Mengingkari
Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat
Kertas
kerja yang bertajuk “Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah
Adalah Sesat” adalah kertas keraja yang mempunyai dua tajuk
Tajuk asalnya ialah “Di mana Allah”.
Kertas kerja ini telah dibentangkan di dewan Persatuan
al-Islah Perlis dan di Pusat Persatuan Muhammadiyah Singapura.
Telah di dikulliahkan juga dibeberapa majlis ilmu seperti di Selangor, di Masjid Paya Terubung Pulau Pinang dan di Negeri
Johor terutamanya di Johor Bahru.
Penulis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada “Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan
Agama Islam Perlis, Para Imam dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di Perlis
(terutama masjid-masjid yang sudi mengundang penulis untuk menyampaikan
kulliah dan membentangkan kertas kerja ini).
Begitu
juga penulis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Persatuan
al-Islah Perlis terutama Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan ahli-ahli
jawatan kuasanya yang menguruskan segala penginapan dan kemudahan semasa
penulis berada di Perlis. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang
dan juga Persatuan Muhammadiyah Singapura kerana mengundang penulis memberikan
kulliah di pusat Muhammadiyah dan di zon-zon cawangan Pertubuhan Muhammadiyah
Singapura.
Semoga
mereka-mereka yang membantu dan memudahkan penulis menyampaikan dakwah
Islamiyah sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati oleh Allah Azza
wa-Jalla. Amin!!
بِسْـمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اِنَّ
الْحَمْدَ للهِ
، نَحْمَدُهُ
وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ
، وَنَعُوْذُ
بِاللهِ مِنْ
شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا
وِمِنْ سَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا
، مَنْ يَهْدِهِ
اللهُ فَلاَ
مُضِلَّ لَهُ
، وَمَنْ يُضْلِلْ
فَلاَ هَادِيَ
لَهُ . وَاَشْهَدُ
اَنْ لاَ اِلَهَ
اِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ
، وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَمَّا بَعْده:
DI
MANA ALLAH?
Terdapat
segolongan besar masyarakat Islam yang masih menyerupakan, menyetarakan
atau mensekufukan hakikat zat, nama-nama dan sifat-sifat
Allah dengan makhlukNya, sama disedari oleh mereka atau tidak disedari.
Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan
contoh dalam memperkatakan persoalan ini ialah:
“Mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan
makhlukNya sehingga meyakini dan mengatakan bahawa Allah berada “di
mana-mana” yang meliputi semua benda yang ada”.
Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat
ini apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".
Sesungguhnya
untuk menjawab pertanyaan dan mengetahui di mana Allah Subhanahu wa-Ta’ala
berada, wajib terlebih dahulu mengetahui melalui ilmu yang benar,
iaitu mengambil jawapannya dari al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat yang
sahih yang telah dijelaskan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, terutamanya
dari mereka yang memahaminya melalui pemahaman manusia yang berada dikurun
mufadalah (اَلْمُفَضَّلَةُ)
“kurun
terbaik”
yang terdiri dari para sahabat, tabiin dan tabi'ut at-tabi'in, iaitu mereka
yang digelar sebagai para Salaf as-Soleh.
Perlunya
kita berpegang hanya dengan penjelasan mereka (para Salaf as-Soleh) dalam
setiap persoalan agama kerana merekalah yang paling tahu tentang agama,
amat tepat ilmunya dan kebenaran akidah mereka telah diakui oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat dan umat selepas mereka. Apa yang disampaikan oleh mereka memang tidak ada keraguan
dan syubahat terutama dalam memahami tentang zat, nama-nama dan sifat-sifat
Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Mereka
(para Salaf as-Soleh) adalah orang-orang yang paling berilmu dan tahu,
mereka dilahirkan di kurun yang terbaik, mereka hidup di zaman wahyu,
mengetahui bila, di mana dan mengapa wahyu itu turun, mereka telah dididik
oleh Nabi dengan al-Quran dan mengambil agama sebagai petunjuk secara
terus menerus dari baginda. Yang jelas, mereka adalah manusia-manusia
yang paling mulia sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
خَيْرُ
النَّاسِ قَرْنِيْ
ثُمَّ الَّذِيْنَ
يَلُوْنَهُمْ
ثُمَّ الَّذِيْنَ
يَلُوْنَهُمْ.
"Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku,
kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut
at-tabi'in)".
Adapun
golongan yang sesat dan kesasaran, sering memutar-belitkan hujjah dan
kenyataan tentang "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat
al-Quran yang disalah tafsirkan oleh mereka, atau ditafsirkan melalui
rakyi (fikiran), hawa nafsu atau akal mereka semata.
Akibatnya penafsiran mereka banyak yang menyalahi dan bertentangan
dengan kaedah penafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj
Salaf as-Soleh.
Antara
ayat yang dijadikan hujjah dan disalah-gunakan (disalah tafsir) oleh mereka
yang sesat tentang memahami dan menjelaskan "Di mana Allah?"
dapat dibuktikan melalui contoh dari beberapa ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya.
Antara ayat-ayat tersebut ialah:
Ayat
Pertama:
اَلَمْ
تَرَى اَنَّ
اللهَ يَعْلَمُ
مَا فِى السَّـمَاوَاتِ
وَمَا فِى اْلاَرْضِ
، مَايَكُوْنُ
مِنْ نَّجْوَى
ثَلاَثَةٍ اِلاَّ
هُوَ رَابِعُهُمْ
وَلاَ خَمْسَةٍ
اِلاَّ هُوَ
سَادِسُهُمْ
وَلاَ اَدْنَى
مِنْ ذَلِكَ
وَلاَ اَكْثَرَ
اِلاَّ هُوَ
مَعَهُمْ اَيْنَ
مَاكَانُوْا
ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ
بِمَا عَمِلُوْا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
اِنَّ اللهَ
بِكُلِّ شَيْءٍ
عَلِيْمٌ.
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang di langit dan apa yang ada di bumi.
Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang
keempat. Dan tiada (perkataan
antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam.
Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu
atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka
berada. Kemudian Dia akan
memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Al-Mujadalah,
58:7
Penjelasan Ayat Pertama:
Jika dikaji, diperhatikan dan difahami penafsiran
dari keseluruhan ayat di atas ini, iaitu dari awalnya sehinggalah ke akhir
ayat, adalah jelas bahawa ia dimulakan dengan memperkatakan tentang "Pengetahuan
Allah atau ilmuNya" iaitu firman Allah: "Tidakkah kamu
perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa
yang ada di bumi". Ayat
ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala
Mengetahui (ilmu Allah Maha Mengetahui) apa yang di langit
dan apa yang di bumi. Dia
Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari
dua orang.
Kemudian
dengan jelas ayat di atas ini diakhiri dengan perkataan (kalimah) tentang
ilmu atau pengetahuan Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu firmanNya: "Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya.
Imam Ahmad rahimahullah telah menerangkan tentang maksud
ayat ini:
اِفْتَتَحَ
اْلاَيَة بِالعِلْمِ
وَاخْتَتَمَهَا
بِالْعِلْمِ.
"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu
dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu".
Menurut penjelasan Imam Ahmad rahimahullah bahawa yang dimaksudkan
Allah bersama hambaNya ialah yang bersama hambaNya itu "ilmuNya
bukan zatNya", jawapan Imam Ahmad ini bukanlah suatu yang
bid'ah atau sesuatu yang diada-adakan kerana Imam Ahmad paling menentang
perkara yang dianggap bid’ah, sebaliknya inilah penafsiran para ulama
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan pemahaman para ulama Salaf
as-Soleh. Sebagaimana yang
ditafsirkan juga oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak dalam tafsirnya tentang
ayat ini bahawa beliau menjelaskan:
"Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka
(manusia) ialah ilmuNya”.
Dan
seterusnya beliau menjelaskan:
“Bahawasanya
Dia (Allah) menyaksikan mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas
'ArasyNya".
Imam
Ibn Kathir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat
ini di dalam tafsirnya:
وَلِهَذَا
حَكَى غَيْرُ
وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ
عَلَى اَنَّ
الْمُرَادَ
بِهَذِهِ اْلاَيَةِ
مَعِيَّةُ عِلْمهُ
تَعَالَى.
"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan
bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan
oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya".
Seterusnya Imam Ibn Kathir rahimahullah menjelaskan lagi:
لاَ
يَغِيْبُ عَنْهُ
مِنْ اُمُوْرِهِمْ
شَـيْء ثُمَّ
قَالَ تَعَالَى
{ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ
بِمَا عَمِلُوْا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
اِنَّ اللهَ
عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
عَلِيْمٍ}.
"Tidak
tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan) mereka,
oleh kerana itu Allah berfirman:
Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat
apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Ayat
Kedua:
Ayat di bawah ini dijadikan hujjah oleh mereka yang ingin membuktikan
bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada di mana-mana (tidak bertempat).
Malangnya penafsiran dan pemahaman mereka tentang ayat ini tidak
berlandaskan pemahaman Salaf as-Soleh.
Oleh yang demikian ia perlu dihurai dan ditafsirkan sebagaimana
yang dikehendaki oleh syara. Firman
Allah:
وَهُوَ
مَعَكُمْ اَيْنَمَا
كُنْتُمْ.
"Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu
berada".
Al-Hadid,
57:4.
Penjelasan Ayat Kedua:
Yang
dimaksudkan: "Dia bersama kamu" pada ayat di atas bukanlah bersama hingga bersatu dengan mereka
(makhluk) pada keadaan, zat atau tempatnya sebagaimana yang difahami oleh
golongan sufi yang berakidah wahdatul wujud (وحدة
الوجود). Tetapi dalam istilah dan penafsiran yang tepat dan benar yang
dikehendaki oleh Alhi Sunnah wal-Jamaah ialah:
“Allah bersatu dengan mereka KudratNya, pendengaranNya, pentadbiranNya,
kerajaanNya atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di
atas ArasyNya dan di atas segala makhluk-makhlukNya”.
Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di
atas dengan hadith riwayat Imam Bukhari:
بِاَنَّ
ذَلِكَ عِلْمُهُ
كَمَا رُوِيَ
ذَلِكَ عَنْهُ
الْبُخَارِي.
"Sesungguhnya
(apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) IlmuNya
sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari".
وَقَالَ
الذَّهَبِى
: رُوِيَ غَيْرُ
وَاحِدٍ عَنْ
معْدَانٍ قَالَ
: سَاَلْتُ سُفْيَانَ
الثَّوْرِى
عَنْ قَوْلِهِ
تَعَالَى : (وَهُوَ
مَعَكُمْ اَيْنَمَا
كُنْتُمْ) قَالَ
: بِعِلْمِهِ.
"Berkata
az-Zahabi: Telah diriwayatkan
bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman
Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata:
(Yang bersama ialah) IlmuNya".
Berkata
Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini di dalam kitab
tafsirnya:
"Dia (Allah) melihat kamu wahai manusia!
Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang
kamu dan mengetahui segala amal kamu......, Dan Dia di atas 'ArasyNya
dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh".
Berkata
Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah:
"Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang penta'wilan
ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan (maksud
ayat tersebut yang bersama ialah) IlmuNya?
Kami katakan: Kami
tidak menta'wilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa
yang dimaksudkan yang bersama ialah ilmuNya kerana Dia berfirman
di akhir ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala
sesuatu)".
Telah berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya
tentang ayat ini:
"Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan
kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam
hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah.
Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya,
maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui
semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:
اَلاَ
اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ
صُدُوْرَهُمْ
لِيَسْتَخْفُوْا
مِنْهُ اَلاَ
حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ
ثِيَابَهُمْ
يَعْلَمُ مَا
يُسِرُّوْنَ
وَمَا يُعْلِنُوْنَ
اِنَّهُ عَلِيْمٌ
بِذَاتِ الصُّدُوْرِ.
"Ingatlah!
Sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk
menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad).
Ingatlah! Di waktu
mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka
sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala isi hati".
Seterusnya
Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
سَـوَاءٌ
مِّنْكُمْ مَّنْ
اَسَـرَّ الْقَوْلَ
وَمَنْ جَهَرَ
بِهِ وَمَنْ
هُوَ مُسْـتَخْفِ
بِالَّيْلِ
وَسَارِبُ بِالنَّهَارِ.
"Sama
sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa
yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi
dimalam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) disiang hari".
Seterusnya
Imam Ibn Kathir menjelaskan:
"Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan
(Pencipta) selain Dia dan telah thabit (jelas) di dalam hadith yang sahih
bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa
ditanya tentang ihsan, baginda bersabda:
Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya
dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu". (Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak semestinya
melihat itu bersama pada zatNya).
Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan
juga Al-Qurtubi:
وَهُوَ
مَعَكُمْ اَيْ
بِالْعِلْمِ
وَالقَدْرِ
"Dia (Allah) bersama kamu, iaitu yang bersama
(kamu ialah) ilmuNya dan kudrahNya".
Semua keterangan di atas dapat menjelaskan bahawa "Allah
Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan
apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, begitu juga
kudrat (kekuasaan) Allah amat luas yang menguasai segala ciptaanNya.
وَقَالَ
الاَلُوْسِـىْ
: وَاْلاَيَةُ
تَمْثِيْلٌ
لإِحَاطَةِ
عِلْمُ اللهِ
بِهِمْ وَتَصْـوِيْرٌ
لِعَدَمِ خُرُوْجِهِمْ
عَنْهُ اَيْنَمَا
كَانُوْا.
“Berkata Al-Alusi:
Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana Allah, pent.)
sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan
bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun di mana mereka
berada".
قَالَ
الْقَاسِمِي
: وَقَدْ بَسَطَ
اْلإِمَامُ
اَحْمَدُ الْكَلاَمَ
عَلَى الْمَعِيَّةِ
فِى الرَّدِّ
عَلَى الْجَهْمِيَّةِ
: وَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ
فِى كِتَابِ
اللهِ جَاءَ
عَامًا كَمَا
فِى هَاتَيْنِ
اْلآيَتَيْنِ
- اَلْحَدَيْدِ
وَالْمُجَادَلَةِ
- وَجَاءَ خَاصًافِى
قَوْلِهِ تَعَالَى
: (اِنَّ اللهَ
مَعَ الَّذِيْنَ
اتَّقُوْا وَالَّذِيْنَ
هُمْ مُحْـسِـنُوْنَ)
وَقَوْلُهِ
: (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا
اَسْـمَعُ وَاَرَى)
وَقَوْلِهِ
: (لاَتَحْزَنْ
اِنَّ اللهَ
مَعَنَا) فَلَوْكَانَ
الْمُرَادُ
بِذَاتِهِ مَعَ
كُلِّ شَيْءٍ
لَكَانَ التَّعْمِيْمِ
يُنَاقِضُ التَّخْـصِـيْص
فَاِنَّهُ قَدْ
عَلِمَ اَنَّ
قَوْلَهُ : (لاَ
تَحْـزَنْ اِنَّ
اللهَ مَعَنَا)
اَرَادَ بِهِ
تَخْصِيْصهُ
وَاَبَا بَكْرٍ
دُوْنَ عَدُوِّهِمْ
مِنَ الْكُفَارِ.
"Telah Berkata Al-Qasimi:
Imam Ahmad telah membentangkan bantahannya terhadap Jahmiyah tentang
kepercayaan (مُعِيَّة)
(Allah berada di mana-mana/bersama/berserta makhluk).
Dan (Berkata Imam Ahmad):
Lafaz ma'iyah (مَعِيَّةٌ)
di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua potong ayat
ini -al-Hadid dan al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan secara khas
sebagaimana firman Allah: (Sesungguhnya
Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat
kebaikan). FirmanNya lagi:
(Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat).
FirmanNya lagi: (Janganlah
engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita).
Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya berserta/bersama
setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum (bersama makhlukNya)
ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya telah diketahui bahawa
firman Allah (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama
kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyyah) secara umum (Allah berserta makhlukNya
ini tentulah di samping) bersama Rasulullah juga termasuklah Allah bersama
musuh Rasulullah sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan
kuffar (musuh). Begitu juga
firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan
mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-orang yang
zalim dan pelaku maksiat".
قَالَ
اْلإِمَامُ
اَحْمَدُ رَحِمَهُ
الله : فَلَفْظُ
الْمَعِيَّةِ
لَيْسَتْ فِى
لُغَةِ الْعَرَبِ
وَلاَ شَيْء
مِنَ الْقُرْآنِ
اَنْ يُرَادَ
بِهَا اِخْطِلاَط
اِحْدَى الذَّاتَيْنِ
بِاْلاُخْرَى
كَمَا فِى قَوْلِهِ
تَعَالَى : (مُحَمَّدٌ
رَسُوْلُ اللهِ
وَالَّذِيْنَ
مَعَهُ) وَفِىقَوْلِهِ
: (فَاُوْلَئِكَ
مَعَ الْمُؤْمِنِيْنَ)
وَقَوْلِهِ
(اِتَّقُوْا
اللهَ وَكُوْنُوْا
مَعَ الصَّادِقِيْنَ)
وَفِى قَوْلِهِ
: (وَجَاهِدُوْا
مَعَكُمْ) وَمِثْلُ
هَذَا كَثِيْرٌ
فَامْتَنَعَ
اَنْ يَكُوْنَ
قَوْلُهُ (وَهُوَ
مَعَكُمْ) يَدُلُّ
عَلَى اَنَّ
ذَاتَهُ مُخْتَلِطَةٌ
بِذَوَاتِ الْخَلْقِ.
"Maka lafaz (مَعِيَّةٌ)
(Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa Arab dan juga di dalam
al-Quran tidak pernah diertikan
lafaz tersebut (bersama atau berserta) kepada pengertian:
"Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu
dengan yang lain. Contohnya
firman Allah: }Muhammad
itu utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya{.
FirmanNya: }Maka
mereka itu bersama orang-orang yang beriman{. Dam firmanNya: }Bertakwalah
kamu sekalian kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{.
Ayat seperti yang dicontohkan ini amat banyak.
Ayat ini dapat menghalang dari memaksudkan firman Allah (Dia bersama
kamu) yang menunjukkan bahawa ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya".
Berkata
Al-Qasimi rahimahullah:
"Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang
lain yang jelas bahawa lafaz (مَعِيَّةٌ)
"bersama/berserta" dalam bahasa (Arab) sekalipun menunjukkan
berkumpul, berserta dan bersama, maka ia jika dilibatkan dengan para hamba
(maka ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan ketinggian 'ArasyNya.
Maka kesimpulan lafaz ma'iyah (bersama/berserta) dalam segala tempat
mengikut perkiraanNya, berserta semua makhluk IlmuNya, KudratNya serta
KekuasaanNya dan dikhususkan sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan
dan bantuanNya".
Berkata
Imam Syamsuddin az-Zahabi rahimahullah salah seorang dari ulama
besar mazhab Syafie:
“Sesiapa
mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang
kafir”. (Lihat: مختصرالعلو
للعلي الغفار
oleh
al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm.
137).
Semua nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahu
wa-Ta'ala bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah
ilmuNya bukan zatNya kerana Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya yang berada
di langit. Inilah keyakinan
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
Ayat
Ketiga:
Ayat di bawah ini termasuk ayat yang dijadikan hujjah oleh mereka
yang mendakwa bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla berada di mana-mana.
Pada hal jika mereka mengembalikan maksud dan tafsiran ayat ini
ternyata pendapat mereka sangat bertentangan dengan penafsiran golongan
muffasir (ulama tafsir) Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Allah berfirman:
وَهُوَ
اللهُ فِى السَّمَوَاتِ
وَفِى اْلاَرْضِ
يَعْلَمُ سِرَّكُمْ
وَجَهْرَكُمْ
وَيَعْلَمُ
مَاتَكْسِبُوْنَ.
"Dan
Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui
apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan".
Al-An'am,
6:3.
Penjelasan
Ayat Ketiga:
Berkata
al-Ajiri rahimahullah tentang ayat di atas dalam membantah fahaman
Jahmiyah, para pengikutnya dan golongan yang sefahaman dengan mereka:
وَمِمَّا
يَلْبِسُوْنَ
بِهِ عَلَى مَنْ
لاَ عِلْم مَعَهُ
قَوْلُهُ تَعَالَى
(وَذَكَرَ اْلاَيَةُ
السَّابِقَةُ)
قَالَ : وَهَذَا
كُلُّهُ اِنَّمَا
يَطْلُبُوْنَ
بِهِ الْفِتْنَةُ
وَهُوَعِنْدَاَهْلِ
الْعِلْمِ مِنْ
اَهْلِ الْحَقِّ
(وَهُوَاللهُ
فِى السَّمَوَاتِ
وَفِى اْلاَرْضِ
يَعْلَمُ سِرَّكُمْ
وَجَهْرَكُمْ
وَيَعْلَمُ
مَا تَكْسِبُوْنَ)
هُوَ كَمَا قَالَ
اَهْلُ الْحَقِّ
: يَعْلَمُ سِرَّكُمْ
مِمَّا جَاءَتْ
بِهِ السُّنَنُ
اَنَّ اللهَ
عَزَّ وَجَلَّ
عَلَى عَرْشِـهِ
وَعِلْمُهُ
مُحِيْطٌ بِجَمِيْعِ
خَلْقِهِ يَعْلَمُ
مَا تُسِرُّوْنَ
وَمَاتُعْلِنُوْنَ
يَعْلَمُ الْجَهْرَ
مِنْ الْقَوْلِ
وَيَعْلَمُ
مَاتَكْتُمُوْنَ.
"Dan
apa yang meyelubungi bagi mereka yang tidak berilmu tentang firman Allah
(yang menjelaskan ayat yang lalu) lalu berkata:
Dan ini pada keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan
dari ahli ilmu dan ahli hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang
disembah), baik oleh mereka yang berada di langit ataupun
di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu
lahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan) iaitu sebagaimana
yang dikatakan oleh ahli kebenaran:
Dialah (Allah) Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan
beritanya oleh sunnah-sunnah (hadith-hadith) bahawasanya Allah 'Azza wa-Jalla
di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya, Dia Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka
lahirkan, Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi".
Terdapat
beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas.
Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
وَهُوَ
الَّذِيْ فِى
السَّمَآءِ
اِلَهٌ وَفِى
اْلاَرْضِ اِلَهٌ.
"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah)
di bumi". Az-Zukhruf,
43:84.
Sebagaiamana yang telah dimaklumi bahawa pengertian
Ilah ialah: "Tuhan yang berhak disembah/diibadahi" iaitu
Tuhan Yang Esa yang di langit yang disembah oleh makhluk yang di langit
sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah oleh makhluk yang
di bumi".
Nas-nas
al-Quran atau hadith-hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah di langit
dan "Allah bersemayam
di atas 'ArasyNya" telah diulang berkali-kali di dalam al-Quran
sehinga disebut ditujuh tempat.
Antara ayat-ayat tersebut ialah:
اَلرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى.
"Ar-Rahman
(Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". Taha,
20:5.
اِنَّ
رَبَّكُمُ اللهُ
الَّذِيْ خَلَقَ
السَّـمَاوَاتِ
وَاْلاَرْضِ
فِى سِتَّةِ
اَيَّامٍ ثَمَّ
اسْتَوَى عَلَى
الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya
Tuhanmu ialah Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa. Lalu Dia bersemayam
di atas 'Arasy".
Al-A'raaf,
7:54.
اِنَّ
رَبَّكُمُ اللهُ
الَّذِيْ خَلَقَ
السَّـمَوَاتِ
وَاْلاَرْضَ
فِى سِـتَّةِ
اَيَّامٍ ثَمَّ
اسْتَوَى عَلَى
الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan
langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Ia bersemayan di atas
'Arasy".
Yunus,
10:3.
ثُمَّ
اسْتَوَى عَلَى
الْعَرْشِ.
"Kemudian
Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy".
Al-Furqan,
25:59.
اَللهُ
الَّذِيْ رَفَعَ
السَّمَوَاتِ
بِغَيْرِ عَمَدٍ
تَرَوْنَهَا
ثُمَّ اسْتَوَى
عَلَى الْعَرْشِ.
"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa
tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy".
Ar-Ra'd,
13:2.
اَللهُ
الَّذِيْ خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ
وَاْلاَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا
فِى سِتَّةِ
اَيَّامٍ ثُمَّ
اسْتَوَى عَلَى
الْعَرْشِ مَا
لَكُمْ مِنْ
دُوْنِهِ مِنْ
وَلِيٍّ وَلاَ
شَفِيْعٍ اَفَلاَ
تَتَذَكَّرُوْنَ.
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan
apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam
di atas 'Arasy. Tidak ada
bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang
pemberi syafa'at. Maka apakah
kamu tidak berfikir?".
As-Sajadah,
32:4.
هُوَ
الَّذِيْ خَلَقَ
السَّمَوَاتِ
وَالاَرْضَ
فِى سِتَّةِ
اَيَّامٍ ثُمَّ
اسْتَوَى عَلَى
الْعَرْشِ.
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi
dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayan di atas Arasy".
Al-Hadid,
57:4.
Ayat-ayat
yang menjelaskan bahawa Allah di langit, dan sebagai hujjah untuk membatalkan
pendapat golongan yang mendakwa bahawa Allah di mana-mana (tidak bertempat)
antaranya ialah firman Allah:
ءَ
اَمِنْتُمْ
مَنْ فِى السَّمَآءِ
اَنْ يَخْسِفَ
بِكُمْ اْلاَرْضَ.
"Apakah
kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan
bumi bersama kamu". Al-Mulk,
67:16.
اِلَيْهِ
يَصْعَدُ الْكَلِمُ
الطَّيِّبُ
وَالْعَمَلُ
الصَالِحُ يَرْفَعُهُ.
"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan
yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". Fathir,
35:10.
بَلْ
رَفَعَهُ اِلَيْهِ
وَكَانَ اللهُ
عَزِيْزًا حَكِيْمًا.
"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat
Isa kepadaNya. Dan adalah
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". An-Nisa',
4:158.
يَاعِيْسَى
اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ
وَرَافِعُكَ
اِلَيَّ.
"Hai Isa!
Sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu".
Ali
Imran, 3:55.
يَخَافُوْنَ
رَبَّهُمْ مِنْ
فَوْقِهِمْ
وَيَفْعَلُوْنَ
مَا يُؤْمَرُوْنَ.
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas
mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)".
An-Nahl,
16:50.
Sesungguhnya Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri
dan ramai lagi dari kalangan ulama salaf muktabar berkata:
"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya"
Sebagaimana
yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab Allah terutamanya al-Quran
dan berita yang telah mutawatir di sunnah RasulNya sallahu 'alaihi
wa-sallam serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala
di langit dan Dia bersemayam di atas 'ArasyNya.
Maka sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang
yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan
bahawa Allah di langit dan bersemayam di atas ArasyNya merupakan wahyu
dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Benarkah
Allah Tidak Bertempat?
Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh
itu, mereka wajib mengenal dan mengetahui di mana Allah.
Pengetahuan ini akan membuat seseorang itu menghadapkan dirinya,
hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh ibadahnya kepada Allah Subhanahu
wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.
Orang-orang
yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau kesasaran
kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan segala
permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.
Terdapat
banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit
yang dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa
wahyu itu turun dari langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu
itu (Allah) "bertempat", iaitu Dia berada di langit dan
bersemayam di atas 'ArasyNya.
Selain
dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat sebenarnya
di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak keterangan
yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit.
Sebahagian besar ahli bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu
dan kononnya tidak mahu menserupakan Allah dengan makhlukNya lantaran
kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal fikiran dan hawa nafsunya
bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka kalaulah Allah bertempat
pasti Ia berjisim dan menurut tafsiran mereka berjisim adalah sifat makhluk
atau menyerupai makhluk.
Semua
pendapat atau kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng,
ia jelas amat bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang
sahih yang menjelaskan bahawa Allah itu di langit.
Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:
قَوْلُهُ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: رَبُّنَا الَّذِيْ
فِى السَّمَآءِ
تَقَدَّسَ اسْمُكَ
، اَمْرُكَ فِى
السَّمَاءِ
وَالاَرْضِ
كَمَا رَحْمَتُكَ
فِى السَّمَاءِ
اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ
فِى اْلاَرْضِ
اِغْفِرْلَنَا
حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا
اَنْتَ رَبُّ
الطَّيِّبِيْنَ
اَنْزِلْ رَحْمَةً
مِنْ رَحْمَتِكَ
وَشِفَاءً مِنْ
شِفَاءِ كَ عَلَى
الْوَجَعِ.
"Ya Tuhan kami!
Tuhan yang di langit,
Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di
bumi. Sebagaimana halnya
rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi.
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat
dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang
dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh".
عَنِ
بْنِ مَسْعُوْدٍ
رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ
: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : اَلْعَرْشُ
فَوْقَ الْمَاءِ
وَاللهُ فَوْقَ
الْعَرْشِ لاَ
يَخْفَى عَلَيْهِ
شَيْءٌ مِنْ
اَعْمَالِكُمْ
. وَفِى الرِّوَايَةِ
: وَهُوَ يَعْلَمُ
مَا اَنْتُمْ
عَلَيْهِ.
"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy.
Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya.
Dan pada riwayat yang lain:
Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
اَلاَ
تَامِنُوْنِيْ
وَاَنَا اَمِيْنٌ
مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Tidakkah
kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh Yang di langit
(Allah yang di langit)".
Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ)
"Di langit" pada ayat
ini ialah (عَلَى
السَّمَآءِ)
"Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana yang dapat difahami penjelasannya
dari hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
اِنَّ
اللهَ كَتَبَ
كِتَابًا فَهُوَ
عِنْدَهُ فَوْقَ
الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya
Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy".
Hadith di atas menjelaskan bahawa
Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi Arasy atau langit.
Hadith ini semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu
wa-Ta'ala:
اَلرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى.
"Iaitu
Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".
Taha,
20:5.
Ayat
di atas ini dengan terang menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan
meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.
Di ayat yang lain Allah berfirman:
ثُمَّ
اسْتَوَى اِلَى
السَّمَآءِ.
"Dan Dia berkehendak menuju langit".
Al-Baqarah,
2:29.
Ayat
ini jelas menerangkan bahawa Allah menuju langit dan Dia berada di atas
langit yang menunjukkan keTinggianNya.
Menurut al-Baghawi rahimahullah dalam tafsirnya yang dinukil
dari qaul Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma dan ramai lagi para mufassir
salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang perkara tersebut (di mana
Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa"
(استوى) “bersemayan di atas ‘Arasy dan ArasyNya di langit”
iaitu
menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya keTinggian Allah 'Azza wa-Jalla
yang sebenarnya.
Perlu
diketahui bahawa Allah mempunyai zat, perkataan yang seerti dengan kalimah
“Zat” ialah “Jisim”.
Namun, zat atau jisim Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Sempurna
dan paling Kamil tidak menyerupai zat atau jisim makhlukNya, kerana Allah
Subhanahu wa-Ta’ala telah menegaskan dengan firmanNya:
لَيْسَ
كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ
“Tiada
sesuatu yang menyerupaiNya”.
وَلَمْ
يَكُنْ لَه كُفُوًا
اَحَدٌ
“Dan
tidak ada seseorangpun yang setara denganNya”. Al-Ikhlas,
112:4.
Allah
Bersemayam Di Atas 'ArasyNya
Pentakwilan (penafsiran) mengikut akal atau hawa nafsu terhadap
sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam, merupakan sebahagian dari punca kekeliruan
dan kesilapan yang boleh membawa kepada kesesatan atau syirik.
Misalnya, mentakwil kalimah istiwa kepada istaula (menguasai) akan
membawa kepada mengingkari satu sifat dari sifat-sifat Allah yang tinggi
dan luhur.
Jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh
tiada berkhilaf (berselisih pendapat) tentang mengkufurkan sesiapa yang
mengingkari bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'ArasyNya. Seseorang yang mengingkari istiwa bermakna dia telah kufur
kerana dia telah mengingkari isi ayat (al-Quran) di atas dan beberapa
hadith yang sahih.
Dengan
berpandukan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, para ulama
Salaf as-Soleh telah berijmak (sepakat) memutuskan telah "sesat/kufur"
bagi sesiapa yang menafikan bahawa Allah bersemayam di atas 'ArasyNya,
atau yang menukar makna bersemayam kepada makna yang lain seperti istiwa
kepada istiaula.
Pada sebuah athar sahih yang warid dari sahabat dan tabi'in iaitu
ucapan Ummi Salamah radiahlahu 'anha dalam menjelaskan firman Allah:
اَلرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى.
"Allah
bersemayam di atas 'ArasyNya",
Beliau (Ummi Salamah radiallahu 'anha) berkata:
"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui),
caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya
adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam)
adalah kufur".
Semasa Imam Malik rahimahullah
ditanya tentang maksud ayat:
اَلرَّحْمَنٌ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى
“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”
Beliau
menjawab:
اَلاِسْتِوَاءُ
مَعْلُوْمٌ
وَالْكَيْفُ
مَجْهُوْلٌ
وَالاِيْمَانُ
بِه وَاجِبٌ
وَالسُّؤَالُ
عَنْهُ بِدْعَةٌ.
"Al-Istiwa
adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk,
rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak
diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya
adalah merupakan suatu yang bid'ah".
Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya
menunjukkan ketinggianNya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada
dalam ketinggian. Terdapat
banyak dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih yang menunjukkan
tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala antaranya:
وَسِعَ
كُرْسِيُّهُ
السَّمَاوَاتِ
وَاْلاَرْضَ
وَلاَ يَؤُوْدُهُ
حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْعَظِيْمِ
"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha
Agung"
Al-Baqarah,
2:255.
سَبِّحِ
اسْمَ رَبِّكَ
اْلاَعْلَى.
"Sucikanlah nama Rabbmu (Tuhanmu) Yang Paling Tinggi".
Al-A'la,
87:1.
اِنَّ
اللهَ كَانَ
عَلِيًّا كَبِيْرًا.
"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar".
An-Nisa,
4:34.
ذَلِكَ
بِاَنَّ اللهَ
هُوَ الْحَقُّ
وَاَنَّ مَا
يَدْعُوْنَ
مِنْ دُوْنِهِ
هُوَالْبَاطِلُ
وَاَنَّ اللهَ
هُوَ الْعَلِيُّ
الْكَبِيْرُ.
"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya
Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru
selain Allah, itulah yang batil.
Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".
Al-Haj,
22:62.
عَالِمُ
الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
الْكَبِيْرُ
الْمُتَعَالِ.
"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang
nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi".
Ar-Ra'ad,
13:9.
حَتَّى
اِذَا فُزِّعَ
عَنْ قُلُوْبِهِمْ
قَالُوْا مَاذَا
قَالَ رَبُّكُمْ
قَالُوْا الْحَقَّ
وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْكَبِيْرُ.
"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka,
mereka berkata: Apakah yang
telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab:
(Perkataan) yang hak (benar).
Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Saba',
34:23.
اِنَّهُ
عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.
"Sesungguhnya
Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana".
Asy-Syura,
42:51.
Terdapat banyak hadith-hadith
sahih yang menjelaskan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antaranya ialah:
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَةَ
اَنَّ النَّبِيَ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ : اِذَا
قَضَى اللهُ
اْلاَمْرَ فِى
السَّمَآءِ
ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ
بِاَجْنِهَتِهَا
خَضْعَانًا
لِقَوْلِهِ
كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ
عَلَى صَفْوَانٍ
يُنْقِذُهُمْ
ذَلَكَ حَتَّى
اِذَا فُزِّعَ
عَنْ قُلُوْبِهِمْ
قَالُوْا : مَاذَا
قَالَ رَبُّكُمْ
؟ قَالُوْا الْحَقُّ
وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْكَبِيْرُ.
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu
'alaihi wa-sallam bersabda:
Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat
memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar
seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan
mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut).
Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata:
Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu).
Mereka menjawab: Firman
Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar".
عَنْ
عَبْدِ اللهِ
بْنِ عُمَرَ
رَضِىَ اللهُ
عَنْهُمَا قَالَ
: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا
دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ
فَاِنَّهَا
تَصْعَدُ اِلَى
اللهِ كَاَنَّهَا
شِرَارَةٌ . وَفِى
لَفْظٍ اِلَى
السَّمَآءِ.
"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau
diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada
Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit".
عَنْ
جَـابِرِ بْنِ
عَبْدِ اللهِ
رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ اَنَّ
رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ فِى خُطْبَتِهِ
يَوْمَ عَرَفَةَ
: اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ
؟ فَقَالُوْا
: نَعَمْ . فَجَعَلَ
يَرْفَعُ اِلَى
السَّـمَاءِ
وَيَنْكُتُهَا
اِلَيْهِمْ
وَيَقُوْلُ
: اَللَّهُمَّ
اشْهَدْ.
"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya!
Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan
jari telunjuknya ke langit lalu bersabda:
Ya Allah saksikanlah".
Di
hadith yang lain, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah
mengisyaratkan bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit:
عَنِ
بْنِ سَـعِيْدِ
الْخُـدْرِيِّ
اَنَّ رَسُـوْلَ
اللهِ صَلَّى
عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ
قَالَ : اَلاَ
تَاْمَنُوْنَنِيْ
وَاَنَا اَمِيْنٌ
مَنْ فِى السَّمَآءِ
يَاْتِنِيْ
خَبَرٌ مِنَ
السَّمَآءِ
صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.
"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam telah bersabda: Tidakkah
kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada
di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".
قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّىاللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: اَلرَّاحِمُوْنَ
يَرْحَمُهُمُ
الرَّحْمَنُ
اِرْحَمُوْا
مَنْ فِى اْلاَرْضِ
يَرْحَمُكُمْ
مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang
yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah).
Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit
(Allah)".
قَالَ
رَسُـوْلُ اللهِ
صَـلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ
: وَالَّـذِيْ
نَفْسِـىْ بِيَدِهِ
مَا مِنْ رَجُـلٍ
يَدْعُـوْ اِمْرَاَتَهُ
اِلَى فِرَاشِـهِ
فَاَبَى عَلَيْهِ
اِلاَّ كَانَ
الَّذِيْ فِى
السَّمَآءِ
سَاخِطًا عَلَيْهَا
حَتَّى يَرْضَى
عَنْهَا.
"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami)
yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan
mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya)
sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".
اِنَّهُ
سَـاعَةٌ تُفْتَحُ
فِيْهَا اَبْوَابَ
السَّـمَآءِ
فَاُحِبُّ اَنْ
يَصْعَدَ لِيْ
فِيْهَا عَمَلٌ
صَالِحٌ.
"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka
aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".
Nabi Muhammad sallallahu
wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu
beliau belum memeluk Islam:
كَمْ
اِلَهًا تَعْبُدُ
الْيَوْمَ ؟
قَال : سَبْعَةٌ
. سِتَّةٌ فِى
اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ
فِى السَّمَآءِ
. فَقَالَ : فَاِذَا
اَصَابَكَ الضَّرَرَ
فَمَنْ تَدْعُوْا
؟ قَالَ : اَلَّذِيْ
فِى السَّمَاءِ.
"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau
memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini?
Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit.
Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau
seru? Beliau menjawab:
Tuhan yang di langit".
Isteri Nabi Muhammad salallahu
'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab berbangga kerana dia dinikahkan
oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh sebagaimana pengakuannya:
زَوَّجَكُنَّ
اَهَالِيكُنَّ
وَزَوَّجَنِيَ
اللهُ مِنْ فَوْقَ
سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Kamu
dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas
langit yang ke tujuh".
Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu
anhu berkata kepadanya:
كُنْتُ
اُحِبُّ نِسَـاءَ
رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِلَى رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَـلَّمَ
وَلَمْ يَكُنْ
رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّىاللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا
وَاَنْزَلَ
اللهُ بَرَاءَ
تكِ مِنْ فَوْقَ
سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Aku
sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam
sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak
pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali
kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit
yang ketujuh".
قَالَ
عُمَرُ بْنُ
الْخَطَّابِ
: هَذِهِ اِمْرَاَةٌ
سَمِعَ اللهُ
شَكْوَاهَا
مِنْ فَوْقَ
سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
هَذِهِ خَوْلَةُ
بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.
"Berkata
'Umar bin al-Khattab: Inilah
wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh,
inilah Khaulah binti Thalabah".
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah,
Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
لَمَّا
قَضَى اللهُ
الْخَلْقَ كَتَبَ
كِتَابًا عِنْدَهُ
سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ
غَضَبِيْ فَهُوْ
عِنْدَهُ فَوْقَ
السَّمَآءِ.
"Setelah
Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana ditulis):
RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".
Semua
dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah menerangkan
dan membuktikan kepada sesiapa sahaja yang mahu beriman bahawa Allah Subhanahu
wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas
langit yang ketujuh. Sesiapa
yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang telah disepakati oleh
jumhur ulama Salaf as-Soleh.
Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah juga telah menjelaskan
bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada
di langit:
"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas
'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan
ia diturunkan (dari langit)".
Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat,
zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari
al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya.
Dalam hal ini, Imam al-Auza'ii dianggap Imam ahli Syam di zamannya,
beliau telah menegaskan:
كُنَّا
وَالتَّابِعُوْنَ
مُتَوَافِرُوْنَ
نُقُوْلُ : اَنَّ
اللهَ عَلَىعَرْشِهِ
وَنُؤْمِنُوْا
بِمَاوَرَدَتْ
بِهِ السُّنَةَ
مِنْ صِفَاتِ
اللهِ تَعَالَى.
"Kami
dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:
Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa
yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".
عَنْ
عَبْدِاللهِ
بْنِ وَهَبٍ
قَالَ: كُنْتُ
عِنْدَ مَالِكٍ
فَدَخَلَ رَجُلٌ
فَقَالَ : يَا
اَبَا عَبْدَ
الرَّحْمَن
" اَلرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى "
كَيْفَ اسْتَوَى
؟ فَاَطْرَقَ
مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ
الرَّحْضَاءَ
ثُمَّ رَفَعَ
رَاْسَهُ فَقَالَ
: اَلرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ
بِهِ نَفْسَهُ
وَلاَ يُقَالُ
كَيْفَ وَكَيْفَ
عَنْهُ مَرْفُوْعٌ
وَمَا اَرَاكَ
اِلاَّ صَاحِبُ
بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.
"Dari
Abdullah bin Wahab berkata: Aku
pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya:
Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman
(Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam?
Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil
mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman
(Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan
oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa
kerana telah marfu' tetanganya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu
kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia".
Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam
di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan
yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui
oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka
akan memperolehi jawapannya.
Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian
dari memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui
tentang zatNya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang
bagaimananya sifat Allah. Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah
(tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla),
mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya
dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda NabiNya dengan akal dan hawa nafsunya.
قَالَ
التُّرْمِزِيُّ
: وَهُوَ عَلَى
الْعَرْشِ كَمَا
وَصَفَ بِهِ
نَفْسهُ فِى
كِتَابِهِ كَذَا
قَالَ غَيْرُ
وَاحَدٍ مِنْ
اَهْلِ الْعِلْمِ.
"Berkata
Turmizi: Ia bersemayam di
atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya.
Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya
seperti itu".
Allah
Di Langit
Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa
akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau
pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai keyakinan
akidah yang murni bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam
di atas 'ArasyNya. Begitulah
juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah
semasa beliau ditanya tentang di mana Allah:
وَقِيْلَ
لِعَبْدِاللهِ
بْنِ الْمُبَارَكِ
: كَيْفَ نَعْرِفُ
رَبَّنَا ؟ قَالَ:
بِاَنَّهُ فَوْقَ
السَّمَآءِ
السَّابِعَةِ
عَلَى الْعَرْشِ.
"Dan
ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Kita mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ke
tujuh di atas 'ArasyNya".
Golongan
Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan
tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai
bahawa Allah di langit:
وَقِيْلَ
لِيَزِيْدِ
بْنِ هَارُوْن
: مَنِ الْجَهْمِيَّةُ
؟ فَقَالَ : مَنْ
زَعَمَ اَنَّ
الرَّحْمَنَ
عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى عَلَى
خِلاَفِ مَا
يَقِرُّ فِى
قُلُوْبِ الْعَامَةِ
فَهُوْ جَهْمِيْ.
"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun:
Siapa itu Jahmiyah? Maka
beliau berkata: Sesiapa yang
mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya)
tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah
Jahmiyah".
Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu
wa-Ta'ala bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah
di langit, maka sesiapa yang
mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad
bin Zaid:
"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak
ada sesuatu (Allah bukan di langit)".
Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan
dan disalah tafsir oleh golongan ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang
menjelaskan:
قَالَ
لاَ تَخَافَا
، اِنَّنِيْ
مَعَكُمَآ اَسْمَعُ
وَاَرَى.
"Allah
berfirman: Janganlah kamu
berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar
dan Melihat". Taha,
20:46.
Maksud dari ayat (اِنَّنِيْ
مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua"
ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan) iaitu ilmu Allah berserta
dan meliputi segala-galanya. Allah
Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana.
Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia Mendengar dan Melihat
kita. Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit.
Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:
اِنَّكُمْ
تَدْعُوْنَ
سَمِيْعًا قَرِيْبًا
وَهُوَ مَعَكُمْ
(اَيْ مَعَكُمْ
بِعِلْمِهِ).
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir
Yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".
وَعِنْدَهُ
مَفَاتِيْحُ
الْغَيْبِ لاَ
يَعْلَمُهَا
اِلاَّ هُوَ
وَيَعْلَمُ
مَا فِى الْبَرِّ
وَالْبَحْرِ
وَمَا تَسْقُطُ
مِنْ وَرَقَةٍ
اِلاَّ يَعْلَمُهَا
وَلاَ حَبَّةٍ
فِى ظُلُمَاتِ
اْلاَرْضِ وَلاَ
رَطْبٍ وَلاَ
يَابِسٍ اِلاَّ
فِى كِتَابٍ
مُّبِيْنَ.
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak
ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang
di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan
Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan
bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis
dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)". Al-An'am,
6:59.
Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang
menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya
di mana-mana ialah sabad Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
قَالَ
مُعَاوِيَةُ
بْنُ حَكَمُ
السُّلَمِى
: وَكَانَتْ لِيْ
جَارِيَةٌ تَرْعَى
غَنَمًا لِيْ
اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ
فَاطَّلَعْتُ
ذَاتَ يَوْمٍ
. فَاِذَا بِالذِّئْبِ
قَدْ ذَهَبَ
بَشَاةٍ مِنْ
غَنَمِهَا وَاَنَا
رَجُلٌ مِنْ
بَنِيْ آدَمَ
اَسَفَ كَمَا
يَاْسفُوْنَ
. لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا
صَكَّةً فَاَتَيْتُ
رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَعَظَّمَ ذَلِكَ
عَلَيَّ . قُلْتُ
: يَارَسُوْلَ
اللهِ اَفَلاَ
اَعْتِقُهَا
؟ قَالَ: اِئْتِنِيْ
بِهَا. فَقَالَ
لَهَا: اَيْنَ
اللهُ ؟ قَالَتْ
: فِى السَّـمَآءِ
. قَالَ: مَنْ اَنَا
؟ قَالَتْ : اَنْتَ
رَسُوْلُ اللهِ.
قَالَ : اَعْتِقْهَا
فَاِنَّهَا
مُؤْمِنَةٌ.
Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami:
Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di
sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah.
Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa
lari seekor kambing gembalaannya.
Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan.
Maka aku mengeluh sebagaimana mereka.
Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi.
Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan
aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah
aku harus memerdekakannya? Jawab
Rasulullah: Bawalah wanita
itu ke sini. Maka Rasulullah
bertanya kepada wanita itu. Di
mana Allah? Dijawabnya:
Di langit. Rasulullah
bertanya lagi: Siapakah aku?
Dijawabnya: Engkau
Rasulullah. Maka baginda
bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah)
wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".
Menurut
syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa perbuatan,
fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan,
memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'ala dengan
makhlukNya adalah batil (kufur), sesat dan boleh membawa kepada
perbuatan syirik. Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya
ayat yang terdapat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang
serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan
tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)",
112:4
Cara
para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh
menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:
1-
Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan
dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:
لَيْسَ
كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ وَهُوَ
السَّمِيْعُ
الْبَصِيْرُ.
"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat". Asy-Syura,
42:11.
2-
Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau
mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah.
Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat
dan zatNya. Maka larangan
ini berdasarkan kepada firmanNya:
وَلاَ
يُحِيْطُوْنَ
بِهِ عِلْمًا.
"Sedangkan
ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya". Taha,
20:110.
Menurut
ayat di atas ini, manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak
diberi tahu atau dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan
oleh RasulNya melalui penyampaian dan sabdanya.
Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat
dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib.
Sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang
berkaitan dengan segala keghaiban sebagaimana firmanNya:
عَالِمُ
الْغَيْبِ فَلاَ
يُظْهِرُ عَلَى
غَيْبِهِ اَحَدًا
اِلاَّ مَنِ
ارْتَضَى مِنْ
رَسُوْلٍ.
"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia
tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu.
Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya".
Al-Jin,
72:26-27.
Ayat
di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang berada
dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz
serta apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh
Allah kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:
فَاِنَّ
مِنْ جُوْدِكَ
الدُّنْيَا
وَضَرَّتُهَا
وَمِنْ
عُلُوْمِكَ
عِلْمُ اللُّوْحِ
وَالْقَلَمِ
"Sesungguhnya
kedermawaanMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian
(termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.
Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah
dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:
وَعِنْدَهُ
مَفَاتِيْحُ
الْغَيْبِ لاَ
يَعْلَمُهَا
اِلاَّ هُوَ.
"Dan
pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri".
Al-An'am,
6:59.
قُلْ
لاَ يَعْلَمُ
مَنْ فِى السَّمَوَاتِ
وَاْلاَرْضِ
الْغَيْبَ اِلاَّ
اللهُ.
"Katakanlah!
Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara
yang ghaib, kecuali Allah". An-Naml,
27:65.
Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran
dan hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus. Ianya adalah wahyu yang mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan
di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah
hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya
"Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة
الله) "Di mananya Allah".
Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan
akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam
sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan:
"Di mana Allah?". Berdasarkan
hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan
contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda
tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan
sesuatu tentang agama Allah. Oleh
itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh
dihukum sesat atau menyalahi sunnah.
Pendapat,
pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli al-Ahwa
(ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh
dan Rasul yang wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan
agama, terutama tentang penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah
diterangkan oleh Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada.
Dalam
hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi
peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi
masih enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan
dan urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah
atau mu'amalah. Baginda bersabda:
كُلُّ
اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ
الْجَنَّةَ
اِلاَّ مَنْ
اَبَى قَالُوْا
وَمَنْ يَاْبَ
يَا رَسُوْلَ
اللهِ ؟ قَالَ
: مَنْ اَطَاعَنِى
دَخَلَ الْجَنَّةِ
وَمَنْ عَصَانِيْ
قَقَدْ اَبَى.
"Setiap
umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat
(menentangku) maka dia telah menolak".
Firman
Allah:
وَمَنْ
يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ
مِنْ بَعْدِ
مَاتَبَيَّنَ
لَهُ الْهُدَى
وَيَتَّبِعْ
غَيْرَ سَبِيْلِ
الْمُؤْمِنِيْنَ
نُوَلِّهِ مَا
تَوَلَّى وَنُصْلِهِ
جَهَنَّمَ وَسَآءَ
تْ مَصِيْرًا.
"Dan
sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti
jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min,
Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya
itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk
tempat kembali".
An-Nisa,
4:115.
Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas),
adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan
para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman
dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di
dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh
RasulNya tentangNya. Mereka
beriman dengan keimanan
yang selamat, iaitu tidak dilakukan
pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil.
Dan Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:
"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang
telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan
oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith".
Mengingkari Zat, Nama & Sifat
Allah Adalah Sesat
Terdapat
segolongan (firqah) yang digelar "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama
Allah". Mereka
(golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan
sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya.
Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa golongan ini adalah golongan yang
sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah.
Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya
sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur
atau zindik menurut hukum syara.
Firqah
Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan
menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat
(mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut
mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah
Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya.
Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat
atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat
di dalam firmanNya:
سُبْحَانَ
رَبِّكَ رَبِّ
الْعِزَّةِ
عَمَّا يَصِفُوْنَ
"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan
dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". As-Safat,
37:180.
Sesiapa
yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali
lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil
dan membawa kepada kekufuran. Kerana
pada hakikatnya Allah Subhanahu
wa-Ta'ala telah menetapkan
sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran.
Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga
tidak boleh dipersoalkan lagi.
Para
ulama Ahli sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan
menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (pendapat yang membatalkan
sifat, zat dan nama-nama Allah).
Antara mereka yang membantah sekeras-sekerasnya ialah Imam Abu
Hanifah rahimahullah. Beliau
telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan
sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:
وَلَهُ
يَدٌ وَوَجْهٌ
وَنَفْسٌ كَمَا
ذَكَرَهُ اللهُ
تَعَالَى فِى
الْقُرْآنِ
فَمَا ذَكَرَهُ
اللهُ تَعَالَى
فِى الْقَرْآنِ مِنْ
ذِكْرِ الْوَجْهِ
وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ
فَهُوَ لَهُ
صِفَاتٌ بِلاَ
كَيْف وَلاَ
يُقَالُ اِنَّ
يَدَهُ قُدْرَتَهُ
اَوْ نِعْمَتَهُ
لاَنَّ فِيْهِ
اِبْطَالُ الصِّفَة.
"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang
diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala
di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya
sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan
tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya
kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".
Persamaan
pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan
adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat
atau pada sifat. Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah
sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan
kebolehan tangan tersebut berfungsi.
Begitulah
juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya
yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat
sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang
ketidak samaannya nama, zat dan sifat Allah :
لَيْسَ
كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ
"Tiada
suatu pun yang serupa denganNya". Asy-Syura,
42:11".
Peyerupaan
Yang Menyesatkan
Sememangnya
tidak dapat dinafikan terdapatnya di kalangan masyarakat Islam beberapa
golongan yang sesat lantaran menyerupakan zat atau sifat Allah dengan
zat dan sifat makhlukNya. Antara
golongan ini ialah mereka yang dikenali sebagai firqah "Musyabbihah"
.(مُشَبِّهَةٌ) Maksud
dari kalimah musyabbihah ialah:
"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan
zat) makhlukNya".
Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang termasuk dan terjebak
ke dalam golongan ini ialah para syeikh (pemimpin) tarikat kebatinan dan
kesufian/tasawuf serta para pengikutnya.
Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka
mentakwil
mentamsil,
mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah.
Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat
dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan
zat makhlukNya.
Untuk
mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat, sewajarnya setiap
mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu
yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj
Salaf as-Soleh.
0 comments:
Post a Comment