 tengah hari tadi.

Dua lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan itu.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian runtuhan pusat membeli-belah Jaya Supermarket di sini terpaksa dihentikan kira-kira enam jam sejak awal pagi tadi kerana hujan lebat dan angin kencang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata operasi disambung kira-kira pukul 9 pagi ini selepas hujan berhenti bagi mengesan mangsa yang masih tertimbus dalam timbunan konkrit.

"Tumpuan sekarang di bahagian tengah dan bawah bangunan yang ditimbuni lima lapisan lantai konkrit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan memakan masa yang agak lama kerana lapisan lantai konkrit itu perlu ditebuk.

Katanya, kerja-kerja perlu dijalankan dengan berhati-hati supaya lapisan atas runtuhan tidak mengalami gegaran yang boleh mendatangkan risiko kepada anggota penyelamat.

"Gegaran semasa kerjakerja ini dijalankan agak minimum supaya tidak akan memberi kesan kepada struktur bangunan sekitar," katanya.

Arjunaidi berkata, satu perbincangan bersama agensi-agensi berkaitan telah diadakan bagi membantu pasukan penyelamat daripada segi penilaian berhubung tahap dan risiko bangunan yang belum runtuh itu.

Setakat ini, empat buruh warga warga Indonesia disahkan terbunuh manakala tiga lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan pusat belibelah setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh dua hari lepas.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang ketika terdapat seramai 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan kerja-kerja persediaan sebelum merobohkan satu daripada blok bangunan itu.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP