Powered by Blogger.

Nov 18, 2009

Reaksi Pelbagai Pihak Berhubung Kes Dr Asri
















Bicara Kes Dr.Asri Ditetapkan 5 Januari Depan

GOMBAK, 18 Nov
[11.30 am] - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi menetapkan 5 Januari depan untuk perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Tarikh itu ditetapkan selepas Dr Asri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang, pada 1 November lalu. Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah. Asri sebelum itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah dan mohon ia dibicarakan. Bekas Mufti Perlis itu, tiba di Mahkamah awal pagi tadi untuk menghadapi pertuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pendakwaan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas jam 9 pagi. Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas MB Perlis dan Azwan Ali, Pengacara Sensasi dilihat adalah antara yang hadir bagi memberi sokongan moral kepadanya.
[Kes yang cukup membingungkan rakyat sebenarnya. Namun, kita tidak hairan bilamana Shahidan Kassim dilihat bersama Dr.Asri. Ini kerana terdapat sumber mengatakan beliau adalah antara pengamal ajaran Wahabi "Tegar" yang dibawa oleh Dr.Asri. Malah dalam satu kes, beliau sanggup mengherdik tuan rumah semasa melawat satu kemaatian di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Tatkala tuan rumah mengajak beliau makan, beliau dengan jelas mengatakan semua itu haram, termasuk bertahlil untuk si mati. Ini amat mengejutkan hadirin yang hadir ke situ. Sememangnya, ada kemungkinan Dr.Asri akan didakwa atas ajaran Wahabi yang dibawa itu sebenarnya. Beliau tidak boleh menafikan segalanya dan perlu menerima hakikat. Seperti kata Shahidan Kassim, hanya Dr.Mohd Asri Zainal Abidin itulah sahaja ulamak yang boleh dipercayai dan diterima pakai].

mosabit said...

apalah ko...betullah kata shahidan tu....
tahlil...kenduri arwah ni..adat melayu la.....

ko tengok sini...

Imam Syafie Haramkan kenduri Arwah, Tahlil
http://www.youtube.com/watch?v=ZZz93p1DiF4

oleh : Ustaz Rasul Dahri (rasuldahri.com)
http://www.youtube.com/watch?v=NqVl5zVuXhQ

tengok ler u tube tu.....ok??

ini lagi ..ko tengok lah...ok??

Nabi s.a.w. diundang ke kenduri arwah?
http://www.youtube.com/watch?v=dkrwSchf0Ko

ASY/04/06 - Mengupah Org Solat & Membaca Quran Pd Org Mati
http://www.youtube.com/watch?v=1n5gJ0-LnaU

Ust Shamsuri: Kenduri arwah 04
http://www.youtube.com/watch?v=6jT-27OTgyE
doa melawat kematian dari surah AL_HASY ayat 10

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP