Powered by Blogger.
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Feb 10, 2013

Lompat Tali Cara Mudah Bakar Kalori.Baik Untuk Jantung


UNTUK kelihatan langsing, pasti ada antara kamu sanggup berhabis untuk membeli pelbagai peralatan sukan menurunkan berat badan.

Tahukah kamu, dengan hanya melakukan lompat tali boleh membakar kalori dengan pantas dan mudah berbanding senaman lain.

Senaman menggunakan tali itu adalah sejenis latihan kardio sederhana yang memberi tindak balas besar kepada tubuh selain dapat menjimatkan wang dan masa.

Dengan hanya melompat tali tanpa henti selama 10 minit, kira-kira 132 kalori dalam tubuh dapat disingkirkan.

Cara Praktikal Lompat Tali Yang Betul

  1. Lakukan aktiviti memanaskan badan & aktiviti regangan.
  2. Memastikan sukatan tali skipping mengikut ketinggian & kesesuaian masing-masing. (Pegang kedua-dua belah hujung tali & pijak tali tersebut. Kedua-dua hujung tali mesti berada diantara paras ketiak dan paras bahu anda)
  3. Cara memegang tali skipping ialah dengan meletakkan hujung “haddle” di tengah tapak tangan & genggam “handle” tersebut. Siku mestilah rapat dengan badan & pergelangan tangan hendaklah berada lebih kurang 20 hingga 35 cm dari badan & perlu sedikit ke bawah pinggang.
  4. Permulaan Melompat Tali :
  5. Hayunkan tali & pusing tali di sisi anda.
  6. Jika anda rasa sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusingkan telah mencecah ke lantai. Anda digalakkan melompat tidak melebihi 30 cm. Untuk permulaan sila pastikan anda melompat dengan “bounce” untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
  7. Aktiviti menyejukkan badan “cooling down” perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku

Read more...

Feb 3, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memper­ baiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

~ Wallahullam

Read more...

Apr 10, 2012

Awas beras murah,mungkin beras sintetik

posted by admin on April 10th, 2012

 

Hati-hati membeli beras yang berasal dari China, kerana berdasarkan laporan sebuah media dari Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran.Beras palsu yang terbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu memiliki zahir yang sama pada mata kasar, namun ketika dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna.

Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dianggap sebagai punca beras ini dicipta. Menurut Asosiasi Restoran China, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu bakul plastik. Petugas berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan diatas laporan ini.

China memiliki rekod keselamatan makanan yang sangat rendah, pada tahun 2008 sebanyak enam bayi meninggal kerana meminum produk susu formula mengandungi melamin. Plastik itu akan menjadi lebih buruk pada tubuh kerana ianya akan membuatkan kegagalan buah pinggang
- Asianews

Read more...

Apr 6, 2012

Impian temu Dr Sheikh Muszaphar bakal tertunai hari ini

Wartawan Sinar Harian
6 April 2012
Logo Adik Wan Arif Ferdaus
IPOH – Impian pesakit kanser, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, bakal menjadi nyata­ apabila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor akan menemuinya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, jam 10 pagi, hari ini.
Pertemuan yang disusun Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (PIKM) itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof yang bersimpati keadaan adik Wan Arif Ferdaus.

Naib Presiden PIKM, Teoh Teik Hoong berkata, pelbagai acara disusun Wan Arif Ferdaus bersama Syeikh Muszaphar dan Fadillah termasuk membuat lawatan di Planetarium Negara berikutan cita-citanya ingin menjadi angkasawan. 

“Ibunya menghubungi pihak kami bagi menunaikan impian Wan Arif Ferdaus yang kini menghidap kanser tahap empat di kaki kirinya dan impiannya­ kini dapat kami ditunaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Sementara itu ibunya, Zetty Ramli, 28, terharu dengan kesudian Syeikh Muszaphar Syukor menunaikan impian­ anaknya dalam masa singkat. 

“Kami turut bersyukur dengan keprihatinan orang ramai yang sudi menyumbangkan wang kos pembedahan abang. 

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dengan mereka yang sudi membantu kami,” katanya yang setakat ini berjaya mengumpul lebih RM13,000.

Read more...

Apr 4, 2012

Wan Arif: 'Mama, tolong doakan abang'

ROSDALILAH ZAHARI (Sinar Harian)
4 April 2012
Logo Adik Wan Arif Ferdaus
IPOH - “Mama... ini dugaan untuk abang. Mama jangan bimbang. Mama cuma doakan abang supaya cepat sembuh dan boleh bermain dengan kawan-kawan macam biasa.” 

Walaupun baru berusia lapan tahun, si kecil memahami situasi pe­ra­­­saan dilalui ibunya. Malah dia masih mampu tampil ceria. 

Wajah manisnya yang gemar mengorak senyum, menutup segala derita dilaluinya.

Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, dari Kampung Sentang, Batu Gajah, dekat Ipoh bukan menderita sakit biasa. Anak kecil itu disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.

Wan Arif Ferdaus, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad menghidap kanser di bahagian kaki kiri dan memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemin­dahan tulang titanium.

Kanak-kanak ini juga berharap cepat sembuh agar cita-citanya sebagai angkasawan dapat dicapai. 

Bertemu ibunya, Zetty Ramli, 28, merungkai cerita detik permulaan bagaimana penyakit anaknya itu mula dikesan. Sinar Harian bertemunya di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak yang hadir untuk meminta bantuan daripada Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah.

“Ia bermula pada Februari tahun lalu selepas Wan Arif Ferdaus terjatuh ketika bermain di sekitar rumah kemudian mengadu sakit kaki kiri.

“Bermula dari insiden itu, Wan Arif Ferdaus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemerik­saan lanjut.

“Pemeriksaan awal menyatakan anak saya hanya mengalami bengkak biasa, malah ia dikatakan selalu terjadi ke atas kanak-kanak sebaya dengannya.

“Namun dua bulan kemudian, anak saya kembali sakit dan sekali lagi dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan tetapi penyakitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya,” ceritanya. 

Ibu kepada tiga anak itu berkata, setiap malam anak sulungnya pasti mengadu sakit hingga tidak dapat tidur.

“Kami akhirnya membuat keputusan untuk membawa anak kami menjalankan pemeriksaan di Hospital Pantai dengan meminjam wang daripada ahli keluarga.

“Selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray, doktor mengesahkan ada sesuatu yang tidak normal pada kaki anak kami,” katanya.

Tambahnya, keputusan itu dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ujian biopsi mengesahkan Wan Arif Ferdaus mengidap kanser tulang tahap dua.

Pada 26 Mac lalu, kanser Wan Arif Ferdaus sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dijalankan segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini.

“Kata doktor, peluang untuk anak kami sembuh hanya 40 peratus,” katanya yang turut membawa anaknya menjalani rawatan tradisional.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob, 33, yang hanya bekerja kilang berterus-terang dia tidak mampu untuk menampung kos pembedahan tersebut.

“Setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk rawatan anak kami dengan bantuan yang disumbangkan ahli keluarga serta rakan-rakan sekerja.

“Saya turut mencuba nasib meminta bantuan beberapa pihak tertentu, namun tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan,” katanya yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan.

Menurutnya, anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dan akan menjalani rawatan seterusnya pada 16 April ini.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya akan cuba memohon bantuan daripada orang ramai mahupun badan korporat untuk mendapatkan dana bagi membantu menampung kos pembedahan kanak-kanak tersebut.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob 158015114461 atau menghubungi talian 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Read more...

Mar 10, 2012

Lolipop Batang Bercahaya Bahaya Kepada Kesihatan

BERBAHAYA...Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya yang dijual secara terbuka dipercayai mengandungi toksik yang boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia.

GEORGE TOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.
"Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.
"PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia," katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.
Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.
Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.
"Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam," katanya.
Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu.

Read more...

Feb 6, 2012

7 CARA ELAKKAN PERUT BUNCIT


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Read more...

Jan 6, 2012

Gardenia VS Massimo?


gardenia vs massimo1 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah?
Erm….macam mana kami nak mula kan ya? Okey….sebenarnya kami dah terima banyak email-email berkenaan isu Gardenia VS Massimo. Yang pada mulanya, kami tidak berapa ambil pusing. Tetapi apabila satu demi satu email-email daripada pembaca menghantar email-email yang lebih kurang sama sahaja “rentak penyampaiannya”, kami akhirnya terpanggil untuk membuka ruang perbincangan mengenai isu ini.
Ya…hari ini kita bercerita pasal roti. Kita bukan nak belajar cara buat roti, tetapi isu rasis yang dibawa-dibawa dalam produk roti itu sendiri. Pelik bukan? Tetapi….tidak mustahil untuk terjadi.

Gardenia VS Massimo : Sesiapa Sahaja Boleh Buat Email Fitnah Seperti Itu

Hanya kerana penghantar email yang boleh dikatakan secara bertalu-talu membawakan isu ini, adakah jiwa & pemikiran kita begitu mudah digugat? Bagi kami email-email seperti itu, sesiapa sahaja boleh buat walaupun mereka bukan kelompok yang sepatutnya menyertai pertarungan antara Gardenia VS Massimo.
Syarikat-syarikat besar tidak kira Massimo ataupun Gardenia takkan guna taktik yang kotor untuk melariskan produk masing-masing. Sedangkan nak buat kenyataan pun kena ada kelulusan 2,3 pengarah. Apatah lagi email atau sms fitnah seperti ini.
Dan kami merasakan kalangan yang berselindung disebalik ketuanan civil liberty ini yang sengaja memainkan isu perkauman. Pasal roti pun, boleh terselit juga isu rasis ini? Tersenyum kami dibuatnya….
Kalau cerita pasal perbandingan antara :
  • tahap kualiti roti ke
  • kualiti yang ada pada pembungkusan roti itu sendiri ke
  • dan terakhirnya penerimaan orang ramai terhadap harga yang ditawarkan ke
Kalau elemen ini diketengahkan, barulah sedap untuk diperbincangkan. Ini tidak, rasis? Kalau beginilah budaya kita, Malaysia yang kita cintai ini sukar untuk maju :
  • Rata-rata rakyatnya tidak bersatu dan tidak mempercayai antara satu sama lain.
  • Kita terlalu beremosi dan tidak berfikir secara waras walaupun cuma menghadapi situasi yang kecil.
  • Tengoklah… pasal roti pun kita nak bergaduh. Apa yang Melayu dan Cina dapat akhirnya?
gardenia vs massimo 3 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah? Bagi kami penyelsaian bagi isu ini mudah sahaja.Majoriti pemain untuk industri pembuatan roti di Malaysia telah mula dipecahkan dengan ada kemasukan pemain baru yang akan sama-sama bersaing antara satu sama lain. Yang untung siapa? Kitalah sebagai pengguna mereka. Jadi, kami nasihat diri kami sendiri dan berharap yang lain juga tidak perlulah “tarik rambut” antara satu sama lain hanya kerana pembawakkan isu perkauman dalam bisnes roti ini. Sokong sahaja :
  • Pertama, mestilah HALAL
  • roti yang masih mengekalkan kualitinya
  • harga yang ditawarkan adalah berpatutan
Apabila majoriti dipecahkan dan dikecilkan, ia akan membuat antara satu sama lain perlu bekerja keras daripada biasa. Kalau tidak mampu bersaing? Kalau tidak mampu….anda yang akan akan tertinggal kebelakang. Itu sahaja…
Kalau nak diikutkan pun, sejarah Gardenia ini pada asalnya :
  • Dulu Gardenia Jenama daripada Sabah
  • Tapi selepas itu, 100% jual kepada QAF limited Singapore.
  • Pada 2001, QAF jual 30% kepada Bernas dan QAF masih lagi memegang lagi 70% pegangan saham dalam Gardenia
gardenia vs massimo 2 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah?

Gardenia VS Massimo VS Hi 5 : Pertambahan Pemain Baru, Pilihan Kepada Pengguna

Ada satu lagi pemain utama dalam industri roti di Malaysia iaitu produk jenama Hi 5. Oleh itu kami senarai ketiga-ketiga sekaligus bagi status pemilik bagi jenama-jenama yang kami senaraikan di bawah ini :
  • Gardenia : 70% milik QAF Singapore & 30% Bernas (milik TWS, lagi 50% milik public KLSE.)
  • High 5 – Silverbird milik Tabung Haji sebanyak 30% & Vincent Tan (Berjaya Group)
  • Massimo – 100% Federal Flour Mill (Tan Sri Robert Kuok)
Kami ingat lagi dahulu, ada isu pasal kilang roti high 5 yang kotor dan tidak terurus. Siap pakai minyak masak keluaran Israel lagi. Silverbird siap buat kenyataan media yang semua itu fitnah semata-mata.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengharapkan semua orang akan mempunyai pemikiran yang sama. Kami tulis ini pun, pendapat kami. Tidak semestinya anda kena bersetuju. Tetapi, berpadalah untuk bersikap rasis. Apa pandangan anda pula mengenai isu ini?
P/S : Antara Gardenia VS Massimo, mana satu yang menjadi pilihan anda sekarang?
Sumber ( + )

Read more...

Oct 25, 2011

Terapi HIV: Penawar Kanser Tahap Lewat Kini Terdapat Di Malaysia

Selasa Oktober 25, 2011



KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia.
Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini.


Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang.


Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser.


Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit.


Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.


Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat.


"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya.


Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor.


Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar.


Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser.


Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu.


Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya.


Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas.


Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang.


Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat.


Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal.


Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000.


Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat. - BERNAMA

Read more...

Jan 6, 2011

RAWATAN YANG MENGUNDANG BENCANA - Fish Spa

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

Read more...

May 30, 2010

Petua awet muda Dr Mahathir

Petua awet muda Dr M


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua menjalani kehidupan yang sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.

Beliau berkata, "tidak berhenti daripada membuat kerja" dan sentiasa senyum merupakan rahsia yang diamalkan perdana menteri keempat itu.

"Jika kita rasa gembira, kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja.

"Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja.

"Ia akan membantu anda untuk kelihatan muda," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir bersama beliau isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu Dr Mahathir turut memberitahu supaya melakukan perkara yang digemari supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat.

Tidak bersukan

"Sebagai contoh, saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja," katanya secara berseloroh.

Beliau juga turut berkongsi mengenai amalan pemakanan yang dinasihati emaknya sewaktu beliau masih kecil.

"Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan," katanya.

Ironinya, beliau mengakui tidak melibatkan diri dalam sukan.

Baginya, aktiviti itu boleh menyebabkan anggota badan tercedera.

Perkara itu, tambahnya, tidak elok untuk masa akan datang.

"Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja.

"Tapi kalau anda seorang yang gemarkan sukan, abaikan nasihat saya," katanya berjenaka.

Read more...

Apr 21, 2010

This is very interesting health information.

Believe it or not

Click here to join funchoice

MUSHROOM EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear.
And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.
Thats because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.
This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.


Click here to join funchoice

BANANA (SMILE) “ DEPRESSION

Cheer yourself up and put a smile on your face by eating a banana.

The popular fruit contains a protein called tryptophan.

Once it has been digested, tryptophan then gets converted in a chemical neurotransmitter called serotonin.

This is one of the most important mood-regulating chemicals in the brain and most anti-depressant drugs work by adjusting levels of serotonin production.< Higher levels are associated with better moods.

Click here to join funchoice

BROCCOLI “ CANCER

Close-up, the tiny green tips on a broccoli head look like hundreds of cancer cells.

Now scientists know this disease-busting veg can play a crucial role in preventing the disease.

Last year, a team of researchers at the US National Cancer Institute found just a weekly serving of broccoli was enough to reduce the risk of prostate cancer by 45 per cent.

In Britain , prostate cancer kills one man every hour.

Click here to join funchoice

GINGER “ STOMACH

Root ginger, commonly sold in supermarkets, often looks just like the stomach.

So its interesting that one of its biggest benefits is aiding digestion.

The Chinese have been using it for over 2,000 years to calm the stomach and cure nausea, while it is also a popular remedy for motion sickness.

But the benefits could go much further.

Tests on mice at the University of Minnesota found injecting the chemical that gives ginger its flavor slowed down the growth rate of bowel tumors.

Click here to join funchoice

CHEESE “ BONES

A nice holey cheese, like Emmenthal, is not just good for your bones, it even resembles their internal structure. And like most cheeses, it is a rich source of calcium, a vital ingredient for strong bones and reducing the risk of osteoporosis later in life.

Together with another mineral called phosphate, it provides the main strength in bones but also helps to power muscles. Getting enough calcium in the diet during childhood is crucial for strong bones.

A study at Columbia University in New York showed teens who increased calcium intake from 800mg a day to 1200mg “ equal to an extra two slices of cheddar - boosted their bone density by six per cent.

Click here to join funchoice

GRAPES “ LUNGS

OUR lungs are made up of branches of ever-smaller airways that finish up with tiny bunches of tissue called alveoli. These structures, which resemble bunches of grapes, allow oxygen to pass from the lungs to the blood stream. One reason that very premature babies struggle to survive is that these alveoli do not begin to form until week 23 or 24 of pregnancy.

A diet high in fresh fruit, such as grapes, has been shown to reduce the risk of lung cancer and emphysema. Grape seeds also contain a chemical called proanthocyanidin, which appears to reduce the severity of asthma triggered by allergy.

Click here to join funchoice

TOMATO “ HEART

A TOMATO is red and usually has four chambers, just like our heart.

Tomatoes are also a great source of lycopene, a plant chemical that reduces the risk of heart disease and several cancers.

The Women's Health Study” an American research program which tracks the health of 40,000 women found women with the highest blood levels of lycopene had 30 per cent less heart disease than women who had very little lycopene.

Lab experiments have also shown that lycopene helps counter the effect of unhealthy LDL cholesterol.

One Canadian study, published in the journal Experimental Biology and Medicine, said there was convincing evidence that lycopene prevented coronary heart disease.

Click here to join funchoice

WALNUT “ BRAIN

THE gnarled folds of a walnut mimic the appearance of a human brain - and provide a clue to the benefits.

Walnuts are the only nuts which contain significant amounts of omega-3 fatty acids.

They may also help head off dementia. An American study found that walnut extract broke down the protein-based plaques associated with Alzheimer's disease.

Researchers at Tufts University in Boston found walnuts reversed some signs of brain ageing in rats.

Eat Well and Have a Good Day

Read more...

Mar 23, 2010

Minuman untuk wanita hamil

KEHAMILAN menuntut seseorang wanita bukan sahaja menjaga kesihatan emosi dan pergerakan fizikal bahkan diet hariannya. Acap kali diet harian merujuk kepada pengambilan sajian yang bergizi seimbang seperti bijirin, kekacang, roti, sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita menekankan mengenai amalan minuman harian yang patut diamalkan oleh wanita.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, seperti pemakanan, wanita hamil juga perlu menitikberatkan aspek pengambilan cecair yang diambil untuk tubuhnya.

Amat penting bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuhnya kerana jika dehidrasi berlaku, tubuh mudah berasa letih selain mendapat serangan sakit kepala. Lebih teruk, mereka boleh mendapat penyakit yang dipanggil ‘kencing kotor’.

Terdapat empat jenis minuman yang baik untuk diambil oleh wanita mengandung iaitu air putih, susu, jus buah-buahan dan minuman berfungsi atau isotonik.

Air putih adalah minuman yang terbaik kerana tidak mendatangkan masalah jika diambil berlebihan sehingga lapan hingga 10 gelas sehari.

Susu pula menawarkan sumber kalsium untuk perkembangan tulang manakala jus buah-buahan memberikan khasiat vitamin dan minuman berfungsi dapat menggantikan zat elektrolit yang hilang semasa berpeluh.

Bagaimanapun, tegas Premitha, wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil minuman seperti kopi dan minuman berkarbonat. SEBAIK-BAIKNYA hindarkanlah pengambilan kopi ketika sedang mengandung.

Dengan minuman berkarbonat telah menjadi satu budaya hidup masyarakat hari ini, ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tubuh badan ibu dalam jangka masa panjang.

Katanya, kandungan gula yang tinggi iaitu sehingga tujuh hingga sembilan sudu dalam satu tin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang.

Kesan buruk itu bukan sahaja terdedah kepada diri sendiri bahkan ke atas bayi dalam kandungan kerana ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.

“Banyak minuman berkarbonat mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Dengan kandungan gula yang tinggi, ramai wanita hamil berisiko mendapat kencing manis. Tahap risikonya berganda,” ujar Premitha.

Tambahnya, seseorang wanita hamil memerlukan kadar gula yang seimbang supaya keseimbangan tersebut dapat diwarisi oleh bayinya. KANDUNGAN gula yang berlebihan dalam satu tin minuman berkarbonat memudaratkan wanita hamil.

Jelas Premitha, kopi juga seharusnya dihindar oleh ibu hamil daripada menjadi minuman harian. Pengambilan kafein yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bayi, malah beberapa pakar mendedahkan bahawa ia mungkin boleh mendatangkan risiko keguguran sewaktu trimester pertama.

Premitha memberi senarai masalah yang boleh berlaku jika minuman berkarbonat atau kopi menjadi pilihan ibu hamil:

1. Minuman soda atau berkarbonat menyamai sekurang-kurangnya tujuh sudu gula dalam setiap tin. Ini mungkin mendorong kepada masalah berat badan yang naik mendadak, penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi lain yang berlanjutan daripada dua penyakit tersebut.

2. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh.

3. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing. – NUR AISHAH MOHD. AMIN
sumber:kosmo

Read more...

Mar 10, 2010

Kerajaan Mansuh Bayaran Wad Hospital Kerajaan Untuk Pegawai, Pesara

Published: Rabu Mac 10, 2010 MYT 1:27:00 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini.



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.



"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.



Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.



Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.



"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.



Beliau berkata dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan.



Ismail berkata peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada seluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. - BERNAMA

Read more...

Jan 27, 2010

Jom minum teh … ;)

Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. Teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Read more...

Jan 5, 2010

LEBIH BAIK TIDUR ATAU MINUM KOPI?


Rasa mengantuk ketika memandu?. Mana lebih baik, tidur sebentar atau menikmati secawan kopi?. Menurut hasil kajian, faktor usia akan akan menentukan mana satu cara ini lebih berkesan

Apabila berusia 20 hingga 40 tahun, kedua-dua cara ini amat berkesan mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Ia boleh mengembalikan kesegaran tubuh yang keletihan.

Namun, sebaliknya pula bagi golongan yang sudah berusia 40 tahun dan lebih. Cara yang lebih berkesan untuk mengusir rasa mengantuk adalah dengan menikmati secawan kopi.

Ini kerana, pada usia yang lebih tua, tubuh kurang memberi tindak balas terhadap rehat dan tidur. Jadi, cuba luangkan sedikit masa untuk berhenti rehat seketika dan nikmati kopi agar dapat mengembalikan kesegaran tubuh sebelum memulakan kembali perjalanan anda.

Dari Info sihat





Read more...

Jun 1, 2009

25 Health Benefits of Lemons


Lemon is one of those super foodswith a myriad health and cosmetic benefits.
There are a few persons for whom > it is an allergen, so make sure you are not allergic to this natural product, before you start enjoying the many benefits.

1. Lemon being a citrus fruit, fights against infection. It helps in production of White Blood Cells and antibodies in blood which attacks the invading microorganism and prevents infection.

2. Lemon is an antioxidant which deactivates the free radicals preventing many dangerous diseases like stroke, cardiovascular diseases and cancers.

3. Lemon lowers blood pressure and increases the levels of HDL (good cholesterol).

4. Lemon is found to be anti-carcinogenic which lower the rates of colon, prostate,and breast cancer. They prevent faulty metabolism in the cell, which can predispose a cell to becoming carcinogenic. Also blocks the formation of nitrosamines in the gut.

5. Lemon juice is said to give a glow to the skin.

6. A few drops of lemon juice in hot water are believed to clear the digestive system and purify liver as well.

7. The skin of lemon dried under the sun and then ground to make powder can be applied to the hair for a few minutes before bath which relieves head ache and cools the body.

8. Applying lemon juice to acne dries the existing ones and prevents from getting more.

9. Lemon juice acts as a natural hair lightener and skin bleach which reduces the pigment melanin and prevents the risk of chemical allergic reactions which is common with hair dyes and bleaches.

10. Lemon juice is given to relieve gingivitis, stomatitis, and inflammation of the tongue.

11. Lemon juice is given toprevent common cold.

12. Lemon juice is given to prevent or treat urinary tract infection and gonorrhea.

13. Lemon juice is applied to the sites of bites and stings of certain insects to relieve its poison and pain.

14. Lemon juice relieves colic pain and gastric problems.

15. Lemon juice soothes the dry skin when applied with little glycerin.

16. Lemon juice used for marinating seafood or meat kills bacteria and other organisms present in them, thereby prevents many gastro-intestinal tract infections.

17. Lemon juice with a pinch of salt (warm) every morning lowers cholesterol levels and
brings down your weight.

18. Lemon juice is the best drink to prevent dehydration and shock in case of diarrhea.

19. Lemon juice can also be used as a mouthwash. It removes plaque, whitens the teeth and strengthens the enamel.

20. A table spoon on thick lemon syrup everyday relieves asthma.

21. Lemon juice relieves chilblains and itchy skin.

22. Gargling lemon juice relieves throat infection and also used as a treatment for diphtheria.

23. Lemon juice is an excellent treatment for dandruff and greasy hair.

24. Lemon applied over the face removes wrinkles and keeps you young.

25. Lemon juice helps to prevent and cure osteoarthritis.

Read more...

May 13, 2009

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum?


Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Jika Mahu Juga

Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Seks Dalam Haid Juga Boleh Akibatkan Hamil

Jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Sumber:
— Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
– Elak Bersama Ketika Haid, Harian Metro, Dr Ismail Thamby

Read more...

Jan 8, 2009

Baguskah minuman tenaga?

Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik, yang diminum untuk memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.


PELBAGAI jenama minuman tenaga kini memenuhi pasaran. Strategi sesetengah jenama yang menyertakan vitamin tertentu dianggap usaha memberi imej positif mengenai kandungannya.


Banyak jenama minuman tenaga diperkenalkan dalam pasaran dan pengambilannya menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa hari ini.

Namun, ramai yang masih keliru antara fungsi penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa jenama minuman yang disukai ahli sukan.

Rata-rata jenama minuman tenaga yang popular di pasaran mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.

Kandungan tersebut adalah sama banyak dengan secawan kopi bru dan dua kali ganda kandungan kafein dalam secawan teh.

Namun, ada sesetengah minuman tenaga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi.

"Fungsi kafein dalam kopi atau teh malah sesetengah minuman berkarbonat memang tidak perlu diperjelaskan.

"Cuma kesan stimulasi akibat mengamalkan minuman tersebut secara berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada ketagihan," kata Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Selalunya, kandungan kafein dalam minuman tenaga ini tidak dijelaskan secara terperinci di labelnya, maka adalah sukar untuk mengagak sebanyak mana yang telah diminum sebenarnya.


MINUMAN tenaga popular di kalangan mereka yang aktif.


Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik yang diminum bagi memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.

Minuman isotonik membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang akan disingkir melalui perpeluhan.

Sedangkan, kandungan kafein dalam minuman tenaga bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan dehidrasi.

"Pengguna perlu memahami bahawa minuman tenaga ini bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah sesetengah produk hanya menawarkan ramuan yang berkalori kosong iaitu tidak disertai dengan zat-zat lain," kata Fatimah.

Tambah Fatimah, adalah penting bagi seseorang untuk memahami fungsi gula, elektrolit dan kepentingan zat-zat lain yang diproses dalam tubuh. Beliau tidak menafikan bahawa terdapat minuman tenaga yang mengandungi vitamin tambahan.

Kandungan gula dalam minuman tenaga adalah sumber tenaga pantas. Vitamin B, misalnya, ditambah ke dalam formula minuman ini sebagai strategi pemasaran yang memberikan jenama itu suatu imej minuman yang berkhasiat.

Vitamin B sememangnya diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia bertindak sebagai enzim yang membantu menghadamkan karbohidrat.

Begitupun, kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh memberi masalah kepada mereka yang sensitif terhadapnya.

Golongan ini boleh mengalami kegelisahan, jantung berdebar, rengsa, sukar untuk tidur serta masalah penghadaman, walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.


FATIMAH ARSHAD


Apakah yang boleh terjadi jika mereka mengambil minuman tenaga tanpa kawalan?

"Bagi yang bimbang akan kesan stimulasi itu, minuman jenis ini boleh diambil sekali-sekala selain diselangi pengambilan banyak air tambahan.

"Di samping itu, mereka perlu memastikan pengambilan sumber khasiat daripada variasi makanan lain," terang Fatimah.

Namun, menurutnya, golongan pesakit diabetes perlu menghindarkan pengambilan minuman tenaga.

Kandungan gula dan glukosa dalam hidangan minuman tenaga ini boleh meningkatkan paras gula darah seterusnya membahayakan pesakit.

Hakikatnya, ramai golongan konsumer yang masih tidak tahu akan kesan kombinasi kandungan bahan dalam minuman tenaga.

Pada pandangan mereka, bahan lain yang disertakan dalam formula minuman tenaga dipercayai boleh bertindak secara sinergi dengan kafein bagi mencetus daya rangsangan.

Sebagai contoh, pada label sebuah jenama minuman tenaga yang terkenal di negara ini tertera kandungan taurina sejumlah 1,000 miligram.

Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.

Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.

Selain taurina, minuman tenaga turut mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan juga niasin. Ramuan tambahan lain adalah madu, inositol, piridoxin, riboflavin dan tiamin.


KOMBINASI minuman beralkohol dengan minuman tenaga yang begitu popular di bar dan kelab malam bertujuan mengurangkan simptom alkohol bagi yang meminumnya.


Menilai secara keseluruhannya, pakar diet walau bagaimanapun tidak menghalang pengambilan minuman tenaga ini, khususnya di kalangan mereka yang menjalani gaya hidup aktif.

Meminum satu atau dua tin sehari tidak membawa masalah kepada mereka.

"Cuma ia perlu dielakkan pesakit kencing manis manakala mereka yang mempunyai masalah jantung, pengambilan terkawal adalah disyorkan.

"Minuman ini hanyalah alternatif penambah tenaga. Bercakap tentang kalori ataupun tenaga yang diperlukan tubuh, ia masih boleh diperoleh dari banyak pilihan sumber makanan lain," ujar Fatimah.

Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP