Powered by Blogger.

Feb 9, 2010

Perhimpunan Dipadang Mahsyar

BERIMAN KEPADA ADANYA HARI AKHIRAT

Firman Tuhan pada ayat 47, Surah al-Kahf, dan ayat 49-50, Surah al-Waqi'ah serta ayat 6 Surah al-Tatfif yang di antara maksud-maksudnya menyatakan Bahawa setelah sekalian yang mati dihidupkan semula serta dibangkitkan dari kubur masing-masing maka Tuhan himpunkan segenap lapisan manusia - tidak ketinggalan di antara mereka seorang pun - di padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul `Alamin.

Padang Mahsyar itu ialah satu bumi yang sifatnya diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sebuah hadis yang berikut:

85- عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى أَرْضٍ بَيْضَاءَ عَفْرَاءَ كَقُرْصَةِ نَقِيٍّ لَيْسَ فِيهَا مَعْلَمٌ لِأَحَدٍ. (البخاري ومسلم)

85- Dari Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a. dari Nabi s.a.w, - yang bersabda maksudnya: Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu di - bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang."

(Bukhari dan Muslim)

Perhimpunan di bumi yang tersebut adalah satu perhimpunan raksasa yang mengandungi Rasul-rasul, Malaikat-malaikat, Jin, Syaitan, haiwan dan mana-mana yang berkenaan dengan perbicaraan yang akan diadakan oleh Allah: Hakim yang maha adil.

Ini dinyatakan oleh ayat 41 Surah al-Nisa', ayat 40 Surah Saba', ayat' 128 Surah al-An'am, ayat 68 Surah Mariam, dan ayat 17 Surah al-Furqan; juga oleh hadis yang berikut:

86- عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ بَعْدَ أَنْ حَلَفَ: مَا مِنْ رَجُلٍ تَكُونُ لَهُ إِبِلٌ أَوْ بَقَرٌ أَوْ غَنَمٌ لَا يُؤَدِّي حَقَّهَا إِلَّا أُتِيَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْظَمَ مَا تَكُونُ وَأَسْمَنَهُ تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا وَتَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا كُلَّمَا جَازَتْ أُخْرَاهَا رُدَّتْ عَلَيْهِ أُولَاهَا حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ. (البخاري ومسلم)

86- Dari Abu Zar, r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda sesudah baginda bersumpah: "Tidak ada seseorang yang memiliki unta, lembu atau kambing yang ia tidak menyempurnakan haknya, melainkan dibawa binatang itu pada hari qiamat dalam keadaan yang sebesar-besar dan segemuk-gemuknya memijak dan melanyak-lanyaknya dengan tapak kakinya dan menanduknya dengan tanduknya, setiap kali selesai kumpulan -binatang-binatang itu berbuat demikian diulanginya pula perbuatan yang tersebut, sehingga diselesaikan perbicaraan di antara manusia. "

(Bukhari dan Muslim)

Masa Hari Qiamat Dan Huru-haranya:

Sayugia diingat bahawa masa yang bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke padang Mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul 'Alamin, sehingga ke waktu manusia menduduki tempat masing-masing di Syurga atau Neraka, mengikut hukuman Tuhan Yang Maha Adil, ialah masa hari qiamat yang terbesar, masa yang huru-haranya menyelubungi jiwa dan tubuh badan manusia.

Tuhan Yang Amat Mengasihani mengingatkan kita tentang keadaan huru-hara itu di dalam al-Qur'an al-Karim di antaranya:

Pertama - Ayat 2 Surah al-Haj yang maksudnya: Kedahsyatan hari qiamat itu sangatlah mengejutkan dan menjadikan seseorang terpegun dan terpinga-pinga sehingga orang ramai kelihatan seperti keadaan orang mabuk dan kalau ditakdirkan ada pada masa itu perempuan yang mengandung, keguguranlah anak kandungannya; kalau ada yang menyusukan anak, ia tidak akan ingatkan anak susuannya.

Kedua - Ayat 88 dan 89 Surah al-Syu'ara' yang maksudnya: Masa qiamat itu ialah masa yang harta benda dan anak pinak seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya kalau ia mengadap Tuhan dengan hati yang tidak bersih daripada kekotoran kufur dan syirik, sekali pun harta benda itu ia belanjakan pada jalan kebajikan dan anak pinak itu diberinya didikan agama dan akhlak yang mulia sehingga menjadi seorang anak yang salih.

Ketiga - Ayat 34 - 37 Surah Abasa yang maksudnya; Masa qiamat itu ialah masa yang tiap-tiap seorang melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya,isteri dan anaknya, kerana masing-masing pada masa itu cukup sibuk dengan urusan keselamatan dirinya, tidak berpeluang hendak mengambil tahu hal orang lain sekali pun orang itu serapat-rapat, semulia-mulia dan sekasih-kasih orang kepadanya

Rasulullah s.a.w. pula menerangkan keadaan huru-hara hari qiamat itu pada beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang berikut:

87- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الْأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ. (البخاري ومسلم)

87- Dari Abi Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Manusia berpeluh pada hari qiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing."

(Bukhari dan Muslim)

8- عَنْ الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا وَأَشَارَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ. (مسلم والترمذي)

88- Dari Miqdad bin al-Aswad r.a. katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari qiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mu; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya."

(Muslim dan Tirmizi)



89- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ زِمَامٍ مَعَ كُلِّ زِمَامٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَجُرُّونَهَا. (مسلم)

89- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di bawa Neraka jahanam pada hari itu dengan tujuh puluh ribu tali penarik pada tiap-tiap satu tali penarik ada tujuh puluh ribu Malaikat menariknya.

(Bukhari)

90- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَخْرُجُ عُنُقٌ مِنْ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَهَا عَيْنَانِ تُبْصِرَانِ وَأُذُنَانِ تَسْمَعَانِ وَلِسَانٌ يَنْطِقُ يَقُولُ إِنِّي وُكِّلْتُ بِثَلَاثَةٍ بِكُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ وَبِكُلِّ مَنْ دَعَا مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَبِالْمُصَوِّرِينَ. (الترمذي)

90- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari qiamat dengan dua mata yang melihat dan dua telinga yang mendengar serta lidah yang bercakap lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyeksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu - yang lain dengan Allah dan orang-orang yang membuat gambar. "

(Tirmizi)

Di antara maksud-maksud empat hadis (87, 88, 89 dan 90) yang tersebut ialah menerangkan bahawa:

(1) Untuk menzahirkan tanda kesangatan murka Tuhan Yang Maha Adil terhadap orang-orang yang bersalah maka pada masa itu didekatkan matahari kepada kepala manusia dan dibawa datang Neraka jahanam ke padang Mahsyar serta diberikannya bercakap menyatakan jenis-jenis orang yang diserahkan kepadanya menjalankan hukuman azab siksanya.

(2) Dengan sebab kepanasan matahari dan dengan kelihatan Neraka jahanam serta kedengaran suara jeritan dan kata-kata yang menggerunkan, tambahan kepada adanya perasaan takut yang tidak terperi dan keadaan yang mengharu-birukan orang-orang yang baik apa lagi orang-orang yang bersalah, maka manusia pada masa itu berpeluh dengan banyaknya sehingga - selain daripada meresapnya peluh itu ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta - ada lagi tinggal di muka padang Mahsyar itu menenggelami tiap-tiap orang sekadar perbuatan jahat yang masing-masing lakukan semasa hidupnya di dunia: Ada yang tenggelam dalam peluhnya setakat mata kakinya, ada yang setakat lututnya, ada yang setakat pinggangnya dan ada yang setakat mulutnya, bahkan ada hadis yang lain menyatakan bahawa ada orang yang kepalanya pun tenggelam.

Dengan peringatan Allah s.w.t. dan penerangan Nabi Muhammad s.a.w. itu cukuplah hendaknya untuk seseorang berusaha benar-benar memperolehi hidayah dan taufik supaya Ia bertaubat dan bertakwa serta mengerjakan kebaikan yang diharapkan boleh menjadi sebab menyelamatkan seseorang daripada bahaya segala huru-hara masa qiamat itu, kerana Tuhan Yang Amat Mengasihani dan Maha Adil telah menjanjikan kesentosaan daripada bahaya yang tersebut kepada sesiapa yang beroleh taufik mengamalkan kebaikan yang dapat ia membawanya mengadap Tuhan sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 103 Surah al-Anbia' dan ditegaskan oleh ayat 89 Surah al-Naml.

Nabi Muhammad S.A.W telah menerangkan - pada beberapa hadis - kebaikan-kebaikan yang apabila seseorang melakukannya dengan ikhlas, terlepaslah ia dari bahaya masa qiamat itu. Di antaranya hadis-hadis yang berikut:

91- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (البخاري ومسلم والنسائي)

91- Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebilangan manusia yang di naungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; pemuda yang hidup sentiasa dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, - kedua-duanya berhimpun dan bercerai dengan tujuan mendapat keredhaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang bangsawan lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata: "Aku takut kepada Allah; orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya; dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamalullah s.w.t."

(Bukhari, Muslim dan Nasa'i)

92- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ. (البخاري ومسلم والترمذي)

92- Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya dari api neraka. "

(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

93- عَنْ أَبِي الْيَسَرِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ. (مسلم والإمام أحمد)

93- Dari Abi al-Yusri r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naunganNya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah. "

(Muslim dan Imam Ahmad)

94- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ غَرِيمِهِ أَوْ مَحَا عَنْهُ كَانَ فِي ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (مسلم والإمام أحمد)

94- Dari Abu Qatadah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang meringankan tanggungan hutang - daripada orang yang berhutang kepadanya atau menghapuskan hutangnya itu nescaya ia berada di bawah-naungan `Arasy pada hari qiamat .

(Muslim dan Imam Ahmad)

- عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ رَدَّ اللَّهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (الإمام أحمد والترمذي)

95- Dari Abu al-Darda' r.a. dari Nabi bahawa Baginda bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari qiamat."

(Imam Ahmad dan Tirmizi)

96- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَيُّمَا مُؤْمِنٍ أَطْعَمَ مُؤْمِنًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُؤْمِنٍ سَقَى مُؤْمِنًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ وَأَيُّمَا مُؤْمِنٍ كَسَا مُؤْمِنًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ. (الترمذي)

96- Dari Abu Said al-Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari qiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi -minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari qiamat dari minuman Syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian Syurga. " .

(Tirmizi)

Sebahagian dari kandungan hadis yang ke 26 dalam "Muqadimah Mastika Hadis" ada hubungannya dengan perkara-perkara yang baik yang dimaksudkan di sini.

Cara pemergian manusia ke padang Mahsyar:

Firman Tuhan pada ayat 86 Surah Mariam, ayat 102 Surah Taha, ayat 97 Surah al-Isra', yang maksudnya menyatakan: Bahawa cara orang-orang yang pergi ke padang Mahsyar ada tiga bahagian ..

Pertama - Orang-orang yang pergi dengan berkenderaan, iaitu orang-orang yang bertakwa.

Kedua - Orang-orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang-orang yang mati dalam keadaan berdosa.

Ketiga - Orang-orang yang berjalan dengan mukanya sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang menyukakannya, lidahnya tidak dapat menuturkan hujah-hujah atau alasan yang boleh diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara -perkara yang menyenangkan hatinya, iaitu orang-orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya, lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

Cara-cara yang tersebut diterangkan pula oleh Rasulullah dalam hadis yang berikut:

97- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَةَ أَصْنَافٍ صِنْفًا مُشَاةً وَصِنْفًا رُكْبَانًا وَصِنْفًا عَلَى وُجُوهِهِمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَمْشُونَ عَلَى وُجُوهِهِمْ قَالَ إِنَّ الَّذِي أَمْشَاهُمْ عَلَى أَقْدَامِهِمْ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُمْشِيَهُمْ عَلَى وُجُوهِهِمْ. (الترمذي)

97- Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia yang dihimpunkan ke padang Mahsyar pada hari qiamat adalah tiga golongan; yang pertama Golongan yang berjalan kaki, yang kedua: Golongan yang berkenderaan, dan yang ketiga: Golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka!"

Keadaan manusia dalam masa pergi dan berada di Padang Mahsyar.

Firman Tuhan pada ayat 94 Surah al-An'am, maksudnya:

Dan demi sesungguhnya kamu sekarang telah datang kepada Kami dengan keadaan sebatang karah sebagaimana keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dahulu, tidak berkain baju tidak berkasut tidak berkhatan dan tidak berharta benda

Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya:

Sebagaimana Tuhan telah mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali kepada Tuhan.

Mgenai keadaan yang tersebut, Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis-hadis yang berikut:

98- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيبًا فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ تُحْشَرُونَ إِلَى اللَّهِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ أَلَا وَإِنَّ أَوَّلَ الْخَلَائِقِ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام. (البخاري ومسلم)

98- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang) Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup", (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). "Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada - hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

(Bukhari dan Muslim)

99- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ. (البخاري ومسلم)

99- Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup" Aisyah berkata: Ya Rasulullah! "Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi s.a.w. menjawab: "Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada - masa itu menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain."

(Bukhari dan Muslim)

100- وللنسائي والحاكم عَنْ عَائِشَةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ بِالْعَوْرَاتِ قَالَ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ.

100- Daripada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a., katanya: Aku bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja."

Maksud kedua-dua hadis itu: Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa manusia akan pergi ke padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan jadikan mereka keluar dari perut ibu dahulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan. Mendengarkan keterangan itu, Sayidatina Aisyah bertanya. Bagaimana hal aurat masing-masing ya Rasulullah, adakah orang lelaki dan perempuan memandang satu sama lain? Rasulullah s.a.w. menjawab: Wahai Aisyah! kedahsyatan huru-hara qiamat menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja. Rasulullah s.a.w., menerangkan lagi: Bahawa orang yang mula-mula sekali diberi memakai pakaian di antara makhluk-makhluk yang ramai itu ialah Nabi Ibrahim, a.s.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP