Powered by Blogger.

Feb 29, 2012

CARA MENGENAL BRUSH BULU BABI..

Klik Image Untuk Besarkan ....

Read more...

Apa rakyat dapat daripada projek Lynas?


29 Feb 2012

Tragedi yang berlaku di Chernobyl, Ukraine lebih dua dekad lalu dan terkini di Fukushima Jepun, sewajarnya menjadi pengajaran dan teladan kepada Malaysia. Sebelumnya insiden kebocoran nuklear pernah berlaku di Pulau Three Mile, Amerika Syarikat. Selain itu rakyat Malaysia juga sewajarnya tidak lupa akan tragedi kebocoran gas di Bhopal, India yang berlaku pada tahun 1984.

Kesemuanya memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat yang tinggal berhampiran tempat kejadian. Dalam kes Chernobyl dan Bhopal, kesemua kawasan tragedi kini menjadi kawasan larangan dan tidak selamat didiami. Terkini, Fukushima juga menerima nasib yang sama apabila kerajaan Jepun mendapati tahap radioaktifnya terlalu tinggi dan tidak selamat didiami.

Kesemua negara tersebut – Amerika Syarikat, Ukraine (ketika masih di bawah Rusia), dan Jepun mempunyai tahap teknologi yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia, namun mereka tidak mampu mengawal kebocoran daripada berlaku.

Bagaimana pula Malaysia yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi sebuah negara maju mampu mengawal sebarang bencana jika berlaku kebocoran?

Rakyat malaysia secara umumnya tidak menolak kemajuan apatah lagi teknologi nuklear tetapi cara projek ini dikendalikan menimbulkan kegusaran dan keresahan terutamanya tentang aspek keselamatan.

Antara yang paling membimbangkan rakyat ini ialah kedudukan tapak loji nuklear itu terlalu hampir dengan kawasan kediaman. Jika diambil kira jarak larangan di Fukushima iaitu sekitar 40 km, maka jarak dari Gebeng Kuantan yang bakal menjadi tapak loji, tidak lebih daripada 2 km. Sebarang kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah mencecah hingga ke Kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 900 ribu. Sementara syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia pula adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Oleh sebab kedudukannya yang begitu hampir dengan penempatan penduduk, maka nilai hartanah akan jatuh merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman sekitar Kuantan dan Kemaman. Tiada orang yang berfikiran waras bersedia tinggal di kawasan yang berisiko tinggi.

Pada masa yang sama, pelabur luar mahupun tidak akan mengambil risiko melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas terlalu tinggi. Syarikat-syarikat yang sedia ada pula bakal mengalami kerugian jika operasi mereka terganggu. Perkara ini akan membantutkan peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Sementara peluang rakyat tempatan untuk bekerja di kilang pemprosesan nadir bumi itu amat sedikit jika dibandingkan dengan adanya pelbagai industri lain.

Sektor pelancongan akan terjejas kerana pelancong tentunya akan memilih kawasan lain yang bebas risiko. Sekali lagi penduduk kawasan sekitarnya akan terjejas pendapatan dan peluang pekerjaan.

Selain itu, syarikat ini dikecualikan daripada cukai selama 12 tahun! Sedangkan syarikat ini bakal membuat untung berbilion ringgit pada tahun pertamanya beroperasi. Bagaimana jika mereka menutup projek ini dan meningglkannya begitu sahaja selepas 12 tahun? Apakah yang kita dapat? Pada masa yang sama rakyat dibebankan dengan pelbagai cukai dan pemotongan subsidi.

Sedangkan syarikat dari luar mendapat peluang perniagaan yang untungnya berbilion rnggit dan tidak pula dikenakan cukai. Dalam hal ini rakyat terus-terusan tidak mendapat manfaat daripada projek Lynas!

Seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1), Denda RM50 juta akan dikenakan kepada Lynas untuk setiap bencana. Namun jika dibandingkan dengan jangkaan RM8 Billion setahun, denda itu terlalu kecil sedangkan rakyat akan menderita ancaman radioaktif untuk tempoh yang cukup lama.

Hakikatnya, walaupun kebanyakan rakyat sedar tentang kebaikan dan manfaat daripada pembangunan teknologi ini, namun cara dan kaedah pelaksanaannya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat, bahkan terpaksa menghadapi risiko yang tinggi jika berlaku sebarang kebocoran atau sebagainya.

Read more...

Feb 28, 2012

Injil ramal kehadiran Rasulullah ditemui

 February 28th, 2012

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


 Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
– Agensi

Read more...

Feb 23, 2012

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.

"Engkau hendak pergi ke hospital?," soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.

Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.


Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.

Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Unit Neonatal Intensive Care Unit. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad sudah berada di lokasi sama.
 Jenazah kini berada di 1/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Read more...

FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH

Innalillah... Al-Fatihah... Semoga kedua ibu bapanya sabar & tabah menerima ujian ini... mengalir airmata saya.

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.


Al-Fatihah.

Read more...

Feb 22, 2012

MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH

Adik Faris adalah jiran saya...berita ini adalah benar.

Assalamualaikum guys... Entry hari ini aku kongsikan dari artikel Brother Mazidul mengenai bantuan yang adik Faris kita perlukan untuk pembedahannya. Adik Faris mengidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis atau kanser darah. Kanser darah ini jika tidak dirawat akan mudah merebak ke anggota2 badan yang lain.



"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail. 

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi. 

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.


 Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

SILA HEBAHKAN
  

Read more...

Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?


Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?

Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?

Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.

Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.

Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi SAW:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.

Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.

Tiada kaum yang boleh menganggap mereka ‘lebih tuan’ dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.

Dalam masa yang sama Nabi bersabda:“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.

Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah:  (maksudnya)“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).
Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.

Menolong Kaum Dalam Islam

Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.

Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah:  (maksudnya) “Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Rum, ayat 37)

Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari  dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.

Penulis bekas mufti Perlis dan kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.

Read more...

Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya


Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo"Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logoterbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. Justeru,rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI.Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapa dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam.


Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan

Bukti, carian "JATI LOGO" memaparkan logo "Syaitan" pada google image

[Pembongkaran ini pastinya tidak dapat diterima oleh Hasan Ali dan penyokong beliau. Namun, itulah hakikatnya bila terlalu ingin berpolitik dengan tidak mengambilkira kepentingan Islam itu sendiri. Islam tidak wajar dijadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu. Perkara ini mungkin satu kebetulan namun ia tidak boleh dinafikan lagi. Seluruh dunia kini tahu bahawa JATI telah mengambil lambang "syaitan" sebagai logo NGO terbabit. Ini sungguh memalukan umat Islam, dikala Hassan Ali sendiri kononnya mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Akhirnya semua kini faham, apakah yang diperjuangkan oleh Hasan Ali. Beliau ternyata telah terikut-ikut nafsu syaitan yang mungkin sengaja ingin memesongkan dirinya yang pernah disanjung sebagau tokoh Islam satu ketika dulu. Soalnya, apakah Hasan Ali akan mengubah senario ini atau dia akan terus merencana segala apa yang sedang dilakukannya sekarang ini].

Read more...

Feb 18, 2012

AKIDAH NAJIB DAN THAIPUSAM


Bekas Pengerusi Majlis Fatwa, Dr. Ismail Ibrahim mahukan penjelasan dari Majlis Fatwa terhadap ketegasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa pencemaran Perdana Menteri Najib ke sambutan Thaipusam boleh merosakkan akidah.Mufti itu tidak membuat reaksi spontan terhadap kehadiran pasangan Perdana Menteri dan Wanita Pertamanya di acara agama Hindu itu, bahkan katanya ia telah diingatkannya berkali-kali sebelum ini.
Harussani tidak pernah menyembunyikan pendiriannya dalam apa perkara pun dan sudah tentu pandangannya tentang perkara itu ada dalam pengetahuan sekalian anggota Majlis Fatwa. Harussana tentu ada membangkitkan hal seperti dengan rakan-rakan sejawatnya.
Sebelum beliau memberi reaksi terbaru terhadap tindakan Najib itu dipercayai Mufti itu tidak mendapat maklum balas yang berbeza dari rakan-rakannya.
Ertinya bukan baru hari ini Harussani mempunyai sikap yang demikian terhadap penyertaan orang Islam dalam Thaipusam, ia adalah keputusan dan sikapnya sejak sekian lama.
Mengapa pula Dr. Ismail Ibrahim membuat komen melalui jaringan sesawangnya jika dia tidak puas hati dengan kenyataan Harussani? Anggapan awal saya tentang komen Dr. Ismail ialah beliau mahukan penjelasan  lanjut.
Mengapa Dr. Ismial tidak menghubungi terus Harussani tentang isu-isu yang tidak jelas padanya terhadap kenyataan Harussani itu? Dr. Ismail bukan pengamal media menyatakan apa saja mengikut selera dan kepercayaannya. Dia juga bukan orang politik yang perlu memberikan reaksi spontan terhadap semua isu.
Dr. Ismail ulama yang darjah pro kerajaannya kira-kira sama dengan Harussani. Maka Dr. Ismail patut bertanya dari Harussani dulu sebelum memberi reaksi terhadap pandangan Harussani.
Harussani dalam hal ini mahu menyelamatkan akidah umat Islam. Apa yang dicakapkannya itu adalah perkara besar. Dia tidak sekadar mengingatkan orang ramai tetapi ia dituju terus kepada Perdana Menteri.
Akidah Perdana Menteri yang dipersoalkannya. Tidak diketahui akidah Perdana Menteri di sisi Allah atas kejadian itu. Hanya Allah yang tahu akidahnya sudah rosak atau tidak rosak. Tetapi hukum orang Islam merayakan sama acara agama orang lain boleh menyebabkan rosak akidah.
Maka yang menjadi perbincangan sekarang kehadirannya itu telah mendatangkan fitnah kepada akidahnya. Fitnah itu hendaklah dielakkan. Sama ada akidah itu binasa atau tidak dengan kejadian itu, fahaman umum masyarakat Islam merayakan sama acara agama orang lain adalah dilarang.
Banyak lagi acara agama lain yang diraikan oleh orang Islam. Thaipusam itu adalah satu yang ketara.
Orang Islam biasa hadir dalam acara hari terbuka perayaan berbagai kaum seperti Tahun Baru Cina, Depavali dan lain-lain. Ia sudah dikira acara kebudayaan dan bukan lagi acara agama. Masing-masing tidak diadakan di kuil atau mana-mana rumah ibadat agama.
Kita baru saja melalui satu pengalaman orang Islam hadir dalam jamuan anjuran gereja Mathodist Petaling Jaya. Penguat kuasa JAIS telah menyerbu jamuan itu dan menyoal orang Islam yang hadir. Gereja juga disoal. Umat Islam dan penguasa agama Islam hampir sepakat menyokong tindakan JAIS.
Mana lebih berat antara hadir  dalam jamun anjuran gereja dengan hadir di komplek kuil Thaipusam?
Penguasa agama Islam mungkin ada kelonggaran bagi Hari Terbuka Natal yang diadakan di hotel  dan di rumah penganut agama itu. Masyarakat Hindu sudah memaklukkan ada perbezaan  antara sambulan Deepavali dengan Thaipusam.
Orang Islam tidak mempersoal kehadiran ramai polis Islam menjaga keselamatan Thaipusam, kerana Islam membenarkan polis Islam menjaga keselamatan acara agama lain tidak diganggu.
Apa pun Najib perlu  ditanya adakah   dia sudah mendapatkan nasihat dari Penasihat Agama Perdana Menteri tentang pencemarannya ke kuil Batu Caves itu? Apalah  Penasihat Agama itu sudah memberikan nasihat yang betul?  Oleh kerana pemergian itu sudah mendatangkan fitnah, apakah Penasihat Agama  telah memberikan pandangan yang terbaik dalam perkara itu.
Kirnya pandangan Harussani tepat, maka penasihat agama, menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan timbalannya berdosa sama kerana membiarkan Perdana Menteri terjerumus dalam kejadian yang boleh mencacatkan akidahnya.
Jika Najib  tidak minta nasihat mereka, maka buat apa mereka duduk dalam jawatan itu? Orang tahu dan mahu penasihat agama memberikan nasihat yang baik. Jika Najib telah tercemar, penasihat agama boleh disalahkan. Jika Najib tidak minta nasihatnya, penasihat boleh dilihat tidak banyak beza dengan patung bernyawa.
Penasihat perlu memilih antara jadi penasihat  atau jadi patung bernyawa?

Read more...

Feb 17, 2012

ANWAR: PKR JUNJUNG PERJUANGAN PALESTIN


Anwar Ibrahim
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.
Media, pimpinan Umno dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin
Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.
Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:
“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that,the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.
Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:
“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities.
This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”
Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.
Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.
Keamanan, keadilan untuk rakyat Palestin
Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin:
“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka.
Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2006, walaupun perkara ini cuba dipadamkan.
Pelantikan APCO
Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.
Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.
Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.
Genting Gaza
Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.
Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isi rumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.
Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai.
Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.
Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut.
Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.
Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.
Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).
*Penulis ialah Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Read more...

Feb 16, 2012

ANAK dakwa Najib jahanamkan legasi Tun Razak


Walaupun Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dikenali bapa pembangunan negara, tetapi anaknya Datuk Seri Najib Razak dilihat "menjahanamkan" program Felda yang mahu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Melayu.

NONEPresiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, dahulunya  Felda yang diperkenal oleh Abdul Razak – untuk memberi hak dan menyusun masyarakat Melayu sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan  meningkat ekuiti 30 peratus orang Melayu – kini dijadikan "modal perebutan dan keuntungan" peribadi pemimpin tertentu.

"Ini yang membezakan perjuangan pemimpin dahulu dengan pemimpin hari ini. Dan lebih spesifik lagi, kalau Tun Razak membina asas yang kuat untuk orang Melayu.

"Tetapi malangnya hari ini, anaknya, kalau saya menggunakan bahasa yang lebih ekstrem, anaknya (dilihat) 'menjahanamkan' apa yang dibina oleh bapa beliau," katanya Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.

NONEAbdul Razak adalah pemimpin yang bertanggunjawab menjaga Felda bermula 1959 hingga 1970, manakala Najib yang juga presiden Umno mengurusnya pada 2004.

Mengimbau sejarah penubuhan Felda sejak 1956, Mazlan tidak menafikan penubuhan Felda sebagai agenda meneruskan sokongan - kepada Umno dan BN - serta memberikan kehidupan selesa kepada rakyat.

'Ingatan terhadap jasa mula terhakis'

"Tetapi kekuatan yang ada pada warga Felda, ingatan mereka terhadap jasa-jasa yang diberikan, mula terhakis dan mereka mula mencongak-congak, kenapa perkara yang baik dibuat di zaman Tun Razak, hari ini cuba dihakis oleh pemimpin yang ada pada hari ini.

"Dengan satu usaha, bagi sesetengah warga Felda, sesuatu yang tidak logik, tidak berasas dan tak masuk akal terutama sekali dalam isu penyenaraian (Felda Global Venture Holding atau FGV) ini (ke bursa saham)," katanya.

Mengulas berhubung maklum balas warga Felda berhubung isu penyenaraian itu, Mazlan berkata ketika inilah waktu beliau paling sibuk bertemu dengan tokoh politik, anak-anak Felda, ahli akademik dan kumpulan profesional yang menyatakan kebimbangan mereka.

azlan"Mereka memberi sokongan dan dokongan yang kuat kepada kami untuk menjadi benteng utama bagi mempertahankan hak yang sedia ada, daripada dirosakkan oleh golongan yang berusaha setiap hari untuk memastikan penyenaraian ini.

"Jadi, dari sudut ini, Umno dilihat bukan lagi membela kepentingan orang Melayu. Dulu mereka kata zaman Tun Abdul Razak, ya. Zaman Tun Hussein ya. Tapi hari ini, mereka melihat Umno ini mahu menghancurkan, apa yang mereka telah dapat dan mereka warisi sebelum ini," kata Mazlan lagi.

Mazlan - yang sudah 20 tahun bergelut menangani isu Felda - berkata penerimaan warga Felda berubah berbanding dahulu apabila ceramah yang dihadiri berlipat kali ganda berbanding sebelum ini walaupun NGO ANAK mengadakan pelbagai promosi.

'Durian runtuh' mampu tarik sokongan


Ditanya sekiranya Najib memberikan 'durian runtuh' kepada warga Felda mampu menarik balik sokongan kumpulan itu, Mazlan tidak menafikan faktor keselesaan hidup peneroka menjadi pendorong sokongan kepada BN.

Bahkan, kata Mazlan, kemenangan BN dengan mengekalkan undi warga Felda pada pilihan raya umum  2004 dan 2008, disebabkan kestabilan harga komoditi sehingga beranggapan tiada keperluan untuk mengubah sokongan.

NONEBagaimanapun, kata Mazlan, anjakan sokongan anak muda di Felda akan berlaku bila-bila masa, memandangkan mereka tidak mempunyai tanah, apatah lagi apabila tanah yang diuruskan Felda Plantation seluas 360,000 hektar - yang menurutnya patut dimiliki mereka - akan dipajak oleh FGV selama 99 tahun.

Hal demikian, tegas Mazlan, akan mengundang kemarahan anak-anak peneroka yang didakwanya diri mereka, yang sepatutnya mendapat hak ke atas tanah tersebut.

"Jadi fenomena ini, saya yakin ia akan menyumbang kepada sokongan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

"Sebab itu, saya nampak kerajaan BN, cukup bimbang dengan perkembangan ini. Jadi setiap kali kami membuat pendedahan, saya nampak yang menjawab kebimbangan (adalah) perdana menteri sendiri.

"Kalau penolakan itu berlarutan sehingga pilihan raya, saya optimis, suasana akan berbeza. Hasilnya akan berbeza dalam piliahn  raya umum akan datang," katanya.


Read more...

Feb 10, 2012

KHUTBAH PERTAMA RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH.


Setelah melakukan perjalanan hijrah dari Makkah Al Mukarromah menuju Madinah Al Munawwaroh yang cukup panjang dan melelahkan,setibanya di Madinah dan mendapat dan mendapat sambutan dari kaum anshor yang sudah menanti dan merindukan kedatangannya,  Rasulullah SAW langsung membangun masjid didaerah Quba yang dikenal dengan masjid quba ( masjid yang pertama yang dibangun oleh Rasulullah SAW) sebagaimana yang tercantum dalam surat Attaubah ayat 108.
Sebagaimana kita ketahui bahwa perjalanan da’wah Rasulullah SAW terbagi dua pasa;yaitu pasa Makkah dan pasa Madinah, da’wah pasa Makkah adalah pasa pembersihan hati dari berbagi bentu kemusyrikan,sekaligus pengokohan aqidah tauhid dalam hati orang arab kota Makkah waktu itu,sedangkan pasa da’wah Madinah adalah pasa da’wah terbuka, disana sudah ada dua kabilah besar Khojroj dan Aus ditambah tiga kelompok yahudi yaitu bani nadzir,bani quroidoh dan bani gothofan.
Untuk menghadapi penomena da’wah seperti ini,maka Rasulullah SAW melakukan pengokohan basis sosial ditengan masyarakat yang majemuk dan beragam keyakinan,kemudian Rasulullah mengumpulkan kaum muhajirin dan anshor untuk melakukan pengokohan basis sosial,maka Rasulullah SAW menyampaikan tiga pesan dalam khutbah pertamanya di Madinah,adapun isi pesan tersebut sebagai berikut :

1).Pesan taqwa.
 Rasulullah SAW mengedepankan pesan ini dalam rangka pengokohan mental para dai dalam menghadapi berbagai tantangan,rintangan dan godaan dalam melaksanakan tugas da’wahnya.Disinilah pentingnya taqwa sebagai benteng pertahanan para mujahidin,para du’at agar tetap tabah, sabar,teguh menapaki perjalanan da’wah.
Kenapa Rasulullah SAW mendahulukan pesan taqwa dalam wasiatnya?; karena didalamnya terkandung beberapa manfaat yang antara lain :1).Taqwa adalah sebaik-baiknya wasiat, 2).Taqwa adalah nasehat paling utama, 3).Taqwa adalah sebaik-baikny dzikir, 4).Taqwa adalah peneguh keyakinan betapa penting memperhatikan urusan akhirat, 5).Taqwa adalah pelurus dan penjaga hubungan yang baik antara hamba dengan Robnya baik dalam keadaan terbuka atau tersembunyi, 6).Taqwa adalah bekal investasi untuk kehidupan setelah mati ( akhirat ), 7).Taqwa adalah benteng penyelamat dari kemurkaan dan kebencian Allah swt, 8).Taqwa akan menghadirkan tampilan muka yang ceria, 9).Taqwa akan melapangkan jalan menuju ridlonya Allah swt, 10).Taqwa akan meningkatkan martabat dan derajat disisi Allah swt, 11).Taqwa akan mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan urusan dunia dan akhirat.
Kholifah Utsman bin A’ffan RodiyAllahu An’hu menjelaskan bahwa cirri orang yang bertaqwa ada lima yaitu : 1).Tidak bergaul kecuali dengan orang-orang yang berbuat baik,menegakkandan mempertahankan kebenaran agama, 2).Bisa memelihara lisan dan kehormatannya, 3).Apabila mendapatkan keni’matan dunia yang lebih besar dia melihatnya sebagai cobaan dari Allah dan apabila mendapatkan pemahaman agama walaupun sedikit dia cepat-cepat dengan penuh serius untuk melaksanakannya, 4).Dan tidak pernah makan berlebihan walaupun makanan yang halal,karena takut tercampuri barang yang haram, 5).Melihat orang lain semuanya pada slamat,dan melihat dirinya dalam keadaan celaka,maksudnya lebih banyak mengoreksi kesalan diri sendiri dari pada mencari-cari kesalahan orang lain.
Kholifah Umar bin Al Khoththob RodiyAllahu An’hu ketika akan memberangkatkan pasukan ke medan perang beliau memberikan pesan kepada para mujahidin :”Kalian harus bertaqwa kepada Allah swt,karena taqwa adalah senjata yang paling ampuh,sesungguhnya kehnacuran orang-orang kafir,karena kema’siatannya kepada Allah,maka apabila kalian melakukan perbuatan ma’siat seperti mereka,maka merekalah yang akan menang”.
Demikianlah betapa penting taqwa dalam membentengi diri dari berbagai ancaman,godaan dan tantangan,sehingga sekian banyak pesan dan wasiat Allah dalam Al Quran tentang taqwa dengan mendapat jaminan kebaikan dunia dan akhirat sebagaimana tertuang dalam beberapa ayat berikut : 1).Mendapat jaminan pahala surga, firmanNya dalam surat Al Imron ayat 15, 2).Mendapat penghapusan dosa-dosa masa lalu,firmanNya dalam surat Al Maidah ayat 65, 3).Mendapat keberkana dari langi dan bumi,firmanNya dalam surat Al A’rof ayat 96, 4).Mendapat jaminan rohmat Nya,firmanNya dalam surat Ghofir ayat 9, 5).Mendapat jalan keluar dalam menghadapi kesulitan,mendapat kemudahan dalam menyelesaikan masalah, dan mendapat p3nghapusan dosa dan pahala yang besar disisi Allah swt,firmanNya dalam surat Aththolaq ayat 2 dan 4-5, 6).Mendapat keberuntungan diakhirat kelak,firmanNya dalan surat Annur ayat 52.
Sungguh banyak ayat-ayatAl Quran atau hadits Rasulullah yang berisi pesan-pesan taqwa,namun yakin kita tidak akan sanggup untuk mengurai dan menjelaskan secara lebih detail lagi.


2).Pesan untuk bersilaturrahim.
 Pesan kedua ini Rasulullah SAW membuka komunikasi dengan semua lapisan masyarakat yang ada di Madinah, dalam melakukan silaturrahim dapat melakukan beberapa pendekatan antara lain : 1).Pendekatn idiologi,melakuakn titik temu dalam hal prinsip keyakinan sebagai landasan hidup,sebagai sumber motivasi dan mencari titk temu dalam visi kedepan dalam perjalanan hidup ini. 2).Pendekatan konseptual,mencari titik temu dalam kerangka berpikir untuk menyamakan konsep yang dijadikan sebagai pedoman untuk meraih cita-cita hidup. 3)Melakukan kerja sama dan aktivitas yang sama pula ( amal jama’i) dalam rangka berusaha untuk merauh keberhasilan baik urusan dunia maupun akhirat sesuai dengan landasan idiologi dan konsep pedoman hidup yang telah disepakati. 4).Melakukan pedekatan da’wah, dimana inti dari da’wah itu sendiri adalah melakukan amar ma’ruf dan nahyi mungkar.Amar ma’ruf menyeru kepada kebaikan dan sekaligus melakuakn perbaikan sedangkan nahyi mungkar adalah mencegah kemungkaran atau paling tidak memperkecil ruang gerak kemungkaran itu sendiri, hal ini dilakukan dalam lingkup keluarga,masyarakat dan ketata negaraan.
Allah swt mengamanatkan agar silaturrahim terjaga dengan baik sebagaimana dijelaskan dala surat Annisa ayat 1.
Allah swt mengancam dengan la’nat bagi mereka yang memutuskan tali silaturrahim,dijelaskan dalam surat Muhammad ayat 22-23.
Rasulullah SAW menegaskan dalam haditsnya larangan memutus tali hubungan silaturrahim,seperti yang dijelaskan dalam haditsnya :”Tidak dibenarkan bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga hari atau memutus tali hubungan, sehingga apabila bertemu diperjalanan saling membuang muka yang satu berpaling kekiri yang satunya lagi berpaling kekanan,dan yang paling baik adalah yang memulai mengucapkan salam”. ( memohon maaf dan mengajak untuk berdamai).
Itulah pesan Rasulullah SAW yang kedua agar silaturrahim benar-benar dipelihara agar terjaga keutuhan dan kekokohan keluarga,masyarakat baik seagama dan sekeyakina atau dengan yang berlainan keyakinan tetap harus saling menghormati,saling menghargai,saling menjaga hubungan yang baik demi menjaga keutuhan berbangsa dan bernegara.



3).Pesan untuk bersodaqoh.
 Sodaqoh adalah merupakan nilai-nilai dasar dari ajaran islam, sodaqoh merupakan syi’ar islam yang harus yang harus dimunculkan,diperlihatkan sebagai wujud bahwa islam adalah agama rohmatan lil’alamin,sebagaimana dijelaskan dalam beberapa ayat Al Quran betapa besarnya nilai sodaqoh disisi Allah swt seperti berikut ini :
  1. Sodaqoh dapat membersihkan diri dari penyakit kikir,menjauhkan dari perbuatan dosa,memperbaiki dan meningkatkan kebaikan dari harta yang dimiliki,dan mendatangkan ampunan dari Allah swt,sehingga kalaulah itu yang dilakukan oleh seorang hamba,maka tentunya harta yang senantiasa dikeluarkan sodaqohnya akan mendatangkan ketentraman,kedamaian dan rohmat dari Allah swt. Hal itu dijelaskan dalam surat Attaubah ayat 103.
  2. Allah swt menggambarkan penyesalan orang tidak melaksanakan ketika masih hidup didunia,dia memohon diberi kesempatan walau sebentar,hanay karena ingin berbuat sodaqoh,sebagaimana tercantum dalam surat Al Munafiqun ayat 10.
  3. Betapa besanya jaminan Allah swt bagi yang melakukan amal sodaqoh,kita tidak sanggup untuk mengurai dengan lisan maupun tulisan  sungguh betapa besar janji dan jaminan Allah untuk amal sodaqoh ini,mari kita renungkan firmanNya dalam surat Al Baqoroh ayat 261 dan ayat 270-274.
  4. Rasulullah SAW mengingatkan dalam haditsnya beliaua bersabda yang artinya :”Tidak ada satu haripun bagi hamba-hamba Allah ketika sampai umurnya dipagi hari,hanyalah akan turun dua Malaikat yang akan mendo’akan mereka, yang satunya mendo’kan : Ya Allah berilah gantinya bagi orang yang suka berinfaq,dan yang satunya lagi berkata: Ya Allah hancurkanlah hartanya bagi yang tidak mau berinfaq”. Hadits riwayat Bukhori dan Muslim.
  5. Rasulullah SAW bertanya kepada par sahabatnya :” Siapakah diantara kalian yang paling mencintai harta warisannya daripada hartanya sendiri? Mereka berkata :Ya RosulAllah tidak ada diantara kami yang mencintai hartanya hanyalah harta miliknya sendiri.Rasulullah SAW menjawab :Maka sesunguhnya harta yang menjadi miliknya sendiri adalah yang telah disodaqohkan,sedangkan harta yang menjadi warisan adalah yang disisakan atau tidak disodaqohkan ketika masih hidup”.
  6. Rasulullah SAW menjelaskan dalam haditsnya :”. Apabila anak Adam meninggal maka akan terputus segala amalnya kecuali tiga hal : a).Sodoqoh jariyah, b).Ilmu yang bermanfaat, c).Anak soleh yang selalu mendo’akan kepada kedua orang tuanya”.
Demikianlah penjelasan dari Al Quran dan hadits Rasulullah SAW yang kesemuanya menitik beratkan betapa pentingnya melakukan amal sodaqoh karena memiliki nilai-nilai sosial yang sangat besar yang antara lain : a).Memiliki rasa kebersamaan secara moril dan ikut memikirkan mencari solusi untuk mengatasi beban-beban hidup masyarakat. b).Membuka hati,memberikan harapan bagi saudara-saudara kita yang mendapatkan kesulitan dalam menggung beban kehidupan. c).Mempersempit jurang pemisah antara orang kaya dan orang miskin. d).Sebagai bukti kepedulian bagi kelompok orang-orang miskin. e).Berkorban dengan harta dalam mengatasi berbagai problem yang dihadapi masyarakat. f).Mendatangkan keberkahan hidup baik untuk pribadi,keluarga dan masyarakat,dijelaskan dalam keterangan bahwa dunia ini akan tegak penuh damai aman dan sejahtera manakala didukung oleh tiga hal : Pertama pemimpin yang adil. Kedua kedermawanan orang kaya. Dan ketiga do’anya orang miskin.
Itulah pesan-pesan Rasulullah SAW yang sangat urgen,dimana ketiganya memiliki landasan filosofis yang sangat mendasar,membangun kekokohan diri dengan landasan iman dan taqwa,kekokohan bermasyarakat dengan ikatan silaturrahim dan kepedulian sosial.
Dengan cara inilah Rasulullah SAW membangun masyarkat madinah yang terdiri dari kaum muhajirin dan ansor,mereka saling mencintai,saling menyayangi,saling menghormati,saling menghargai, ungkapan slogan mereka adalah :”Kami bagian dari mereka, kami berbuat untuk mereka dan kami beserta mereka”. Allah swt mengangkat dan mengabadikannya dalam Al Quran surat Al Hasyr ayat 9-10.






Read more...

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP