Nama dan Tugas Malaikat
Percaya kepada Malaikat
Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):- Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
- Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
- Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
- Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
- Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
- Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
- Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
- Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
- Ridhwan – Mengawal syurga
- Malik – Mengawal neraka
- Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
- Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
- Memikut Arsy
- Berdoa untuk orang-orang beriman
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
- Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
- Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
- Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
0 comments:
Post a Comment