Powered by Blogger.

Sep 20, 2012

Hadis 38 - Hadis 40

HADIS 38


عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته

بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
)) رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan
sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat
sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya
yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

Pengajaran hadis:


(1) Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.


(2) Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan amalan
fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan
fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.

(3) Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar
mengasihinya.


(4) Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah
lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan
pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan
Allah SWT.
 Oleh kerana itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang
memusuhinya, maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP