Powered by Blogger.

Feb 2, 2010

Pakej jalur lebar siswa

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dengan usaha sama kerajaan melancarkan pakej baru jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua yang dipanggil Streamyx Cool Uni Pack.

Pakej itu menawarkan pelajar satu gabungan yang merangkumi sebuah netbook dengan akses jalur lebar percuma dan dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pakej itu ditawarkan khas untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).


Katanya, TM juga menawarkan modem tanpa wayar percuma, akaun Streamyx Zone percuma dan pelanggan juga boleh memuat turun 50 lagu sebulan selama setahun dari portal muzik TM, HyppTunes.


“Kami sungguh gembira dengan pengenalan pakej Streamyx Cool Uni Pack ini, malah pelajar juga akan menikmati diskaun 50 peratus dari kadar langganan untuk yuran bulan pertama dan kami turut mengecualikan yuran pengaktifan berjumlah RM75 dan yuran pemasangan RM88 untuk pakej ini.


“Bagaimanapun, untuk pelajar yang memerlukan kapasiti jalur lebar lebih tinggi, mereka boleh memilih pakej dengan kelajuan lebih tinggi bermula dari 512Kbps hingga 4 Mbps dengan peningkatan yuran minimum dari RM15 sebulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.


Menurutnya, pakej jalur lebar dan komputer yang baru dan mampu dimiliki ini disasarkan bagi penembusan komputer dan jalur lebar selari agenda nasional untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar iaitu 50 peratus dari jumlah isi rumah pada akhir tahun ini.

Sumber dari SINI



0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP