Powered by Blogger.

Feb 1, 2011

TM, NTT bina kabel dasar laut

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) bekerjasama dengan NTT Communications (NTT Com) dari Jepun untuk membina sistem kabel dasar laut antarabangsa baharu bernilai AS$140 juta (RM427 juta) bagi meningkatkan komunikasi protokol Internet di rantau ini.




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, sistem kabel dasar laut itu akan mempunyai enam pasang gentian dibangunkan pada kos AS$412 juta.



Beliau berkata, TM akan memiliki dua pasang gentian yang dinamakan Cahaya Malaysia sepanjang 7,000 kilometer dan menghubungkan Malaysia ke Hong Kong dan Jepun menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM).



"NTT Com akan memiliki baki empat pasang gentian yang mereka rancang untuk dibangunkan dengan pengendali serantau lain bagi menyediakan pusat pendaratan di Filipina dan Singapura," katanya selepas majlis permeterian satu perjanjian di sini, hari ini.



Beliau berkata, sistem kabel itu berupaya menyokong teknologi DWDM 100Gbps akan datang yang akan menaikkan kapasitinya kepada beberapa kali berbanding kapasiti awal.



"Sistem kabel ini juga akan menyediakan alternatif, penghalaan pelbagai dalam rantau Asia Pasifik bagi mengelakkan kawasan cenderung kepada aktiviti seismik yang berbahaya kepada kabel dasar laut," katanya.-Bernama

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP