Powered by Blogger.

Apr 1, 2012

Jual tapak masjid hanya fitnah

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak Umno menyerlahkan ketidakprihatinan mereka dalam hal pembangunan.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sendiri iaitu Ir Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).
Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1,200 atau 1,500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan juga sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.

Namun begitu ‘master plan’ tersebut hanya diluluskan kepada pihak pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana pelan pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada tuan tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soal tapak untuk masjid atau sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina masjid atau sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.

Sekali lagi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamerkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak masjid sedangkan tapak masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.

Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamerkan pelan pembangunan induk (master plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.
Dan di samping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan di zaman pemerintahan Umno BN dulu.

Amir Ghazali ialah Ketua AMK Pulau Pinang.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP