Powered by Blogger.

Aug 24, 2010

RAHSIA Di Sebalik Wudhu’

Ketika membasuh tangan,
kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T.semoga Allah mengampunkan dosa kedua belah tangan itu yang mungkin telah melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi tangan kita ialah memegang sesuatu barang atau harta bukan kepunyaan kita, tapi kepunyaan orang lain yang dilarang oleh Allah kita memegangnya.

Atau kita telah menggunakan tangan kita itu untuk memukul orang yang tidak sepatutnya, atau melukis atau menulis sesuatu yang tidak benar atau berupa fitnah yang mengaibkan orang atau boleh menimbulkan huru-hara.

Ketika berkumur-kumur,
kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa-dosa yang ada pada mulut kita itu yang mungkin telah melakukan berbagai-agai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin telah kita lakukan menerusi mulut kita ialah memaki, menghina atau mencerca dan mencela orang.

Atau kita memakan harta benda orang lain yang diharamkan oleh Allah kita memakannya; atau kita makan riba; atau kita makan harta orang secara halal, tapi dia tidak mengeluarkan zakat, atau harta anak-anak yatim ataupun memakan makanan-makanan yang Allah haram memakannya, seperti daging-daing haiwan yang disembelih tidak mengikut syariat Islam.

Ketika memasuk air ke dalam lubang hidung,
kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa-dosa yang ada pada hidung kita itu yang mungkin melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi hidung kita ialah yang mencium bauan-bauan yang tidak patut dicium baunya atau bauan-bauan yang tidak diredha dicium oleh tuannya.

Atau mencium bauan-bauan yang terdapat pada badan wanita jika kita lelaki dan mencium bauan-bauan yang pada lelaki jika kita seorang wanita.

 Ketika membasuh muka selepas berniat mengambil wudhuk,
kita hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T supaya mengampunkan segala dosa yang mungkin terdapat pada muka kita yang mungkin melakukan brbagai-bagai dosa dan kesalahan.

Salah satu anggota terpenting yang terdapat pada muka kita ialah mata yang kita gunakan untuk melihat segala sesuatu yang ada di alam nyata ini dan yang ada di hadapan kita.

Antara kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi anggota muka kita ialah mata kita, kerana melihat sesuatu yang tidak patut atau haram dipandang.

Antaranya, jika kita seorang lelaki kita mungkin melihat wanita-wanita yang bukan muhrim kita, iaitu wanita-wanita yang boleh kita nikahi.

Atau pun kalau kita seorang wanita pula kita melihat lelaki yang bukan muhrim kita, iaitu lelaki yang halal kita nikahi.

Atau pun kita seorang lelaki, kita melihat kaum sejenis kita pada anggota-anggota antara pusat dan lutut. Demikian dengan wanita yang melihat kaum sejenisnya wanita.

Atau jika kita melihat dalam rumah seseorang tanpa izin tuan rumah, seperti ketika berada atau melalui hadapan rumah-rumah mereka, mungkin untuk melihat sesuatu yang di dalamnya yang menarik nafsu kita untuk melihatnya.

Atau pun kita menonton permainan atau hiburan-hiburan, seperti mak yong, menora atau ronggeng iaitu antara permainan tradisi zaman dahulu.

Dan hari ini berbagai-bagai jenis hiburan dengan senang dibawa masuk ke rumah kita dengan hanya menggunakan jari jemari kita sahaja, khususnya tv dan internet. Di situ kita dapat melihat serba neka, orang berbogel, separuh bogel dan sebagainya tanpa batas lagi.

Di samping itu kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah semoga kita dapat melihat Zat Allah di Akhirat nanti yang tidak dapat kita gambarkan bagaimanakah keadannya, kerana berbeza dengan segala makhluk ciptakanNya.

Kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah memberi peluang kepada kita melihat Penghulu kita, Rasululah saw. di Akhirat nanti.

Kita juga hendaklah berdoa semoga Allah memberi peluang kepada kita melihat kedua ibu bapa yang telah meninggal terlebih dahulu dan orang-orang yang kita kasihi di dalam Syurga, dan melihat bidari-bidadari dan permainan-permainannya dan segala pokok-pokok kayu yang indah yang terdapat dalam Syurga itu.

Ketika membasuh kedua tangan hingga siku,
kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah mengampun segala kesalahan dan dosa yang mungkin ada pada kedua belah tangan kita itu kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kedua tangan kita itu ialah memukul atau menampar orang ataupun menyinggung atau meyiku orang ketika berada di khalayak ramai, seperti ketika berebt-rebut untuk menaiki kenderaan awam, dan seumpamanya.

Ketika membasuh tangan sebelah kanan, berdoalah kepada Allah S.W.T supaya menyerahkan kitab amalan kita di Akhirat nanti menerusi tangan kanan kita, sebaliknya ketika membasuh tangan kiri berdoalah kepada Allah supaya Allah tidak menyerahkan kitab amalan kita itu di Akhirat nanti menerusi tangan kiri kita.

Ketika membasuh kepala, di bahagian ubun-ubun
kita hendaklah berdoalah dalam hati supaya Allah mengampunkan segala dosa yang ada di kepala kita itu kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan-kesalahan atau dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kepala kita ialah menyembah atau memuliakan pihak berkuasa di dunia semacam kita menyembah Allah S.W.T, seperti mengagung-agungkan secara melampau para pembesar, pihak berkuasa, dan sebagainya di luar daripada keharusan yang dibenarkan oleh syara’, ataupun melakukan apa sahaja yang diperintah oleh mereka walaupun melanggar kebiasaan, peraturan dan undang-undang.

Ataupun kita menggunakan kepala otak kita untuk memikirkan mengenai perkara-perkara yang tidak baik, seperti merancang untuk menganiya orang dan sebagainya.

Sebaliknya kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah mengurniakan kepada kita kepala yang sentiasa tunduk patuh dan menyembah Allah S.W.T semata-mata tanpa berbelah bahagi hingga ke hari Akhirat nanti yang tidak ada sebarang naungan lagi kecuali naungan di bawah Arasyh Allah S.W.T.

Ketika membasuh telinga,
kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. supaya mengampun segala dosa yang ada di telinga kita kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa-dosa yang mungkin kita lakukan menerusi telinga kita ialah seperti mendengar muzik-muzik yang memuja sesuatu yang meleka dan melalaikan yang menyebabkan kita terlupakan Allah S.W.T.

Juga kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah supaya mengurniakan telinga kita supaya dapat mendengar zikrillah Taala dan Kalamullah Taala dari dunia hingga ke Akhirat, iaitu di Syuga nanti.

Ketika membasuh leher atau tengkuk kita,
kita hendaklah berdoa dalam hati supaya Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa yang terdapat di leher kita kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan atau dosa yang mungkin kita lakukan menerusi leher kita ialah seperti bahu kita memikul barang-barang yang diharam oleh Allah kita melakukannya atau memakai barang-barang yang tidak haram dipakai seperti lelaki memakai rantai leher, atau wanita memakai rantai-rantai yang bukan milikmya yang sah dan sebagainya.

Jua kita hendaklah berdoa dalam hati semoga Allah tidak mmbelenggukan leher kita dengan rantai-rantai neraka yang amat menyeksakan itu. Sebaliknya kita hendaklah berdoa semoga Allah S.W.T memakaikan kita atau menyarungkan melalui leher kita pakaian-pakaian dari Syurga.

Ketika membasuh kedua belah kaki,
kita hendaklah berdoa dalam hati kepada Allah S.W.T. semoga Allah mengampunkan segala dosa yang terdapat pada kedua-dua kaki kita itu kerana melakukan kesalahan dan dosa.

Antara kesalahan dan dosa yang mungkin kita lakukan menerusi kedua kaki kita ialah seperti berjalan utuk menonton berbagai-bagai hiburan, seperti mak yong, menora, pergi ke pawagam-pagawan atau ke tempat-tempat hiburan yang bercampur gaul tanpa batas dan pendedahan-pendedahan aurat yagn diharamkan oleh agama. Atau kita pernah terlibat dalam perbuatan jenayah, seperti merompak, menyamun dan mencuri ataupun berbagai-bagai perbuatan maksiat lagi yang menggunakan kedua kaki kita untuk bergerak yang terang-terang dilarang oleh Allah S.W.T.

Berdoalah kepada Allah supaya menjadikan kedua kaki itu gemar berulang alik ke masjid-masjid, ke surau-surau, dan ke majlis-majlis ilmu dan ke tempat-tempat kebajikan.

Juga berdoalah kita kepada Allah S.W.T. supaya Allah menetapkan kaki kita ketika meniti di atas Siratalmustakim menuju ke Syurga dan tidak tergelincir jatuh ke dalam neraka jahnam di bawahnya, iaitu seburuk-buruk tempat untuk di huni.

Selepas selesai mengambil Wudhuk berdoalah
sebagaimana biasa doa selepas Wudhuk yang bermaksud, “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada yang menyengutui bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah jadikanlah aku sebagai ahli taubat, dan jadikanlah aku orang yang suci; dan jadikanlah aku dari kumpulan orang-orang yang salih”.

Seterusnya bersolatlah kita dengan ksyusuk kepada Allah S.W.T. Amin!

Seterusnya hiduplah dengan Mahabbah dan harmoni luar dan dalam-lahir dan batin.

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP