Powered by Blogger.

Mar 31, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Read more...

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Read more...

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.

· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

· Orang yang puasa hari Arafah.

Read more...

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.baca lagi....
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Read more...

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)

Read more...

(Gambar) Aksi Peluk Yang Mana Satu Lebih Hot? - Eeva Hos Zon Aktif

Gambar di’atas memaparkan aksi berpelukan antara Nas-T (Pelakon Kami The Movie) & Siti Maeeva Amin (Hos Zon Aktif). Masih anda ingat aksi’nya berpelukan bersama anak-anak VVIP seperti anak Datuk K & anak Datuk Seri Nazri Aziz?

Aksi Peluk Yang Mana Satu Lebih Hot?




Read more...

Laporan Bergambar 'Earth Hour'



Malam tadi dunia telah bersatu untuk menjayakan usaha ke arah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan memadam lampu selama satu jam dari 8.30 ke 9.30 malam. Dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan bandar besar seluruh dunia memdamkan lampu selama satu jam. Program '60 minute Earth Hour' hanya langkah simbolik untuk memberi kesedaran kepada warga dunia bahawa kita perlu mengurangkan penggunaan tenaga fosil dan mengguna sumber tenaga alternatif. Kesan sampingan dari penggunaan tenaga dari sumber asli karbon fosil (minyak dan gas) telah menyebabkan dunia menjadi semakain panas akibat pelepasan terlalu banyak gas CO2 yang menyebabkan kesan Rumah Hijau kepada dunia.
Kini kita mehyaksikan kesan Pemanasan Dunia akibat kerja-kerja manusia yang suka melakukan kerosak atas muka bumi ini. Cuaca tidak menentu, banjir besar di mana-mana, cuaca panas melampau yang menyebabkan kebakaran yang dasyat dan macam-macam lagi bencana yang berkait dengan kesan Rumah Hijau.


Kita harap usaha begini akan diteruskan lagi dan warga dunia perlu sedar bahawa bumi perlu di'sejukkan'. Kurangkan pengunaan tenaga dari sumber fosil dan tingkatkan sumber tenaga alternatif.

Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Reuters semasa penyertaan EARTH HOUR dunia dari pukul 8.30pm - 9.30 pm malam tadi.

These two combo photos show Malaysia's landmark Petronas Twin Towers being turned off the lights to mark Earth Hour in downtown Kuala Lumpur, Malaysia
A combination picture shows a view of the Kuala Lumpur skyline before (top) and during Earth Hour
A combination picture shows a view of the Bund on the banks of the Huangpu River in Shanghai before (top) and during Earth Hour

Chinese visitors near the 'Bird Nest' National Stadium which has been darkened for one hour to mark Earth Hour in Beijing, China

A combination picture shows the Sydney skyline before (top) and after the lights were turned off for Earth Hour
A combination of handout pictures shows a view of the Taipei 101 building before and after (L-R) Earth Hour in Taipei

This combo photo shows the general view of commercial buildings before (top) and after (bottom) turning off lights at Hong Kong's central district
A combination of two pictures shows the Singapore financial district 30 minutes before (top) and at the start of Earth Hour at 8:30pm (below)

A combination picture taken before and after the lights at the main roundabout at the main business district are turned off during Earth Hour in Jakarta, Indonesia

A view of Taj Mahal hotel before (top) and during Earth Hour in Mumbai

A night view of the site of the ancient Giza Pyramids before and after switching off the lights for the Earth Hour, in Cairo, Egypt

A view of the Burj al Arab hotel of Dubai before and during Earth Hour

The Millenium bridge over the Tyne river before (top) and during Earth Hour in Newcastle, northern England

A combination of four pictures shows a view of the Eiffel Tower before and during (top-bottom) Earth Hour in Paris

Rome's ancient Colosseum with its lights on, above, and off, to mark an Earth Hour event.

A view of the Agbar Tower, the latest symbol to mark the Barcelona skyline, before (top) and during Earth Hour March 28, 2009

A combination of pictures shows a view of the hill of the Acropolis before (top) and during Earth Hour in Athens March 28, 2009.

Read more...

Mar 30, 2009

Johan potong kuku Ozlynn




SAAT pasangan ini melangkah masuk ke studio Utusan, kemesraan cinta mereka 'ditayang' tanpa disorok lagi, dan tanpa dihalang perasaan segan dan silu.

Apalagi sementara menantikan jurufoto merakam gambar mereka, sempat lagi pasangan ini mengusik sesama sendiri dan saling bermanja tanpa menyedari gelagat mereka diperhatikan ramai.

Seolah-olah mahu menyerlahkan kebahagiaan cinta di mata umum, bekas finalis program realiti Raja Lawak, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan dan pelakon Ozlynn Waty Ismail (Ozlynn) bersikap selamba dan terbuka mengenai hubungan mereka.

Sepanjang sesi fotografi dan sesi temu bual tersebut, kemesraan mereka bagaikan tiada titik noktah. Sering sahaja mereka bergurau senda. Sampaikan Ozlynn sempat juga merajuk sekejap kerana dek gurauan Johan itu.

"Kami memang macam ini. Kalau terasa sikit, masa itu juga kami akan merajuk dan bergaduh tak kira tempat.

"Dan hubungan kami ni brutal ('ganas'). Tapi kalau masing-masing tengah naik angin, jadi brutal terus," ujar Ozlynn dalam tawa apabila menyedari gelagat mereka meraih perhatian.


KELUARGA Johan dan Ozlynn memahami betapa hubungan mereka kini sangat intim.


Biarpun sedang ditemu bual, mereka turut menyelitkan lawak jenaka yang hanya difahami mereka berdua. Malah sempat lagi mereka mengambil gambar berdua sendiri.

Dalam pada itu ada kalanya, mereka tidak serius dek kerana gurauan spontan yang dicipta mereka itu. Lebih-lebih lagi Johan yang sememangnya tidak pernah kering idea dalam membuat lawak.

Jelas sekali, cinta mereka begitu mekar sehinggakan sukar untuk mereka selindungkan. Bagi Johan dan Ozlynn, hubungan mereka itu bagaikan isi dan kuku kerana saling memerlukan antara satu sama lain.

Disebabkan keintiman mereka juga, hubungan yang sudah mencecah setahun lebih itu tiba-tiba menjadi kontroversi apabila mereka dikatakan berpeluk dan bercium di khalayak ramai.

"Cinta kami ini sempoi. Semua perkara kami kongsi. Cuma kalau duit saya, saya punya dan duit Johan saya punya juga (ketawa).

"Tapi bila ada orang tak puas hati, mulalah nak jaja cerita yang tak elok tentang kami sampai jadi bualan orang.

"Alhamdulillah, setakat ini kami langsung tak tertekan pun dengan kontroversi itu. Kami cuma buat apa yang kami rasa mahu buat," ujar Ozlynn.




Tambah gadis berusia 27 tahun ini, keluarganya juga tidak tergugat dengan kontroversi hubungan intim mereka itu.

Malah, keluarga Ozlynn begitu memahami dan mengetahui mereka sentiasa berdua ke mana-mana sahaja.

"Mak tahu kami sentiasa berdua. Sampaikan mak kata 'ala... buat tak kisah sahaja'.

"Kami tak hairan sebenarnya dengan kata-kata orang. Yang penting keluarga kami faham dan tahu setiap langkah kami," tegasnya.

Anggap orang sekeliling tidak faham

Seperti umum sedia maklum, hubungan Johan dan Ozlynn sering dijadikan isu kononnya, keakraban mereka tidak kena tempat.

Malah, sikap mereka yang saling menyuap makanan antara sesama sendiri juga turut dijadikan bahan cerita oleh mulut-mulut yang nakal.

Apa pun, seperti biasa, mereka langsung tidak mempedulikannya. Sebaliknya, mereka menganggap orang sekeliling tidak faham dengan keadaan mereka.

Ketika ditanya, bersambung-sambung pula jawapan yang diberikan Ozlynn dan Johan.

"Biarlah, orang kata kami sering suap-suap makan. Kalau nak tahu di rumah, mak saya selalu suapkan makan untuk saya," ujar Ozlynn.

Johan pula menyambung: "Dia ni manja. Nampak sahaja badan besar panjang macam ini, tali kasut pun saya kena ikatkan. Malah saya juga yang memotong kukunya.

"(Ketawa) Betul tu. Sebab kalau saya potong kuku sendiri, sampai ke dalam-dalam kulit saya potong. Tapi, bab masak jangan main-main, saya pakar tau."




Sengaja mahu mengusik teman wanitanya, Johan menyampuk lagi: "Masak air! (ketawa). Itu pun air tak masak!"

Bertanyakan pula tentang perancangan ke alam rumah tangga, pasangan ini belum lagi merancang untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Namun, perkahwinan yang diidamkan sudah pun ada dalam kotak fikiran mereka.

"Kalau nak cakap tentang sama ada kami sudah bersedia atau tidak untuk berumah tangga, memang saya dah bersedia. Cuma, persediaan untuk kahwin saja belum lagi.

"Biar masa yang menentukan. Tapi kami mahukan perkahwinan yang berbeza, mungkin kami akan buat majlis minum petang. Atau mungkin kami akan nikah dahulu dan bersanding, tengoklah dulu macam mana.

"Keluarga pun tak kisah dengan perancangan perkahwinan kami. Mereka cuma mahu saya cari lelaki yang terbaik," akui Ozlynn.

Sempat juga Johan menyampuk: "Jangan cari yang terbalik!"

Ozlynn sudah ada anak?

Sementara itu, gosip sebelum ini tersebar kononnya Ozlynn sudah pun mempunyai seorang anak.

Ditebak persoalan itu, Ozlynn bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.

"Tentang anak, saya tak mahu komen. Apa yang boleh saya bagi tahu, saya menjaga seorang anak lelaki yang berusia lima tahun," tegasnya

Sebenarnya, sejak kontroversi mengenai hubungan cinta mereka kecoh diperkatakan, nama Ozlynn baru dikenali umum, walaupun dia sudah 14 tahun bergelar seorang anak seni.


BAGAIKAN belangkas. Johan dan Ozlynn tidak segan untuk menunjukkan kemesraan mereka untuk disaksikan pandangan umum.


Ozlynn juga dikatakan mencipta nama atas dasar populariti Johan semata-mata. Namun, kerana kontroversi yang ditimbulkan itu juga, rezekinya semakin melimpah ruah. Begitu juga dengan Johan.

"Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membuat kecoh tentang kami kerana rezeki kami semakin terbuka luas.

"Alhamdulillah banyak tawaran yang kami terima. Sekarang ini kami baru saja selesai penggambaran drama YB, Isteri dan Janda. Sebelum itu, Johan juga berlakon dalam drama Impak Minima.

"Pada masa akan datang, saya akan mengacarakan program memasak pula dan akan pusing satu Malaysia. Kasihan Johan, selama 20 hari saya akan tinggalkan dia," selorohnya.

Mendengar kata Ozlynn, terus Johan berkata sambil membuat mimik muka: "Kenalah ikut sama! Ozlynn sebenarnya ialah pembantu peribadi (PA) saya dan saya juga PA dia.

"Bila dia ada penggambaram, saya akan ikut dia. Begitu juga dengan saya bila ada penggambaran, dia pula akan ikut saya. Tak payah pakai PA."

Sambil mengangguk Ozlynn memberitahu, dengan cara itu kerjaya mereka bertambah mudah. "Lagipun boleh elak benda yang tidak elok," katanya.

"Oh! mahu buat benda yang tak elok di belakang akulah tu?" seloroh Johan pula yang bakal memulakan penggambaran filem Uncle Usin tidak lama lagi.



Read more...

Qudwah Hasanah



Read more...

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP