Bagi kami mana-mana parti politik yang mempunyai dasar yang cuba “memenangkan” rakyat Malaysia dalam 2 hal (kereta dan rumah) yang cukup dekat dengan golongan muda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akan ada kelebihan dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Isu ini sudah berlarutan cukup lama yang yang man masih belum nampak jalan penyelesaiannya sekatakat ini. Dimaklumkan hutang perumahan dan hutang kereta merupakan antara penyumbang tertinggi yang menyebabkan ramai kalangan rakyat menjadi bankrap di Malaysia iatu di tanahair sendiri selain daripada hutang peribadi atau personal loan.
Soalan Dan Jawapan Menteri Bagi Masalah Bankrap di Malaysia
Jawapan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berdasarkan hansard Parlimen
Itu sebab kami cukup bersetuju
syarat untuk membuat pinjaman yang diarahkan oleh Bank Negara bermula awal tahun ini diperketatakan walaupun mendapat bantahan kalangan anak muda terutamanya. Tetapi apa pilihan yang ada sekarang ini? Sememangnya perlu ada pengawalan dan garis panduan supaya kalangan individu yang benar-benar ada kemampuan untuk menampung pinjaman yang dipohon sahaj diberikan pertimbangan dan kelulusan. Berbanding sebelum ini, pemberian pinjaman dilihat cukup longgar. Tetapi…….
Adakah cukup sekadar hanya Bank Negara yang bertindak sendiri danrakyat Malaysia terpaksa “berkorban” menahan impian buat sementara waktu ketika ini tetapi dalam pada masa yang sama harga kereta dan harga rumah di Malaysia dilihat masih lagi cukup angkuh untuk diletakkan pada nilai yang agak munasabah dan mesra pengguna? Kereta sekarang ini sudah menjadi suatu keperluan dikala pengakutan awam masih lagi ditakuk lama. Apa lagi pilihan untuk majoriti rakyat di Malaysia untuk bergerak?
- Cukai kereta di Malaysia masih lagi ditahap membebankan. Kami berikan satu contoh jikalau kereta yang bernilai RM60,000 contohnya dan kemudian memohon pinjaman kereta untuk tempoh 9 tahun
- Berapa jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank? Jumlah boleh mencacah sekitar RM100,0000
- Harga modal kereta tanpa cukai sahaja sudah mencecah RM35,000
- Nampak tak implikasinya, antara hubungan harga kereta dan dengan kadar interest bank lagi, sehingga ramai kalangan rakyat Malaysia bekerja selama ini berhadapan dengan nilai pembayaran semul riba pada kadar yang berlebihan.
Walaubagaimanapun, jika ada dasar yang lebih baik selepas ini bagi membendung
masalah harga kereta dan harga rumah di Malaysia selepas ini, rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang cukup mudah terjerumus dengan masalah bankrap ini, berpadalah ketika berbelanja.
“Ukur baju di badan sendiri. Jangan jadi papa asalkan dapat bergaya”
Sekarang ini kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM2,500 contohnya dengan status sudah berkahwin mempunyai anak serta tanggungan kereta dan rumah, memang tidak mencukupi.
Kes harga kereta mahal di Malaysia contohnya hanya ada satu sahaja punca utama disebalik apa yang berlaku hari ini dan penyelesaiannya :
- Contohnya kes Proton
- Pembekal yang menjual komponen & barang kepada Proton adalah kalangan “pembekal yang bertuah” dilantik oleh Proton untuk membuat duit atas angin pada keuntungan yang berlipat kali ganda pada kualiti yang tidak setara. Dan inilah juga “nanah” yang masih belum mampu diatasi oleh pihak Proton sehingga kini. Dan nanah seperti ini jugalah yang menjadi antara punca utama kenapa VOlkwagen tidak berminat bekerjasama dengan Proton
- Jadi apabila modal buat kereta menjadi mahal disamping mahu membuat keuntungan berlipat kali ganda, mulalah merangka dasar untuk menjual harga kereta proton menjadi mahal
- Penyelesaian terbaik yang mampu dilaksanakan sehingga ke hari ini, naikkan duit import, duti eksais supaya kereta Proton yang diangkat menjadi kereta Nasional menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia dapat bersaing dengan model kereta-kereta import yang lain
- Akhirnya, kereta rakyat Malaysia memerlukan kenderaan, mereka hanya memerlukan pilihan yang terhad dek bergantung kepada komitmen dan pendapatan masing-masing rakyat Malaysia.
- Disebabkan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih semata-mata untuk mendapatkan sebuah kereta yang dianggap keperluan pada masa kini.
Mengapa perlu rakyat Malaysia pelru bayar sekali ganda sedangkan lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain? Bagi kami
dasar yang dibuat oleh Bank Negara ketika ini belum cukup kuat lagi selagi belum ada dasar yang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi berikan lebih banyak ruang dan peluang kepada
“rakyat Malaysia untuk memilih”ketika mereka mahu berbelanja.
P/S : Soal harga rumah pula contohnya perbanyakan lagi harga rumah mampu milik, berikan ruang dan peluang untuk rakyat Malaysia merasai nikmat tinggal di tanahair sendiri dengan memiliki sebuah rumah untuk didiami tanpa dihimpit babanan harga yang menekan mereka-mereka ini. Apa respon anda pula? Cadangan?
0 comments:
Post a Comment