Powered by Blogger.

Apr 19, 2012

Adakah Wajib Membaca Fatihah Dalam Keempat-Empat Rakaat Sembahyang?


Soalan :

    Assalamualaikum,
 
1) Saya ingin bertanyakan masalah khilaaf aulawiy sahaja, tetapi bagi saya ini cukup penting iaitu apabila kita memilih 
   untuk menggunakan pendapat Imam Malik yang mengatakan boleh makmum tidak membaca fatihah belakang imam 
   yang ditujukannya kepada solat Jahr sahaja, saya musykil  adakah tidak perlu membaca fatihah pada dua rakaat yang
   dibaca sahaja atau pada keempat-empat rakaat tu kita tidak perlu baca misalnya pada waktu solat isya'? 
 
 2)  Adakah tidak sah jikalau kita menjadi imam & memperdengarkan lafaz takbir secara kuat dengan niat 
     memperdengarkannya kepada makmmum?
 
 3)  Adakah boleh seseorang muallaf yang masuk islam menerima pusaka daripada keluarganya yang bukan islam 
     walaupun dia seorang yang miskin?

Dari : :  Umar bin Muhammad



Jawapan dari www.darulkautsar.net



1 – Masalah bacaan al-Fatihah dalam solat tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan wajib dibaca pada setiap rakaat, sama ada sembahyang sendirian atau menjadi makmum  di sisi mazhab Syafi’i dan Ahli Hadis. Apabila anda hendak mengamalkan sesuatu pendapat perlu dipastikan kejelasannya.

Dalam hal ini, sekiranya anda ingin memilih pendapat Imam Malik sepatutnya diketahui bahawa beliau mewajibkan bacaan al-Fatihah ke atas makmum dalam rakaat yang imam tidak menyaringkan bacaan, sama ada sembahyang jahri atau sirri. Tetapi wajib juga membaca al-Fatihah apabila bacaan imam (pada dua rakaat pertama sembahyang jahri) tidak didengarinya. Sebagai contoh dalam sembahyang Isya`, dua rakaat pertama tidak wajib makmum membaca surah al-Fatihah tetapi wajib pada dua rakaat yang akhir.

Secara ringkas disebutkan khilaf ulama dalam masalah ini:

Mazhab Hanafi, makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah, sama ada solat jahri atau sirri, pada dua rakaat pertama atau rakaat yang baki dalam sembahyang jahri. Kewajipan menjadi gugur kerana imam menanggung.

Mazhab Malik, makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah, pada dua rakaat pertama solat jahri dan wajib membacanya pada selainnya. Makmum wajib membaca al-Fatihah sekiranya dia tidak mendengar bacaan imam.

Mazhab Syafi’i, makmum wajib membaca al-Fatihah dalam mana-mana rakaat dalam mana-mana sembahyang.

 2 –  Bagi seorang imam, takbir mesti dilafazkan dengan jelas supaya didengari oleh makmum bagi mengetahui perpindahan rukun. Mengikuti imam hanya akan sempurna apabila diketahui pergerakan imam.


3 – Seorang mukallaf tidak berhak menerima pusaka dari warisnya yang bukan Islam walaupun dia seorang miskin kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ  رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ اَلنَّبِيَّ  صلى الله عليه وسلم  قَالَ : لَا يَرِثُ اَلْمُسْلِمُ اَلْكَافِرَ, وَلَا يَرِثُ اَلْكَافِرُ اَلْمُسْلِمَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Daripada Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam tidak mewarisi daripada orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi daripada orang Islam. (al-Bukhari dan Muslim)

Sebab perpindahan pusaka ialah kekeluargaan dan keislaman bukan kemiskinan.
والله أعلم

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP