Powered by Blogger.

Apr 1, 2011

Solat Sunat

Hadith :
 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..” 
Riwayat Muslim 
Huraian
 
i) Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

ii) Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu.

Terdapat dua jenis sunat rawatibiaitu :

Sunat "Qabliyah"
iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah:
2 rakaat sebelum solat Subuh,
2 rakaat sebelum solat Zuhur, 
2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 
2 rakaat sebelum solat Isya'

Sunat "Ba’diyyah" 

iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah:
2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur,
2 rakaat sesudah solat Maghrib 
2 rakaat sesudah solat Isya'.

iii) Solat sunat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci menurut syarak dan dilakukan dengan mengadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat sunat (kecuali solat tahiyatul masjid) ialah dirumah sendiri.

Antara hikmahnya ialah supaya seseorang ketua keluarga itu boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah di samping boleh mengelak daripada sifat riya' (menunjuk-nunjuk) atau ujub.

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP