Powered by Blogger.

Mar 15, 2010

Chong Wei juarai Seluruh Englang edisi ke 100 (2010)


Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

TAHNIAH MALAYSIA BOLIH



KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham pada Ahad.

Apa yang lebih istimewa ialah, anak didik Datuk Misbun Sidek itu menjadi juara All England pada ulang tahun kejohanan tersebut yang ke-100.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah melangkah ke perlawanan akhir All England tahun lalu, namun impiannya untuk merangkul gelaran juara ketika itu dihalang pemain China Lin Dan.

Chong Wei yang ketinggalan 0-4 pada awal permainan tidak berputus asa dan terus mengasak Tago untuk menang set pertama 21-19.

Pada set kedua, Tago, yang beraksi cemerlang, memaksa Chong Wei bekerja keras sebelum pemain nombor satu dunia itu dapat menundukkan lawannya dan memenangi perlawanan 21-19.

Walaupun hanya menjadi naib juara, pencapaian Tago boleh dibanggakan memandangkan beliau telah berjaya menundukkan pemain pilihan seperti Bao Chunlai dan Chen Jin dari China untuk mara ke perlawanan akhir.

Terdahulu itu, pemain wanita nombor 10 dunia, Tine Rassmussen dari Denmark melakukan kejutan apabila menewaskan juara bertahan Wang Yihan dari China pada perlawanan akhir untuk merangkul gelaran wanita perseorangan.

Rassmussen menundukkan pemain nombor satu dunia itu dengan keputusan 21-14, 18-21, 21-19 pada perlawanan sejam itu.

Dalam perlawan akhir acara beregu campuran, gandingan China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei menewaskan pasangan nombor dua dunia Nova Widianto-Liliyana Natsir dari Indonesia 21-18, 23-25, 21-18.

-- BERNAMA

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP