Powered by Blogger.

Aug 25, 2010

Aktiviti Berbuka Puasa Dekat Padang Hadapan Masjid Negeri Kuantan Tercemar

KUANTAN, 19 Ogos - Senario umat Islam berbuka puasa di padang MPK3 depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini kini menjadi satu "trademark" pelancongan baru negeri ini. Bilangan mereka yang menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat berbuka semakin hari semakin bertambah. Bukan sahaja kepada orang bujang, malahan juga bagi mereka yang sudah berkeluarga sebenarnya. Suasana senja yang menarik dan kedamaian berada di atas rumput yang menghijau menyebabkan warga Kuantan mengambil peluang berada disitu setiap kali mahu berbuka puasa. Malahan, mutakhir ini juag terdapat "orang luar" yang menjadikan lokasi terbabit untuk tujuan yang sama. Apa yang berlaku di Kuantan ini mungkin tidak terdapat di mana-mana masjid di seluruh negara hatta di dunia sekali pun. Sewajarnya aksi itu boleh dicatatkan dalam "Guiness World Record Book", sebagai perkarangan masjid yang paling ramai umat Islam berbuka puasa. Ianya jelas boleh menjadi daya tarikan baru kepada pelancong dari dalam dan luar negara ke bandar ini pada masa akan datang. Namun, dalam keseronokan itu ada juga sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Ramai umat Islam yang berbuka puasa disitu, tidak pula mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bersolat Maghrib berjemaah. Inilah masalahnya yang mencemarkan lokasi tersebut. Berbuka puasa di depan masjid sudah dikira baik, tapi keengganan untuk berjemaah di dalam masjid amat menghairankan para jemaah masjid itu. Tinjauan krew kami ke lokasi tersebut juga mendapati senario itu memang berlaku. Maknanya, umat Islam hanya menjadikan lokasi berkenaan sekadar untuk berbuka puasa dan kemudiaannya sanggup melepak disitu sehingga masuk ke waktu Isyak tanpa rasa malu dan sebagainya. Persoalannya sekarang, apakah jawatakuasa masjid negeri tidak memantau perkara ini. Sedangkan ia berlaku di depan mata mereka setiap kali tatkala bulan Ramadhan menjelma?. Inilah yang memusykilkan.





















Dua senario yang hampir sama, foto sebelum waktu berbuka (kiri) dan
selepas berbuka (kanan), tiada bezanya biarpun jemaah bersolat Maghrib


Sepatutnya pihak masjid berusaha menyebarkan pamplet atau flyers untuk mengajak umat Islam terbabit bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah selepas berbuka puasa di situ. Perlu ada satu "team khas" untuk turun padang bertemu dengan orang ramai yang berada disitu bagi memberi kesedaran kepada mereka tentang kewajipan menunaikan solat Maghrib berjemaah, selepas mereka sanggup berbuka puasa di situ. Malah, masjid juga boleh memainkan kaset atau CD tazkirah tentang solat berjemaah sebelum masuk waktu berbuka puasa agar ia didengari oleh orang ramai yang berada disitu. Disamping itu, imam masjid juga boleh memberi tazkirah ringkas mengajak muslimin dan muslimat masuk ke dalam masjid selepas berbuka puasa. Namun, kenapa ini tidak berlaku?.

[Perlukah kita hanya berbangga dengan jumlah kuantiti umat Islam berbuka puasa, tetapi kualiti untuk sama-sama berjemaah Maghrib tidak ada pada mereka. Sepatutnya pihak masjid juga boleh menyediakan paip air khas untuk mengajak orang ramai sama-sama berjemaah di atas padang tersebut daripada membiarkan mereka melepak begitu sahaja. Tambah menyedihkan, ada juga yang berpasangan lelaki perempuan dalam keadaan tidak menutup aurat di kawasan terbabit. Ini jelas sekali mencemarkan bulan Ramadhan dan juga kesucian agama Islam itu sendiri. Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak yang berkenaan dapat memantau perkara ini dengan segera. Kita tidak mahu orang ramai berpesta di depan masjid hanya untuk berbuka puasa dan tergamak melakukan adengan-adengan yang tidak sepatutnya di kawasan tersebut].



0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP