Powered by Blogger.

Dec 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF Buat Kali Pertama

Najib Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.
Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.
Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.
 
Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karni, Jakarta malam ini. Foto AP.
Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.
Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.
Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.
Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.
Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.
Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.
Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Read more...

Dec 17, 2010

Untung dapat 'kelahiran' kedua

SESUNGGUHNYA kehidupan dunia ibarat hujan dari langit lalu menyuburkan tumbuh-tumbuhan di muka bumi.
Tiba masanya tumbuh-tumbuhan menjadi kering kontang dan diterbangkan angin. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit.
Maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al Kahfi ayat 45) 

Begitu pula dengan kehidupan manusia. Ia ibarat peredaran bulan. Di awal bulan (hijriyah) terbentuk bulan sabit (kecil) lalu membesar hingga menjadi bulan purnama. 

Kemudian, pada manzilah (kedudukan) terakhir, bulan kembali mengecil sampai akhirnya tidak kelihatan lagi. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami tetapkan bagi bulan manzilah (kedudukan), sehingga (setelah Dia sampai ke manzilah yang terakhir), kembalilah Dia sebagai bentuk tandan yang tua." (Surah Yaasin ayat 39)

Manusia juga begitu. Dilahirkan dalam keadaan lemah (bayi), membesar menjadi seorang pemuda atau pemudi Keadaan itu tidak berlaku lama kerana akhirnya mereka akan kembali lemah dan tua.

Allah berfirman yang bermaksud: "Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (Surah Ar Rum ayat 54)

Manusia dilahirkan hanya sekali dari kegelapan rahim ibunya ke alam dunia.
Namun, di sana terdapat manusia yang dilahirkan dua kali, iaitu manusia yang diberi petunjuk oleh Allah, maka mereka lahirlah kembali dari kegelapan maksiat kepada cahaya iman.

Kelahiran seperti itu tersirat dalam Firman Allah yang bermaksud: "Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah manusia serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." (Surah Al An'am ayat 122)

Beruntunglah orang yang 'dilahirkan kembali' sebelum maut datang tanpa diundang. Ahli hikmah berkata: "Wahai manusia! Ketika ibumu melahirkanmu, manusia tersenyum gembira dengan tangisanmu. Maka beramallah untuk dirimu, sehingga pada hari kematianmu engkau tersenyum gembira di saat manusia menangisimu."

Menyedari hakikat itu perbaharui taubat kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (taubat nasuha). Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At-Tahrim ayat 8). 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya setiap hari seratus kali." (Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah sendiri bertaubat 100 kali setiap hari, padahal baginda sudah mendapat jaminan syurga. Bagaimana pula dengan kita yang setiap hari bergelumang dengan maksiat dan dosa? 

Justeru banyakkan amal soleh kerana setiap amal soleh itu tidak hanya terbatas pada mengerjakan kewajipan fardu dan melaksanakan sunnah (nawafil) saja.

Malah, meninggalkan maksiat kerana Allah juga termasuk dalam amal soleh. Pada hakikatnya setiap perkataan dan perbuatan yang dicintai oleh Allah, baik yang jelas atau yang tersembunyi, seluruhnya termasuk amal soleh.

Setiap Muslim Allah memberikan ganjaran pahala jika mereka meninggalkan maksiat kerana takutkan azab Allah. Seorang pedagang misalnya tidak mahu berlaku curang dengan mengurangi timbangan kerana takut Allah akan menurunkan azab seperti yang ditimpakan kepada kaum Syu'aib berupa gempa dahsyat (Surah Al A'raf ayat 85-93).

Dari itu, dalam mengisi sisa kehidupan di dunia cara yang terbaik bagi seorang Muslim ialah mengutamakan akhirat tanpa melupakan dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qashash ayat 77)

Saidina Umar al-Khattab selalu mengulangi perkataannya: "Setiap hari selalu ada yang mengatakan mati si fulan...mati si fulan..." Akan datang suatu hari di mana akan dikatakan "Telah mati Umar... Telah mati Umar...'" Hal berkenaan menunjukkan kesedaran bahawa maut pasti akan datang.

Namun, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila dan di mana mereka akan mati. Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Lukman ayat 34).

Read more...

Dec 15, 2010

Anjuran Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)

Muslimin-muslimat sekalian,

Di samping amalan-amalan fardhu, terdapat juga banyak amalan sunnat yang disyariatkan kepada ummat ISLAM untuk melakukannya.  Amalan sunnat sangat dianjurkan buat kita bagi yang ingin menambah amalan soleh buat bekalan bertemu ALLAH Azza wa Jall.  Dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunnat, mudah-mudahan ia bisa menaikkan status dan darjat seseorang di sisi Tuhannya.  Seterusnya bakal memberikan natijah yang baik buatnya di Hari Akhirat nanti. 
Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura.  Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.
Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Aisyah rha. telah berkata:  “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:  Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab:   “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini.  Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan.  (HR Muslim)
Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:  “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura.  Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun.  Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.”  Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.”  (Shahih Muslim No.1910)
  • Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata:  “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab:  “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.”  Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab:  “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.”  (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini.  Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.
Mudah-mudahan ingatan ringkas ini bisa memberikan manfaat buat kita semua, amin.
WAllahu Ta’ala A’lam.

Read more...

Dec 6, 2010

Selamat Maal Hijrah


Read more...

Dec 3, 2010

Kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
 
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
 
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
 
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
 
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
 
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Read more...

Dec 1, 2010

Kalau Berpacaran

video

Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP