Petua bagi suami untuk menambat hati isteri
Sentiasa berdoa agar disayangi
* Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
* Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiata isteri sepanjang hari.
* Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
* Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian berkualiti terhadap isteri.
* Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
* Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.
* Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya)
* Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
* Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
* Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bertindak atau bergerak.
* Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefom rumah.
* Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
* Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
* Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
* Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
* Apabila hendak keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
* Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
* Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
* Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU"
* Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
* Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
* Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
* Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
* Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
* Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
* Sentiasa lakukan ibadah bersama.
* Jika "outstation", telefon isteri beritahu nombor telefon tempat penginapan dan beritahu anda sudah selamat sampai.
* Sentiasa kemas dan wangi sebelum masuk tidur bersama.
* Urut belakang isteri sekali-sekala.
* Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
* Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
* Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
* Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
* Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
* Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
* Lebihkan isteri dari anak-anak.
* Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
* Seeloknya masuk tidur serentak.
* Belay isteri sebelum pergi kerja.
* Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
* Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
* Lakukan riadah bersama isteri.
* Bawa isteri pergi berkelah sekali-sekala.
* Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
0 comments:
Post a Comment