Powered by Blogger.

Dec 31, 2009

Thumbelina - Kuda Terkecil Di Dunia

Thumbelina (kiri) bersaiz kerdil berbanding kuda yang lain. -Foto thatsweird.net

IA mungkin bersaiz kecil. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Bagaimanapun, ia tetap seekor kuda kerdil yang cantik.

Thumbelina diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun.

Thumbelina tidak mungkin mampu menjadi juara kuda lompat kerana ia terlalu kecil hingga sukar melompat melepasi sebuah baldi.

Kuda terkecil ini dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia dimiliki sepasang suami isteri.

Pada kebiasaannya, kuda kerdil sedemikian mencapai berat 250 lb (113.4 kilogram) dan tinggi 34 inci (0.8636 meter) apabila besar nanti.

Sejak Thumbelina dilahirkan, jelas sekali ia tidak dapat mencapai ukuran berat dan tinggi sebegitu.

Ketika dilahirkan, ia baru seberat 8 lb (3.629 kg). Akhirnya apabila ia besar, ia cuma seberat 60 lb (27.22 kg).

Thumbelina suka bermain dengan anjing-anjing spesis cockel spaneil berbanding dengan kuda-kuda lain.





Read more...

Dec 28, 2009

Burj Dubai ialah bangunan tertinggi di dunia

Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation. -Foto REUTERS


Burj Dubai ialah bangunan tertinggi di dunia. -Foto REUTERS

DUBAI: Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation.

Menurut pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai.

"Kami adalah syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini," katanya kepada Bernama di sini.

Laporan sebelum ini telah menyebut bahawa Burj Dubai berketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.

Pemajunya, Emaar Properties tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun terdapat kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 km.

Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Nathan berkata Eversendai juga menjalankan kerja-kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.

"Kami telah menyempurnakan kesemuanya tanpa apa-apa kemalangan," katanya.

Nathan juga berkata Eversendai mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kontraktor utama menara itu, Samsung Corporation dari Korea Selatan.

Kedua-dua syarikat telah terbabit dalam pembinaan Menara Kedua di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Mengenai pengalaman Eversendai di UAE, beliau berkata: "Kami tiba di sini pada pertengahan tahun 90an dan kontrak pertama kami adalah hotel Burj Al Arab, di persisir pantai Dubai.

Selepas itu, Eversendai menerima pelbagai projek bernilai jutaan ringgit di UAE dan Qatar.

Buat masa ini, Eversendai terbabit dalam beberapa projek di Qatar termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan Dubai Towers-Doha.

Nathan berkata ia bukan sesuatu yang mudah bagi Eversendai untuk berada pada kedudukannya sekarang.

"Sesebuah syarikat yang mahu berkembang ke luar negara harus telah membangunkan kebolehannya serta mesti mempunyai kewangan yang kukuh.

"Tanpa semua ini, sukar untuk menembusi pasaran luar negara. Walaupun mungkin ada sokongan dari kerajaan, kerajaan juga mempunyai batasnya," kata Nathan.

"Kejayaan menyiapkan projek akan memberi reputasi yang baik. Ini akan membina kepercayaan dan syarikat itu kemudian boleh menjangka lebih banyak projek lain," tegas Nathan.

Beliau berkata syarikat-syarikat Malaysia yang mahu berkembang ke bahagian sebelah sini dunia juga harus memahami cara kerja di sini untuk berjaya.

Mengenai Eversendai, beliau percaya firmanya telah membina reputasi yang cemerlang bukan sahaja untuk syarikat, tetapi juga untuk Malaysia.

"Kami telah memenangi banyak projek kerana pelanggan kami gembira dengan sumbangan kami. Jadi, mereka sering kembali dengan tawaran-tawaran lain," tambah beliau. -BERNAMA




Read more...

Dec 26, 2009

KEPUTUSAN PMR 2009


PMR MRSM SERTING 2009

AIDIL FAHMY (8A)
TAHNIAH!!!

SEDANG MENUNJUKAN SLIP KEPUTUSAN PMR 2009


WAJAH WAJAH GEMBIRA MENDAPAT 8A


WAJAH WAJAH KERIANGAN 8A


BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH & TAHNIAH UNTUK SEMUA GURU,PELAJAR,KAKITANGAN MRSM SERTING SERTA MUAFAKAT MRSM SERTING & IBUBAPA KERANA CEMERLANG DALAM PMR 2009

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PMR 2009

Read more...

Dec 25, 2009

25 Nama Nabi

1. Nabi Adam a.s. (آدم)
2. Nabi Idris a.s. (ادريس)
3· Nabi Nuh a.s.(نوح)
4. Nabi Hud a.s. (هود)
5· Nabi Saleh a.s. (صالح)
6· Nabi Ibrahim a.s. (ابراهيم)
7· Nabi Luth a.s. (لوط)
8. Nabi Ismail a.s. (اسماعيل)
9· Nabi Ishaq a.s. (اسحاق)
10· Nabi Ya'akub a.s. (يعقوب)
11· Nabi Yusuf a.s.(يوسف)
12· Nabi Ayub a.s. (أيوب)
13· Nabi Syu'aib a.s. (شعيب)
14. Nabi Musa a.s. (موسى)
15. Nabi Harun a.s. (هارون )
16· Nabi Zulkifli a.s. (ذو الكفل)
17· Nabi Daud a.s. (داود)
18· Nabi Sulaiman a.s. (سليمان)
19· Nabi Ilyas a.s.(إلياس)
20. Nabi Ilyasa' a.s. (اليسع)
21· Nabi Yunus a.s. (يونس)
22· Nabi Zakaria a.s. (زكريا)
23· Nabi Yahya a.s. (يحيى)
24· Nabi Isa a.s. (عيسى)
25· Nabi Muhammad s.a.w. (محمد)





Read more...

Dec 22, 2009

Sirah Rasulullah





Read more...

Dec 21, 2009

10 Kata-Kata Artis GUA Paling Ingat 2009





2009 merupakan tahun yang penuh kontroversi selebriti, sama ada dalam mahupun luar negara. Dan walaupun banyak cerita panas yang tercetus dari gosip yang timbul dalam media, tak kurang juga yang datang hasil dari kenyataan yang dibuat artis-artis sendiri.

Inilah antara kata-kata yang dilafaz sendiri oleh selebriti yang GUA paling ingat sepanjang tahun ini...

Azwan AliAzwan Ali “Jika anda kata saya ‘gay’, anda perlu membuktikannya. Apakah tarikh dan masanya? Malah, mereka boleh ikut saya ke hotel, bilik dan katil. Dan saya akan buktikan sama ada saya ‘gay’ atau tidak.”

Azwan Ali (dipetik dari Mstar)
Scha Al-Yahya Scha Al-Yahya “i believe most of you know about whats going on between me and him. ya, haluan masing2.. dulu when we were together, i admitted and went public about it. jadi bila dah habis juga, i know i should come clean and tell the thruth as well. didnt wana prolong this. as human, as a girl, to me breaking up is one hell of a thing to do, the hardest thing to do i must say. people may think im a strong girl. im kasar and i can deal with this easily =) and i always look fin and happy but only God knows what im going thru now.”

Scha Al-Yahya (dipetik dari Facebook Scha sendiri)
Awal AshaariAwal Ashaari “Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka.”

Awal Ashaari (dipetik dari gua.com.my)
Fasha SandhaFasha Sandha “Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? InsyaAllah, saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami.”

Fasha Sandha (dipetik dari MySpace Fasha sendiri)
Akhil HayyAkhil Hayy “Inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini”

Akhil Hayy (dipetik dari Mstar)
NabilNabil “Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya.”

Nabil (dipetik dari Utusan Malaysia)
Norman HakimNorman Hakim “Selepas apa yang berlaku dalam rumahtangga saya, selain dari keluarga saya, saya nampak Memey di situ dan dia memberi saya satu kekuatan. Saya bukan manusia sempurna tapi saya nampak satu 'magic'. Saya dapat kekuatan dari dirinya untuk berdiri, dan mungkin benda yang sama berlaku pada dirinya.”

Norman Hakim (dipetik dari gua.com.my)
WaheedaWaheeda “Biarlah dia (Maizawati, isteri Akhil Hayy ketika itu) terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu.”

Waheeda (dipetik dari Berita Harian)
Farawahida Farawahida “Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar … Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang… Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup!”

Farawahida (dipetik dari B*Pop)
Sazzy FalakSazzy Falak “Why do ppl do this? Take out their own money &vote for themselves? Sigh… can’t you just let the public decide?!”

Sazzy Falak (dipetik dari Facebook dan Twitter Sazzy sendiri)

Read more...

Dec 17, 2009

Peristiwa-peristiwa penting Bulan Muharam

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.




Read more...

Dec 15, 2009

Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku ... kau bagai ditusuk sembilu.





Read more...

Penduduk lihat hukuman rejam



MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi






Read more...

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama

oleh Mohd Yusri Amin [harakahdaily]

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah' ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.



Read more...

Dec 8, 2009

Fenomena pasar raya halal

Pengunjung memeriahkan Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji yang berakhir Ahad lalu.


HUJAN yang masih renyai dan petang yang semakin larut mungkin bukan cuaca dan keadaan yang sesuai bagi mengumumkan berita yang sebaik ini.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Pak Aji dan Shamensi Sdn. Bhd. Hishammuddin Mohammad, beliau tidak perlu menunggu lebih lama lagi kecuali segera pada petang itu mengumumkan berita yang disifatkan tidak ubahnya sebagai satu pengisytiharan, perang!

"Syarikat kini dalam usaha untuk membuka sebanyak 50 buah pasar raya Pak Aji Halal Fresh Mart sepanjang tahun hadapan dan sehingga tahun 2020 dijangka sebanyak 500 buah pasar raya seperti itu akan dibuka di seluruh negara," katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji di Taman Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau mengisytiharkan perang tersebut kerana sudah kena pada masa dan ketikanya untuk memenuhi tuntutan hak umat Islam iaitu menikmati hanya produk-produk halal bagi membolehkan hidup mereka terjamin selamat di dunia dan akhirat kelak.

"Kita telah mempunyai pelbagai produk yang berkualiti malah isunya sebaik mana pun sesebuah produk itu termasuk mempunyai di bawah naungan label jenama antarabangsa dan terkenal tetapi jika tidak memenuhi standard dan mempunyai status halal, maka kita tidak dapat terima ia sebagai barangan yang berkualiti.

"Sebaliknya dianggarkan kita telah mempunyai lebih daripada 1,000 jenis produk-produk halal, daripada 200 hingga 300 para pembekal Muslim, kesemuanya telah memenuhi standard dan piawaian yang tinggi terutama status halal.

"Maka sudah tiba masanya umat Islam untuk beralih arah, kepada yang lebih baik!" katanya.

Namun sayangnya, tidak dinafikan produk-produk tersebut sukar untuk menembusi pasaran yang ada!

"Lantaran itu Syarikat (Pak Aji Holdings) tidak sahaja rasa terpanggil malah mengambil tanggungjawab berat ini bagi memastikan produk-produk halal tersebut dapat dipasarkan dan seterusnya memenuhi tuntutan agama dan umat Islam," katanya.

Karnival yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek ini merupakan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kali ini diadakan untuk peringkat daerah Cheras dan ke 50 kali diadakan sepanjang tahun ini di seluruh negara.

Walaupun terdapat karnival jualan seumpama ini yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun karnival anjuran Mara dengan kerjasama syarikat Pak Ali Holding jelas menampakkan perbezaan dan keunikan yang tersendiri. Sesuai dengan penubuhan MARA yang antara lain, untuk membantu para usahawan bumiputera dan Syarikat Pak Aji Holding yang berorientasikan kepada produk-produk halal dan 100 peratus Muslim maka karnival jualan yang mereka adakan tentunya amat memenuhi segala keperluan umat Islam terutama produk makanan, minuman, pakaian, kesihatan, dandanan sehinggalah kepada penggunaan baja tanaman dan perkhidmatan alat telekomunikasi.

Di karnival yang diadakan kali ini, pelbagai acara lain turut diadakan bagi menarik perhatian pengunjung yang datang.

Mereka tidak sahaja datang untuk mendapatkan pelbagai produk halal tetapi turut disajikan minda mereka dengan pelbagai acara yang bersifat ilmu. Ini termasuklah Forum Perdana yang dibarisi ahli panel terkenal seperti Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Razak Wan Ahmad, pendakwah-pendakwah bebas, Meeftah Anuar, Reduan Mohd. Nor dan Akhil Hayy.

Namun aspek hiburan juga tidak diketepikan, dengan satu Konsert: Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy turut diadakan pada karnival tersebut.

Turut diadakan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertunjukan Fesyen Kanak-kanak Busana Muslim, Kempen Derma Darah, Pertunjukkan Silap Mata dan sebagainya lagi menyebabkan beribu-ribu pengunjung tidak melepaskan peluang ke karnival ini.

Menurut Shamsuddin lagi, pembukaan pasar-pasar raya mini tersebut merupakan satu tindakan yang sangat berani perlu dilakukan. Di saat pembukaan begitu banyak pasar-pasar raya pasar raya hyper di hampir setiap daerah dan tempat serta kedai-kedai 24 jam beroperasi, maka sesetengah menyifatkan Pak Aji Holding itu sengaja menempah satu risiko yang besar.

"Namun kita tidak ada pilihan, kita mesti bergerak ke hadapan dengan apa daya sekalipun, di tambah lagi banyak agensi-agensi yang sepatutnya membantu usahawan-usahawan baru dan hendak naik namun mereka begitu memilih.

"Mujur sahaja Mara masih begitu membantu, maka segala usaha antara kita dengan bantuan MARA ini sahajalah diharapkan dapat merealisasikan produk-produk halal agar mempunyai pasaran yang meluas dan mudah didapati dengan pembukaan Pak Aji Halal Fresh Mart ini kelak," kata Hishamuddin.

Walaupun disifatkan bagaikan anak seluang menodak laut, laut yang terbentang luas, namun Pak Aji Holding tidak menoleh ke belakang lagi kecuali menjayakan pelbagai produk Muslim sementelah 65 peratus pengguna di negara ini adalah terdiri daripada penduduk Islam.

"Jika dengan peratus besar tersebut begitu dikuasai oleh produk-produk yang diragui soal halal haram, bersih dan tidak bersih hama atau kuman, maka fikirkanlah kesannya kepada pertumbuhan fizikal dan mental umat Islam, ia pasti ada memberikan kesan kepada ketahanan umat itu sendiri," katanya.

Saingan

Tidak dinafikan, umat Islam di negara ini agak terkebelakang dalam bidang peruncitan, borong dan pemasaran.

Faktor saingan daripada peruncit-peruncit bangsa asing dan bukan Islam sememangnya menjadi penghalang, namun Shamsuddin sedar umat Islam semakin sedar soal kepentingan mendapatkan produk-produk yang halal.

"Walaupun ada gerakan-gerakan dan dakyah yang memburuk-burukkan produk halal sebagai tidak memenuhi standard kualiti, pembungkusan tidak menarik, harga yang mahal dan sebagainya namun umat Islam perlu disedarkan bahawa semua itu adalah dakyah semata.

"Sehingga mereka mendapatkan sendiri produk-produk tersebut maka mereka akan sedar, mereka telah tertipu selama ini," katanya.

Sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyedari kepentingan mengeluar dan memasarkan produk-produk Muslim ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah terhadap umat Islam, Mara menjadi salah satu agensi kerajaan yang akan memastikan semua itu dapat dilaksanakan dengan baik.

"Masyarakat Islam kita dahulunya adalah begitu kaya sebagai pedagang dan saudagar antarabangsa dan Islam begitu menekan sembilan daripada sumber rezeki adalah menerusi bidang perniagaan maka umat Islam hari ini tidak perlu ada sebarang halangan untuk menerokai bidang ini sehingga berjaya," kata Hassan Malek.

Berdasarkan rekod Mara dan penubuhan jabatan di dalamnya yang bertujuan untuk membantu para usahawan Bumiputera, Melayu dan Islam telah membelanjakan sehingga Julai lalu, hampir lebih daripada RM3.7 bilion untuk tujuan pembiayaan perniagaan.

"Di peringkat Mara Negeri Wilayah Persekutuan sahaja, lebih daripada 3,000 usahawan telah mendapat mendapat hasil dari bantuan pembiayaan Mara sebanyak RM157 juta.

"Sebahagiannya sebagai suntikan modal kepada para usahawan baru Bumiputera yang kita percaya pada hari ini telah menjadikan ramai di kalangan mereka sebagai jutawan dan tokoh-tokoh korporat yang terkenal," kata Hassan.

Apabila kita mengunjungi kedai pameran yang dimiliki oleh Pak Aji Holding di Karnival itu sendiri, tanpa di sangka kesemua produk-produk harian terutama makanan dan minuman daripada pelbagai pengeluar Muslim ada dijual di situ.

Sama ada daripada barangan runcit, sehinggalah kepada bekalan ayam, ikan, susu pekat isian manis, krimer dan susu formula bayi dijangka dapat memenuhi keperluan umat Islam.

Tidak syak lagi, bahawa kita tidak ada lagi alasan bahawa produk-produk Islam tidak memenuhi setiap inci keperluan tetapi sebenarnya telah lama ada dan malah mempunyai harga yang lebih kompetatif murah dan berkualiti tinggi.

Begitu juga apabila mengunjungi hampir 60 gerai pameran yang mengambil bahagian sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung, sukar untuk dipercayai bahawa kita mempunyai segala-galanya.

Sama ada makanan yang diproses atau segar yang menjadi keperluan utama setiap hari ada pembekalnya dan ini menyebabkan kita sebagai umat Islam mahukan agar karnival seperti ini lebih banyak diadakan. Cawangan (outlet) pasar raya mini yang seratus peratus menjual keperluan Muslim perlu dibuka di banyak tempat serta pelbagai cara lain kaedah pemasaran perlu di kuasai oleh para usahawan.

Umat Islam sememangnya tidak perlu lagi tercari-cari. Demi untuk membina darah daging yang mengalir di dalamnya daripada bersumberkan bahan-bahan yang halal, suci dan bersih (halalan wa toyyibban), maka apa alasannya lagi untuk kita menghalang usaha-usaha murni seperti yang dilakukan oleh syarikat Pak Aji Holding ini.

Malah umat Islam itu sendiri perlu menyahut bagi menjayakannya dengan tanpa terlalu berkiblat kepada pasar-pasar raya besar walaupun konsep semuanya ada dalam satu tempat begitu menjadi pilihan utama kepada semua pengguna di negara ini.





Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP