Powered by Blogger.

Mar 12, 2012

Shahrizat Jalil Letak Jawatan VS Skandal NFC Malaysia?

Shahrizat Letak Jawatan Shahrizat Jalil Letak Jawatan VS Skandal NFC Malaysia?
2, 3 hari sebelum ini, sudah ada desas-desus yang mengatakan kontrak Shahrizat Jalil sebagai senator tidak akan disambung lagi. Dan…..akhirnya atas desakan kuat daripada pelbagai pihak samada secara “tersurat” mahupun “tersirat” daripada kalangan orang di luar sana termasuklah pimpinan tertinggi UMNO, telah memberikan satu signal yang agak jelas, hayatnya sebagai menteri tidak boleh dipertahankan lagi. 
Walaubagaimanapun, peluang untuk Shahrizat Jalil dilantik semula selepas Pilihanraya Umum ke 13 itu “tetap ada”. Semunya boleh berlaku.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator. Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.
“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri. “Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.
Menurutnya lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk beliau mengundur diri malah beliau sudah menyediakan surat perletakan jawatan dan akan menghantarnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur, dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini,” tambahnya.lagi.
Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal NFC, sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad.
Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC,” katanya lagi.

Dalam pengumuman tersebut, Shahrizat turut memberikan penghargaan kepada kepimpinan Najib sepanjang penglibatan beliau sebagai menteri.
“Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada pemerintahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan rakan jemaah menteri kerana mendapat kerjasama yang baik selama 10 tahun sebagai menteri,” katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Desa Water Park di sini.
Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).
Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka. Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat pada masa itu merupakan menteri Kabinet. Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.
NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran. (Sumber : Malaysia Insider)
Kami merasakan (Shahrizat) tidak perlu memaklumkan yang beliau letak jawatan sebenarnya. Agak mengelirukan di situ. Ini kerana beliau bukannya ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dan beliau diangkat menjadi menteri pun atas kapasitinya sebagai senator yang dipilih oleh Datuk Najib Razak. Dan, sekarang Perdana Menteri tidak mahu menyambung perkhidmatan Shahrizat Jalil menjadi senator, secara automatiknya jawatan menteri pun akan gugur dengan sendirinya. Jadi tiada isu Shahrizat letak jawatan sebenarnya.

Pengganti Shahrizat Jalil?

Dengan ketiadaan Shahrizat Jalil selepas ini dalam barisan kabinet Malaysia, bermakna tiada lagi wanita Barisan Nasional (BN) yang memegang jawatan sebegai menteri menteri penuh. Jadi siapa yang bakal menggantikan Shahrizat Jalil menjadi Menteri Wnaita dan Keluarga selepas ini? Ini ada senarai ahli parlimen wanita dalam Barisan Nasional (BN) yang tiada jawatan menteri :
  • Rafidah aziz (kuala kangsar)?
  • Noraini ahmad (parit sulong)?
  • Halimah sadique (tenggara)?
  • Azalina othman (penggerang)?
  • Linda Tsen (batu sapi)?
  • Nancy Shukri (batang sadong)?
  • Norah abdul rahman (tanjong manis)?
Walaupun bakal mengundurkan diri sebagai menteri selepas ini, masih ada lagi mempersoalkan tindakan Shahrizat termasuklah :
  1. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran  kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah “terlambat.”
  2. Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu ‘drama’. ”Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini(semalam) sedangkan esok (hari ini) ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen. ”Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta.”

InfoGrafik : Kronologi Sebelum Shahrizat Letak Jawatan 

Shahrizat Jalil NFC Shahrizat Jalil Letak Jawatan VS Skandal NFC Malaysia?

1 comments:

bahar19852010 8:33 AM  

ape ape je la politk ni...

artikel terbaru saya pasal Jawatan Kosong Kerajaan Terkini ..

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP