KAEDAH ASAS MENGHAFAZ AL-QURAN
Teknik dan adab menghafaz al-Quran untuk pelajar baru
Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri
Sembilan [ITQAN] sesi 2010. Secara keseluruhannya, saya hanya menekankan
bahawa kaedah menghafaz yang sering digunakan oleh kebanyakan penghafaz
al-Quran adalah menggunakan teknik kumulatif. Cuma ada dikalangan ustaz yang mencipta kaedah hafazan seperti Kaedah Jibril, kaedah al-ITQAN dan sebagainya. Asasnya adalah berdasarkan teknik yang saya sebutkan tadi.
Teknik ini menggunakan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga
lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Untuk
memudahkan anda, sila lihat muka surat 4 dalam al-Quran Mushaf Uthmani atau lihat sahaja gambar dibawah :
Untuk permulaannya, saya mencadangkan supaya anda membaca ayat di muka surat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali keseluruhan muka surat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya saya mencadangkan supaya anda memotong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas, saya hanya membahagikan ayat 17 Surah al-Baqarah kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau.
Panduan asas menghafaz al-Quran :
- Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
- Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
- Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.
Untuk ayat seterusnya, anda bolehlah mengaplikasikan kaedah asas yang telah saya nyatakan diatas. Asas utama untuk menghafaz al-Quran adalah mengulang-ulang ayat tersebut sehingga hafaz. Contoh yang saya nyatakan diatas tidak mengikut waqaf dan ibtida’ yang sesuai kerana kekangan perisisan (software) untuk mengubahsuai kotak tersebut. Harapan saya agar entri ini dapat membantu umat Islam yang ingin menghafaz al-Quran. Kita sebenarnya bukan tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, cuma kita tidak merancang untuk menghafaznya.
Sumber..
0 comments:
Post a Comment