Powered by Blogger.

Jan 22, 2011

Menara Setinggi 135 Meter Bakal Jadi Mercu Tanda Baru Langkawi

 
GAMBAR model menara setinggi 135 meter yang dianggarkan menelan belanja lebih RM10 juta akan dibina di Kuah, Langkawi.



LANGKAWI, 22 Jan (Bernama) -- Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

"Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah.

Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.

"Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu," katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan. -- BERNAMA

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP