Powered by Blogger.

Sep 26, 2012

air mata Dr MAZA

Read more...

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....


 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Read more...

Sep 25, 2012

Hadis 42 - Hadis 40 ( Tamat Hadis 40 )


HADIS 42

عن أنس t یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله
ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak
terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.

(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya
dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh
tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang
melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan
pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.

(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya
menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

Read more...

Hadis 41 - Hadis 40


HADIS 41

عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini
ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang
baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.

Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan
menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.

Read more...

Sep 23, 2012

Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Hari Kiamat

Terdapat satu kajian mengenai hubungan di antara kiblat, kaabah dan hari kiamat yang mampu membuatkan anda tertarik untuk membacanya.. Kajian ini adalah satu bentuk analisa yang boleh dianggap tepat.

Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Hari Kiamat | Ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satu kajian hubungan antara kiblat kaabah dan hari kiamat.  Sungguh beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.


Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pola ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya.

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).

Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)

Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
 Itulah kebesaran Allah SWT, masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab. Kita di dunia ini hanya mampu mengkaji dan tidak semua perkara mampu diketahui dengan akal manusia.

 Melayukini.net -

Read more...

Hadis 40 - Hadis 40


HADIS 40

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Read more...

Hadis 39 - Hadis 40

HADIS 39

 عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن رسول الله e قال: (( إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان وما استُكْرهوا عليه )) حدیث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما. 
 Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain. Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

 Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.

 Pengajaran hadis:

 (1) Hadis ini juga menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT terhadap hambaNya. Dia hanya mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan.

 (2) la juga menerangkan suatu dasar perundangan dan kehakiman di sisi lslam yang mengutamakan keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa dia tidak akan diberikan dosa..

Read more...

REVOLUSI MENTAL ORANG MELAYU

Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. Yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya Umno boleh buat. Orang Melayu bukan Umno pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan? You can;t dismiss the majority.Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajarannya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.
Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah Umno. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.
Bersatulah orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu dibawah Umno. Kita mesti ingat pengorbanan orang-orang dahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu hanya orang Umno.
Masaalah Umno sekarang ialah ia gagal mencerminkan kehendak majority dalam pemimpinnya, dalam kepimpinan mereka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu penyokong dan ahli mereka. Adakah majority Melayu biadab dan kebiadaman mereka diwakili oleh pembaling batu dan cat kearah kenderaan Anwar Ibrahim. Yang tonggeng bontot didepan rumah Ambiga adakah mereka mewakili kebiadaban orang Melayu?
Hidup dan mati kita bukan disebabkan Umno. Kalau orang Melayu yang beragama Islam berfikiran bahawa semuanya kerana dan untuk Umno, itu sudah kufur. Jadi, banish the thoughts that only Umno can serve orang Melayu. Kita biarkan orang Umno jadi lembu, majority kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu tapi juga tidak rela dilembukan!
Kalau kita berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu. Antara calun MCA dan calun Melayu bukan Umno bertanding, pilih orang Melayu. Kalau Melayu DAP lawan Cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan Melayu Umno, pilih yang terbaik diatara mereka. Jangan pilih Melayu Umno walaupun kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit. Salah fikiran begitu. Kalau orang Melayu nak selamat maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu. Kalau Melayu lawan Melayu pilih yang lebih baik.
Orang Melayu tidak ikat janji dengan Umno. Jadi relakslah. Kita tak ikrar, sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana Umno pemerintah alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan Umno.
Najib kata kalau Umno kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan Umno. Macamlah dia dan Umno sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.
Sebuah kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari Umno. Penjagaan dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan Umno sahaja yang boleh lakukan. Umno dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak merdeka iaitu selama 55 tahun. Umno dapat masa tersebut dan masih gagal nak lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, Umno tidak mampu lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masanya, kita tendang Umno keluar dan gantikan dengan kerajaan PR dimana majority pemimpin nya tetap juga Melayu.

Apa yang kita lihat pada Umno? Kita lihat bahawa setiap pemimpin Umno melihat kedudukan dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. Umno penuh dengan pemimpin yang rasuah. Tak masuk akal seorang naib presiden Umno boleh beri isteri muda RM200 ribu dan RM1 juta seminggu! Tak masuk akal pemimpin Umno dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih dari 12 buak kereta mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat proxynya. Semua menteri Umno korap dan rasuah.
Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan Umno melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti,kita merelakan pemimpin Umno masuk kedalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata OK sebab pelakunya bangsa Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
Umno tidak lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa memilih. Kalau kita pilih Umno, maka kita akan pilih mereka yang akan mengayakan diri mereka dan mengenepikan khidmat kepada rakyat.
Melayu tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam Umno. Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu. Melayu mereka tidak kurang dari Melayunya Umno dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal-soal Melayu orang Umno lebih tinggi darjatnya dari pemikiran soal-soal Melayu mereka yang ada diluar Umno.
— sakmongkol.blogspot.com

Penulis adalah bekas ADUN UMNO di Pahang tetapi telah keluar UMNO dan menyertai DAP



Read more...

Sep 20, 2012

Hadis 38 - Hadis 40

HADIS 38


عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته

بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
)) رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan
sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat
sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya
yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

Pengajaran hadis:


(1) Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.


(2) Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan amalan
fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan
fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.

(3) Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar
mengasihinya.


(4) Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah
lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan
pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan
Allah SWT.
 Oleh kerana itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang
memusuhinya, maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.

Read more...

Hadis 37 - Hadis 40


HADIS 37

عن ابن عباس رضي الله عنهما عن رسول الله e : فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال
(( إن الله آتب الحسنات والسيئات، ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها آتبها الله عنده
حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها آتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف آثيرة، وإن هم بسيئة فلم یعملها آتبها الله عنده حسنة آاملة، وإن هم بها فعمله ا
آتبها الله سيئة واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر یا أخي! وفقنا الله وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء بها، وقوله (آاملة) للتأآيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها: (( آتبها الله عنده حسنة آاملة) فأآدها بكاملة، (وإن عملها آتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة، ولم یؤآدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.

Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia
memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia
tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis
kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang
sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak
melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia
terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di
sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz
hadis ini).
Lafaz ( عنده ) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah
yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang
baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu
melakukannya - penterjemah).
Lafaz ( آاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan
kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu
berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya
kemudian dia tidak jadi melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi-
Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz
“sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti “Sekiranya

dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan
itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa
itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu
menghitung puja-puji ke atasnya. وبالله التوفيق ( Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian
al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis).

Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan
baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan
yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala,
sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia
benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat
mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya
kurniaan Allah.
(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh
digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian
sebelum maut datang menjemput.
(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi,
malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai
manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.


Read more...

Sep 18, 2012

Tiga cara mengerjakan ibadat haji


Ibadat haji dilakukan dalam tiga kaedah, sama ada haji tamatuk, ifrad atau qiran. Bagi kebanyakan jemaah haji yang tiba lebih awal termasuk dari Malaysia, mereka biasanya mengerjakan haji tamatuk. 

Haji tamatuk 
Mengerjakan haji tamatuk ialah mengerjakan umrah terlebih dulu dalam bulan haji sebelum mengerjakan haji. Mereka berihram umrah dan haji (dua kali) secara berasingan. 

Mula-mula berniat ihram umrah di miqat yang ditetapkan dalam perjalanan ke Makkah. Selesai mengerjakan umrah mereka bertahallul. 

Apabila tiba tarikh mengerjakan haji iaitu dimulai dengan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, mereka berihram sekali lagi iaitu ihram haji dari tempat tinggalnya di Makkah. Seterusnya ditunaikan ibadat haji hingga selesai. Kaedah tamatuk dikatakan lebih afdal daripada haji qiran. 

Mereka yang mengerjakan haji tamatuk dikenakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu, wajib berpuasa sepuluh hari, iaitu tiga hari dalam masa haji di Makkah dan tujuh hari lagi selepas pulang ke kampung. 

Sebab dikenakan dam atau denda kerana mereka membebaskan diri dari ihram dan larangan apabila masuk ke Makkah hingga tiba waktu berangkat ke Arafah. 

Haji ifrad 
Haji ifrad ialah mendahulukan ibadat haji daripada umrah dengan niat ihramnya berasingan. Inilah pekerjaan haji yang paling afdal daripada kaedah tamatuk dan qiran serta tidak dikenakan dam. Biasanya ia dikerjakan jemaah haji yang lewat tiba di Makkah iaitu beberapa hari sebelum wukuf pada 9 Zulhijjah. 

Anda berniat ihram mengerjakan haji di miqatnya iaitu di tempat yang ditentukan dalam perjalanan dari tanah air menuju ke Makkah. Apabila tiba di Makkah hendaklah menyempurnakan tawaf qudum (tawaf sunat) dan saei (rukun haji). 

Selepas itu ke Arafah untuk wukuf pada 9 Zulhijjah dan mengerjakan lain-lain tugas haji kecuali saei kerana memadai dengan saei yang dikerjakan selepas tawaf qudum ketika baru tiba di Makkah. 

Selepas selesai mengerjakan ibadat haji termasuk bertahallul, ia keluar ke tanah haram seperti Ji'ranah atau Tana'im, lalu berniat ihram mengerjakan umrah pula. Seterusnya menyempurnakan rukun umrahnya iaitu tawaf, sa'ei dan bercukur. 

Haji qiran 

Haji kaedah qiran ialah menggabungkan antara ibadat haji dan umrah, iaitu mengerjakan keduanya serentak. Mereka berniat ihram di miqatnya dengan niat untuk berihram haji dan umrah sekali gus. 

Rukun tawaf dan sa'ei diwajibkan sekali saja untuk haji dan umrah dalam kaedah haji qiran ini. Kebanyakan mereka yang mengerjakan haji qiran ialah mereka yang lewat tiba di Makkah, iaitu beberapa hari sebelum wukuf atau mereka yang tidak mempunyai masa yang lama di Makkah. 

Demikian juga orang perempuan yang datang haid atau orang sakit yang sedang berihram umrah, tiba-tiba sampai tarikhnya untuk berangkat wukuf di Arafah. Ketika ini mereka boleh menambah niat ihram umrahnya dengan berniat ihram haji sekali gus. Jadilah haji qiran. 

Mereka yang mengerjakan haji qiran dikenakan dam atau denda iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu wajib berpuasa sepuluh hari; iaitu tiga hari dalam masa haji di Makkah dan tujuh hari lagi selepas pulang ke kampung halaman.

Read more...

Sep 17, 2012

Hadis 36 - Hadis 40


HADIS 36

عن أبي هریرة t عن النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


Pengajaran hadis:

(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama
lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para
penghuni langit.

(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.



Read more...

Hadis 35 - Hadis 40


HADIS 35

عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian
hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk seumpama ini.

(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.


(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Read more...

Sep 15, 2012

Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam

Saif Ali Khan

Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.

“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.

Mengahwini wanita bukan Islam

Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya tentang hukum mengahwini wanita bukan islam?wujud lagikah pada zaman sekarang ahli kitab yang boleh dikahwini?apakah dalil tentang hukum perkahwinan antara islam-bukan islam?

Jawapan:

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:
Hukum mengahwini wanita dan lelaki bukan Islam adalah haram secara Ijma` berasaskan firman Allah SWT;

Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”
(al-Baqarah : 221)
Firman Allah lagi;

Maksudnya : dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir,
( al-Mumtahanah : 10)

Namun, persoalan yang kerap menjadi kekeliruan umat Islam iaitu  berhubung keharusan mengahwini wanita-wanita yang dikatakan sebagai ahli kitab. Keharusan ini merujuk kepada firman Allah SWT;

Maksudnya :”Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”
(al-Maidah : 5).
Namun untuk menjawab soalan yang diajukan, saya cuba merumuskan beberapa panduan penting  yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Yusuf al-Qardhwi di dalam fatwanya:
1. Secara prinsipnya Islam mengharuskan makan dan minuman serta kahwin mengahwini di antara Muslim dan ahli Kitab sebagaimana keterangan ayat 5 daripada surah al-Maidah di atas.
2. Walau pun begitu, keharusan tersebut terikat kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya;
i. Mengimani agama samawi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Secara umumnya mereka ini dianggap beriman kerana mempunyai asas keimanan yang sama dari sudut ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada agamanya dan bukanlah seorang yang ingkar atau murtad dari agamanya.
ii. Wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina. Dalam ayat di atas Allah meletakkan syarat  wanita  berkenaan adalah  “المحصنت“.  Satu perkara yang harus diberi perhatian adalah trend dan gaya hidup wanita-wanita bukan Islam adalah mengharuskan pergaulan bebas yang berkemungkinan besar terdedah kepada gejala seks bebas. Perkara ini yang amat dibimbangi berbanding dengan  wanita-wanita Islam.
iii. Tidak menjadi musuh dan seteru kepada umat Islam. Allah SWT menjadikan ikatan perkahwinan sebagai suatu jambatan mempereratkan silaturahim dan memperkukuhkan persaudaraan.  Ikatan tersebut tertegak  di atas dasar saling percaya mempercayai dan berkasih sayang.  Firman Allah 

Maksudnya: “dan Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).
(al-Furqan : 54)

Akan wujudkah kasih sayang dan perasaan cinta mencintai sedangkan mereka menyembah tuhan yang lain, dan sentiasa memusuhi umat Islam. Apakah akan terjamin anak cucu yang dilahirkan? Apakah mereka akan memayungi dan sentiasa memperthankan hak anak cucu mereka yang Muslim. Mungkinkah anak dan cucu dilahirkan bebas mengamalkan adab, budaya  dan ajaran Islam tanpa sebarang sekatan dan ganguan? Sudah pasti jawapan mungkin tidak. Kalau begitulah situasinya apakah mungkin kita boleh memastikan generasi yang dilahirkan menjadi Muslim dan mukmin kepada Allah, memelihara dan melaksanakan suruhan dan tuntutan agama. Terjaminkah generasi kita  dengan  memilih wanita yang bukan Islam berbanding dengan wanita Muslimah. Terjaminkah keluhuran, kadaulatan dan maruah agama kelak.

Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan perkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atau yang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini didokong oleh Ibnu Abbas, Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Ibn Jarir  dan Zaid Bin Ali, al-Razi dan lain-lain. Dalam konteks semasa, tidak harus bagi Muslim mengahwini bangsa Yahudi yang merampas dan menjajah tanah Palestin.

Tidak membawa kemudharatan dan mengundang fitnah. Secara asasnya perkara yang harus dibolehkan selagimana tidak mendatangkan mudharat. Andaian membenarkan perkahwinan dengan wanita ahli Kitab boleh menyebabkan terabainya wanita Muslimah. Lebih-lebih lagi dalam konteks wanita Muslimah yang ramai jumlahnya dan beban tanggungan yang tinggi bagi melangsungkan urusan perkahwinan. Oleh itu,  mendahulukan wanita Muslimah perlu diutamakan.

Bagi menyimpulkan perbincangan, terdapat tiga noktah penting yang perlu dipertegaskan semula iaitu; 
  1. Keharusan mengahwini wanita ahli Kitab adalah bersandarkan persamaan keyakinan dan keyakinan Allah sebagai pencipta.
  2. Keharusan tersebut juga merujuk kepada persekitaran agama Islam yang mendominasi masyarakat. Sudah pasti mereka yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan serta kepatuhan kepada Allah akhirnya akan menganut agama fitrah dan benar iaitu Islam. Berbeza dengan realiti sekarang, di mana   Islam tidak mendominasi malah sering di pandang asing dari realiti kehidupan sebenar.
  3. Pendapat ini berasaskan situasi dan neraca pada masa kini dan ia boleh berubah mengikut perkembangan dan realiti semasa.

والله أعلم بالصواب

Rujukan : al-Qardhawi, Fatawa Muasarah, m.s : 462 , Darul Qalam: Beirut
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan AhmadAhli Panel MUIS

Soal Jawab Lain



Read more...

Sep 14, 2012

Anak Kunci Pintu Syurga

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berkenalandengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangkudengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. 

Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 

"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya,

  • "Sebutkan satu yang tiada duanya, 
  • dua yang tiada tiganya, 
  • tiga yang tiada empatnya,
  • empat yang tiada limanya, 
  • lima yang tiada enamnya, 
  • enam yang tiada tujuhnya, 
  • tujuh yang tiada delapannya, 
  • delapan yang tiada sembilannya, 
  • sembilan yang tiada sepuluhnya, 
  • sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 
  • sebelas yang tiada dua belasnya, 
  • dua belas yang tiada tiga belasnya, 
  • tiga belas yang tiada empat belasnya." 
  • "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 
  • Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 
  • Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
  • Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? 
  • Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" 
  • "Siapakah yang tercipta dari api, 
  • siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? 
  • Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
  • "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 
  • Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca "Bismillah..."dia berkata,*
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"DanKami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra':12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar  Rahman. Allahs.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba -lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu
dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata
kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qubberkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara
adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi 
Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan dimalam hari dan Dua di siang hari. *

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, 

"Apakah kunci Syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, 

"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**

NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan
memahami isi kandungan Al-Quran bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang bukan Islam,orang munafik mahupun fasik. 

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah.


Kerana itu (kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.


Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini(membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah..
kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2..Insyaallah.

anjunglara )

Read more...

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP