Powered by Blogger.

Jan 24, 2012

Jangan Mudah Percaya Laman Blog

Ini dia artikel & berita yang ditulis oleh seorang wartawan dari Mstar Online, Feride yang sudi hadir di #PartyBudiey. Terima kasih Feride sebab sudi buat liputan dan menemuramah artis yang hadir dan Budiey sendiri.
Budiey akan meletakkan beberapa lagi artikel dan berita yang akan ditulis oleh wartawan lain di sini. Jadi, stay tuneed orait?
Jangan Mudah Percaya Laman Blog – Budiey
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Budiey
Parti ulangtahun budiey.com mendapat sambutan hangat daripada para pembaca – Foto RICKY LAI
KUALA LUMPUR: Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah.
Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan.
“Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar.
“Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam.
“Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar bijak menilai setiap entri yang dibaca,” katanya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-5 blog budiey.com di kelab Zouk, di sini, Sabtu.
Budiey
Adira, Elfira Loy dan Shila Amzah turut memeriahkan acara ulang tahun Budiey. Tambah Budiey lagi, dia juga berharap agar penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu tidak menghentam para selebriti tanpa usul periksa atau mendapatkan bukti yang sahih.
Sementara itu, mengenai majlis ulang tahun Budiey, seramai 150 pembaca terpilih diraikan dengan pelbagai acara yang menarik.
Malah beberapa selebriti yang antaranya seperti Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah, Farawahida, Keroz dan Awandband turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu pada majlis tersebut.
Beritahu Budiey, dia gembira kerana laman blognya sudah mencapai hampir 10,000 jumlah pembaca dan mendapati, walaupun tidak memaparkan entri berbaur gosip, laman Sensasi Selebriti masih lagi menjadi tarikan.
Budiey
Budiey
“Dalam blog ini, biasanya saya akan memasukkan entri seperti majlis-majlis pelancaran filem, muzik atau apa-apa yang berkaitan dengan selebriti tempatan negara.
“Malah, penulisan mengenai program-program televisyen yang sedang atau bakal disiarkan juga dipaparkan. Alhamdulillah, blog kendalian saya ini mendapat sokongan yang bagus,” ujarnya.
Selain itu, acara yang dikendalikan oleh penyampai radio DJ Lin dan Azrul Zaidi itu turut membuatkan para pembaca blog tersebut tertunggu-tunggu untuk mendapatkan cabutan bertuah. via Mstar Online

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP