May 12, 2011
Lupakan kisah lama jika ianya mampu merenggangkan hubungan kekeluargaan
Ketepikan segala permasalahan lalu jika ianya tidak membawa kita ke mana-mana.
Anugerah paling berharga ialah apabila kita ditakdirkan lahir di dunia ini dan menyusur kehidupan ini dengan pengorbanan kedua-dua ibubapa kita.
Biar apa yang berlaku, biar ditetak dicincang, insan inilah yang mencurahkan keringat dan jerit perih untuk mendewasakan kita.
Azmir Adzha Mansor, ibu mu . Zaliha Alang Amat ,telah pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya pada 16 Disember 2007 lalu – dan saat akhir kematiannya, namamu tidak lekang disebutnya – namun dirimu tidak muncul jua.
Arwah amat menyayangimu malah amanatnya, setelah ketiadaannya, sekurang-kurangnya, lawatlah pusaranya , sedekahkanlah Al Fatihah buatnya.
Kini, ayahmu, Mansor Hj Mohd, sedang nazak, dan dalam keperitan menahan sakit, namamu masih selalu meniti dibibirnya.
Hanya airmata yang mengiringi dirinya di saat-saat ia bertarung dengan nyawanya.
Usianya telah menjangkau 80 tahun, dan masanya juga akan tiba untuk mengadap Illahi.
Sudah seminggu ayahmu berada di ICU, dan harapannya amat besar- datanglah menjenguknya biar hanya seketika.
Tidak mengapa jika tidak mahu menemui ahli keluarga lain, tapi ikhtiarlah supaya dapat menatap buat kali terkahir wajah ayah yang amat merinduimu.
Pohonlah keampunan darinya, biar apa kesalahan dan kesilapan yang pernah kau lakukan terhadapnya selama ini.
Ayah tidak pernah marah padamu, malah selalu mendoakan kesejahteraan hidupmu bersama keluarga.
Azmir Adzha, hidup ini hanya sekali…
Kali terakhir, Azmir berjaya mengesannya bekerja di HLK Rawang pada tahun 2008.
Azmir kemudian difahamkan telah berhenti kerja dan terus ‘menghilangkan’ diri dan difahamkan berkemungkinan kini menetap di Batang Kali.
Ketika saya menelefon Kakcik sebentar tadi, suaranya sebak, dan tersekat-sekat.
Harapannya sebagai kakak, semoga Azmir dapat melawat ayah mereka yang sedang nazak sekarang.
Mansor Hj Mohad, 80 tahun, kini berada di Unit Rawatan Rapi ICU, Hospital Pantai, Ampang.
Kepada sesiapa mengenali Azmir atau mengetahui di mana dia berada, sila sampaikan pesanan ini kepadanya---
Ondscene.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment