Powered by Blogger.

Dec 28, 2012

Sunnah Berjanggut


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Tahukan kita sebalik sunnah Rasulullah ini terdapat satu bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. 

Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. 

Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Hanya melalui sentuhan. 

Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Read more...

12 tips mlm pengantin dlm Islam


Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya. 

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 

“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,

” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.... -iluvislam

Read more...

Dec 25, 2012

Durian Crepe – Jom Buat Sendiri

Tak leh jadi nih. Semua orang tak kira kat blog, kat FB, kat magazine, asyik dok citer pasal Durian Crepe. Sedap sangat ke makanan nih..? Sebenarnya 3-4 tahun lepas daku penah terbeli mango crepe yg ada jual di salah satu kios di Mid Valley. Durian crepe pun ada jual sama tp zaman tu durian crepe ni tak menjadi sebutan langsung spti fenomena beliau saat ini.


Jadi bila senatero Malaysia dok cerita ttng kesedapan durian crepe ni membuatkan daku pun teruja nak menikmati beliau. Pada hakikatnya daku bukanlah seorang pemakan durian tegar kecuali bila ia dah dijadikan tempoyak/gulai barulah daku ada selera nak makan. Namun baru2 ni semasa mr suami ke Balik Pulau, Penang (ceritanya di SINI), beliau dgn jayanya telah memborong beraneka buah-buahan tempatan termasuklah Buah DURIAN yg menjadi kegilaan beliau. Terkejut monkey daku dibuatnya dgn hasil borongan tersebut. Nasib baik Durian crepe sedang menjadi fonemena skrg. Jadi adalah idea daku nak menyetelkan durian2 nih selain dimakan mentah begitu saje.

Rupa2nya senang je pun nak buat durian crepe nih. 10x kelip mata je. percayalah. heh. Sebenarnya daku banyak belajar buat makanan ni dari blog2 masakan di luar sana. Tak perlu pergi kelas masak pun!. Salah satu blog yg memberi penerangan yg lengkap adalah di blog www.mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Manakala resepinya pula daku ambik dari blog ??.. eh..lupa pulak blog mana. Sebenarnya ada pelbagai versi resepi yg bertebar di luar sana tapi daku tertarik dgn resepi yg di bawah ni krn ia menggunakan 4 jenis tepung. Kalau guna tepung gandum semata-mata, daku rasa macam buat kuih ketayap pulok :o

 RESEPI DURIAN CREPE
-20gm tpg gndum (daku jadikan 30gm)
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning

Cara membuatnya :-

Masuk sume bhn dlm mngkuk.
sebatikan dgn whisk dan tapis. 
kalau pekat just tmbh air sikit..

Ambil sesenduk kecil. Tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
Layangkan kuali agar adunan sekata dan menipis.
Masak atas api kecil. Masak hingga kering. Angkat..tk perlu terbalikkan masa angkat tu (sila abaikan kewujudan kuali karat tersebut)

Adunan tadi boleh menghasilkan kira2 7-8 keping kulit bergantung saiz senduk bila menebar adunan dlm kuali tadi.






Untuk membuat inti / filling, bahan2 yg diperlukan :-

150ML FRESH CREAM (pastikan pada kotaknya ditulis Non-dairy) – diputar hingga kental/kaku

isi durian (biji xmau) – nak sedap, guna la durian musang king. yang ni daku guna durian 101

 fresh cream diputar macam ni !









Cara-cara melipat Durian Crepe :-

Bentangkan crepe atas pinggan leper. letakkan fresh cream kental (agak2 sesudu)


Letak pula isi durian


Letak lagi fresh cream di atasnya..


Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


Siaplah sudah Durian Crepe yg menjadi fenomena sekarang ni !













Amacam ! senangkan nak buat nya? Rasanya pun sodap. Apa lagi kawan2. Kalu ada durian terlebih tu moh la buat Durian crepe pulak !











Sebelum berpisah, terima kasih kepada penyumbang resepi hebat ini. 

SELAMAT MENCUBA


Read more...

Dec 24, 2012

Petua hilangkan bau durian





Durian memang beshhh!!!!
Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.
  • Kaedah Pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
  • Kaedah Kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta).. Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.
  • Kaedah Ketiga
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.
*Kaedah ini terbukti berkesan apabila saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam kereta saya yang baru di “spray” / cat semula. Saya menutup semua tingkap dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.
  • Kaedah Keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.
  • Kaedah Kelima
Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun. Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka….
  • Kaedah Keenam
Beli Febreze dan sembur jer la.  Ini pun memang berkesan juga.
Sekian, semoga ada manfaat.

Read more...

Dec 8, 2012

Bersara 60 tahun Julai depan

Majikan swasta boleh mohon tangguh hingga 31 Disember 2013

Putrajaya: Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun depan.

Bagaimanapun, majikan boleh menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2013 dengan membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum 28 Februari tahun depan berserta alasannya. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam satu 
kenyataan semalam, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja selain pelbagai agensi kerajaan berkaitan. 



Perlu alasan kukuh

“Majikan yang mahu menangguhkan tarikh pelaksanaan boleh memohon untuk dilanjutkan sehingga enam bulan dan permohonan ini perlu disertakan dengan alasan yang kukuh lagi munasabah.

“Semua permohonan berkaitan harus sampai kepada Kementerian Sumber Manusia tidak lewat dari 28 Februari 2013,” kata beliau.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 menetapkan umur persaraan minimum pekerja sektor swasta ialah 60 tahun dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu. 
Bagaimanapun, akta itu tidak menghalang seseorang pekerja memilih untuk bersara awal, berdasarkan apa yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian bersama (CA).

Dilulus Parlimen 17 Julai

Akta itu diluluskan Parlimen pada 17 Julai lalu dan diwartakan pada 16 Ogos.

Menurut akta itu, semua kontrak perkhidmatan atau CA yang menetapkan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal melainkan bagi kategori pekerja yang dikecualikan dalam akta seperti penjawat awam, perantis, pekerja dalam tempoh percubaan, pekerja asing, pekerja domestik dan sebagainya.

Read more...

Dec 7, 2012

Qatrun Nada Kena Pecat Dengar Ceramah Anwar Ibrahim.

Qatrun Nada Mohd Latfi Qatrun Nada Kena Pecat Dengar Ceramah Anwar Ibrahim. Kalau Ceramah UMNO Boleh Lepas?
Berapa ramai kalangan guru yang menyokong Barisan Nasional dan tidak lupa juga berapa ramai guru yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi kami pasti ada kalangan yang terpaksa menyokong secara senyap di atas sebab-sebab tertentu.
Sebab apa? Nak jaga periuk nasi…..Kalau tidak nasib mereka akan jadi seperti mana yang dialami oleh seorang guru agama yang bernama Qatrun Nada Mohd Latfi di mana sekarang beliau sudah menjadi “bekas guru”…
Sebenarnya, nak pilih parti mana itu hak individu. Kalau Barisan Nasional selama ini bagus tidak perlu dipaksa rakyat untuk menyokong mereka. Begitu juga Pakatan Rakyat. Biar sokongan datang dengan sendirinya hasil daripada kerja keras dan keikhlasan pemimpin membantu rakyat. Mereka perlu dipaksa?
Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, berpolitiklah cara tahun 2012, bukan teruskan dengan cara & aktiviti politik tahun 90an. Jika tidak berubah anda akan ketinggalan…Renung-renungkanlah. Masih belum terlambat lagi.

Guru Agama Dipecat Kerana Hadir Ceramah Anwar Ibrahim?

Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.


Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.
Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang. Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.
Mengapa dan kenapa pemimpin UMNO terlibat dalam hal yang melibatkan kakitangan awam?
“Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.
“Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya,” kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini. [Sumber : Malaysiakini]
Jikalau Qatrun Nada Mohd Latfi kena pecatd disebbakan terlibat dengan politik, macam mana pulak dengan pihak yang pecat Qatrun Nada itu? Bukankah pihak yang pecat dia itu pun terlibat dengan politik sebab dipengaruhi pemimpin Umno tempatan? Jadi mengapa yang seorang lagi boleh terlepas? Kami masih tidak nampak pertimbangan yang sewajarnya dalam mereka membuat keputusan yang seperti ini.
Qatrun Nada Guru Agama Qatrun Nada Kena Pecat Dengar Ceramah Anwar Ibrahim. Kalau Ceramah UMNO Boleh Lepas?
Ramai yang kami rasakan tidak faham lagi apa itu kerajaan, apa itu parti.
  • Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia.
  • Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
  • Anda-anda semua di sini adalah ini merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
  • Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
Sebagai seorang guru atau apa bidang tugas anda sekalipun dalam sektor awam, anda berhak untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar sekolah. Itu hak mereka, mengapa itu pun mahu dikawal? Penjawat awam juga berhak nak dengar daripada ceramah parti mana sekalipun baik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Siapa yang kata ini? Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia). Entahlah….
Berikanlah mereka-mereka ini peluang untuk mendengar daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka tak dapat peluang tersebut di media arus perdana , sebelum mereka membuat pertimbangan semasa Pilihanraya Umum ke 13.
Apabila kami mengenai berita mengenai guru agam ini dipecat, teringat pula kami dengan kes ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Markom Bin Giran semasa turut sama berkempen di Pilihanraya Tenang sebelum ini (KLIK SINI). Untung beliau kebal daripada sebarang tindakan….
P/S : Adakah apabila Qatrun Nada Mohd Latfi ini mendengar ceramah UMNo atau Barisan Nasional, beliau akan menerima hukuman yang sebegini rupa?  

Read more...

Dec 6, 2012

Awas!! Ayat Al Quran Diubah Dalam Apple App Store

Satu versi baru Al Quran telah dikeluarkan Apple App Store oleh komuniti kafir Ahmadiyyah dan Qadiani, nama aplikasi ini adalah “The Holy Quran Arabic text and English translation”. diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store itu.

Umat Islam yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah dan mazhab apa saja perlu peka untuk tidak membeli atau memuat turun aplikasi ini kerana isi al quran melalui sofware ini adalah sangat meragukan lagi cuba untuk mengubah fakta isi Al Quran.
Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Kami memohon untuk anda kongsikan kepada semua supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan Android atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain.

Read more...

Dec 2, 2012

7 juta pengguna telefon pintar M'sia diancam penggodam siber

Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.
    
"Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas sms berkenaan. Pengguna
hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Katanya, kegiatan itu juga dikesan dengan menipu menerusi aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti (telefon bimbit) sebagai contoh aplikasi 'Type-On' yang sekiranya dimuat turun akan menyebabkan pengguna menanggung kos yang kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi tersebut walaupun mangsanya telah menghentikan aplikasi berkenaan.
    
'Lookout Mobile Security' yang dipetik dari agensi berita luar negara, AFP, menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar pada tahun lepas melalui virus 'malware' dan 'toll fraud' yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi daripada sumber tidak rasmi berbanding sumber yang dipercayai seperti Apple atau Google 'online shops'.
    
Syed Ismail berkata, berdasarkan statistik polis, kerugian yang direkodkan dalam tempoh Jan hingga Sept tahun ini bagi jenayah siber yang menggunakan modus operandi melalui SMS atau panggilan telefon, perbankan internet atau perbankan
telefon, penggodaman dan salah guna rangkaian termasuk belian barangan adalah kira-kira RM21.8 juta.

Katanya, kes belian barangan melalui internet mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM14.5 juta bagi 1,298 kes diikuti SMS atau panggilan telefon sebanyak RM3.4 juta (412 kes), 24 kes penggodaman (RM3.3 juta) perbankan internet atau perbankan telefon sebanyak RM590,000 (74 kes ).
    
"Bagaimanapun bagi kes salah guna rangkaian tidak merekodkan sebarang kerugian memandangkan ia tidak melibatkan kerugian harta benda tetapi ia lebih kepada jenayah peras ugut terhadap mangsa seperti menggunakan gambar dan
kata-kata mengugut. Ia mencatatkan sebanyak 25 kes," katanya.
    
Syed Ismail berkata, selain daripada tujuh juta pengguna telefon pintar, pengguna internet mudah-alih berjumlah 7.7 juta pengguna di Malaysia.
    
Katanya polis akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan bekerjasama rapat dengan agensi itu.

Justeru Syed Ismail berkata berdasarkan laporan yang pernah diterima, pengguna yang mendapati bil telefon mereka melambung tinggi tanpa sebab munasabah dengan penggunaannya hanya akan melaporkannya kepada syarikat telekomunikasi sekadar untuk membuat aduan dan mendapatkan penjelasan mengenainya tanpa membuat tindakan susulan.

"Dalam perkara ini, mereka juga boleh menyalurkan aduan mereka kepada SKMM sebelum tindakan sewajarnya diambil seperti mengenakan kompaun kepada syarikat telekomunikasi sekiranya didapati syarikat berkenaan mengenakan kadar bayaran tanpa alasan yang munasabah. 
    
"Melalui langkah ini juga mungkin dapat mengesan kewujudan kegiatan penipuan oleh penjenayah siber terhadap pengguna telefon pintar," katanya. 
    
Dalam aspek penguatkuasaan, Syed Ismail berkata pihaknya berusaha untuk melengkapkan polis dengan kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan berkongsi maklumat antara agensi lain, sama ada dalam mahupun luar negara.
    
"Seiring dengan perkembangan jenayah siber semasa, penambahbaikan dari segi peralatan dan teknologi khas seperti perkakasan dan perisian harus sentiasa dikemaskini dalam memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan," katanya.
    
Katanya, masyarakat sendiri harus mempunyai ilmu tentang tahap keselamatan telefon pintar mereka dan bagaimana untuk mencegah sekaligus mengurangkan risiko daripada menjadi sasaran penjenayah siber yang sentiasa bekerja 24 jam mencari
mangsanya.

- Bernama

Read more...

Nov 30, 2012

Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’


Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan men’demam’kan samada BN ataupun PR. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.
Gambar Hiasan
Akur Kesilapan
Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)
“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?”
Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).
Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar!
Pohon Maaf dan Betulkan Kesilapan
Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”.
Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.
Maksud ‘Rakyat Didahulukan’
Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:
“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Awasi Pengampu
Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid:
“Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”.
Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”.
Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Gambar Hiasan
Menyedari Bebanan Amanah
Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:
“Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
Menyedari Kemampuan Diri
Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya:
“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).
Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

Read more...

Nov 28, 2012

Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?


Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?
Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.
Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….
Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir”kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.
Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……

Read more...

Nov 22, 2012

Kekeliruan sambutan hari Asyura’

Perbuatan mencederakan diri yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada setiap 10 Muharam dilarang sama sekali memandangkan tindakan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam selain menyerupai amalan golongan jahiliah.
 
BOLEH ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan puasa Asyura? Benarkah perintah berpuasa pada hari itu bersempena dengan peringatan pembunuhan Saiyidina Husein di padang Karbala?

Jawapan
ASYURA berasal daripada kata ‘asyarah yang bermakna: “10″. Hari Asyura maksudnya adalah hari ke-10 daripada bulan Muharam.

Hari ini sangat dihormati oleh bangsa Arab pada masa Jahiliah, terutamanya kaum Quraisy. Pada hari itu mereka mengganti kiswah (kelambu) yang menutupi Kaabah dan berpuasa.

Besar kemungkinan amalan itu merupakan peninggalan syariat Nabi Ibrahim yang masih berlaku di kalangan bangsa Arab pada saat itu. Itu sebabnya Rasulullah SAW turut berpuasa pada hari Asyura semasa baginda masih berada di Mekah.

Apabila berpindah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat bangsa Yahudi yang menetap di sana berpuasa pada hari Asyura juga.

Baginda bertanya: “Mengapa kalian berpuasa pada hari ini?” Mereka menjawab: “Hari ini hari baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Oleh itu Nabi Musa berpuasa padanya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripadamu.” Baginda lalu berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa.

Puasa Asyura hukumnya wajib pada tahun pertama kehadiran kaum Muslimin di Madinah. Hukum itu mula berubah apabila Allah menurunkan kewajipan puasa Ramadan satu tahun kemudian.

Siti Aisyah berkata: “Selepas puasa Ramadan diwajibkan, maka sesiapa yang hendak berpuasa pada hari Asyura, maka dipersilakan. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, maka dipersilakan.”

Namun begitu, puasa pada hari Asyura tetap disunatkan dan mengandungi fadilat besar. Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa pada itu dapat menggugurkan dosa satu tahun sebelumnya. Demikian diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah.

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, puasa Asyura terdiri daripada tiga tingkatan. Tingkatan yang paling rendah berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja. Tingkatan pertengahan berpuasa pada hari   9 dan ke-10. 
Tingkatan tertinggi adalah berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Pembunuhan Husein
Daripada penjelasan singkat di atas, jelaslah puasa Asyura bukan kerana pembunuhan Sayidina Husein bin Ali cucu Nabi Muhammad SAW yang berlaku di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Pendapat sebegini tidak pernah dikenal dalam ajaran ahli sunnah wal jamaah.

Sebaliknya, mengaitkan Asyura dengan pembunuhan Sayidina Husein berasal daripada aliran Syiah. Mereka memperingati peristiwa itu dengan meratap bersama-sama. Ada juga yang menganjurkan perarakan di jalan-jalan sambil melukai tubuh dengan benda-benda tajam. Perbuatan ini haram dilakukan menurut para ulama.

Peristiwa pembunuhan Sayidina Husein adalah lembaran hitam dalam sejarah Islam. Sebagai umat yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW, kita mengutuk pelaku perbuatan kejam itu. Namun kesedihan tidak boleh membawa kita kepada perilaku melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.

Baginda pernah bersabda: Bukan termasuk daripada golongan kami orang yang suka menampar muka, mengoyak baju dan melaungkan sebutan-sebutan Jahiliah. (riwayat al-Bukhari)

Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP