Powered by Blogger.

Dec 20, 2011

Kaifiat Solat Sunat Gerhana

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

1. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

2. Lebih sempurna lagi dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam pada setiap rakaat, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat itu. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

3. Yang terlebih sempurna pula ialah dilakukan sebanyak 2 rakaat juga, dengan  2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah qiyam, ruku‟ dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wa Sallam bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang

Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, surah Ali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat. Kadar panjang tasbih pula ialah sekadar bacaan 100 ayat atau 100 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat atau 90 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat atau 70 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat atau 50 kali tasbih dalam ruku’ dan sujud keempat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang) Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan „Surah-surah Lazim‟ atau „Juzuk „Amma‟.

  (Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti‟azah.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam (pertama). Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A‟laa (19 ayat).
6. Ruku‟ (pertama) dan membaca tasbih sekadar 100 ayat yang sederhana panjang atau 100 kali tasbih.
7. „Iktidal.
8. Qiyam (kedua), membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah dalam qiyam (kedua). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
10. Ruku‟ (kedua) dan membaca tasbih sekadar 90 ayat yang sederhana panjang atau 90 kali tasbih.
11. „Iktidal.
12. Sujud (pertama) dan membaca tasbih sekadar 100 ayat yang sederhana panjang atau 100 kali tasbih.
13. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
14. Sujud (kedua) dan membaca tasbih sekadar 90 ayat yang sederhana panjang atau 90 kali tasbih.
15. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
 
1. Qiyam (ketiga) dan membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah dalam qiyam (ketiga). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat) atau surah al-Dhuha (11 ayat).
3. Ruku‟ (ketiga) dan membaca tasbih sekadar 70 ayat yang sederhana panjang atau 70 kali tasbih.
4. „Iktidal.
5. Qiyam (keempat) dan membaca surah al-Fatihah.
6. Membaca surah dalam qiyam (keempat). Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat) atau surah al-Insyirah (8 ayat).
7. Ruku‟ (keempat) dan membaca tasbih sekadar 50 ayat yang sederhana panjang atau 50 kali tasbih.
8. „Iktidal.
9. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih sekadar 70 ayat yang sederhana panjang atau 70 kali tasbih.
10. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
11. Sujud (keempat) dan membaca tasbih sekadar 50 ayat yang sederhana panjang atau 50 kali tasbih.
12. Duduk dan membaca tasyahhud akhir.
13. Memberi salam.
14. Imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah.

Sumber ( + )

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP