Powered by Blogger.

Feb 2, 2009

Doa Buatmu Palestin: Baju 'pink' Siti dapat perhatian Zarina

BILA golongan artis beramal....suasananya tentu mendapat perhatian. Itulah yang dapat diperkatakan mengenai program ‘Doa Buatmu Palestin’ yang dianjurkan oleh Yayasan Karya Seni Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Ramai artis popular tidak ketinggalan untuk hadir dan memberikan sokongan kepada acara yang dijalankan di Istana Budaya selama dua bermula semalam dan akan berakhir malam ini. Pelbagai program menarik telah disusun oleh pihak penganjur sepangjang berlangsungnya acara ini termasuklah persembahan artis yang dibuat dari semasa ke semasa, jualan lelong pakaian artis dan pereka fesyen terkenal tempatan, gerai-gerai jualan pelbagai barangan dan makanan.

Acara kemuncaknya ialah majlis solat hajat berjemaah dan bacaan Yassin yang diadakan pada sebelah malam.

Datuk Siti melelong blaus berwarna pink yang pernah dipakainya ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 1999 dan dibida oleh Zarina Zainuddin pada harga RM420. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT


Baca Selanjutnye.........




0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP