Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Sumber : Wikileaks (projek IC Sabah)
Sedangkan negeri sebesar Sarawak pun, hanya mengalami penambahan penduduk sebanyak 148 peratus sahaja. Ini bermakna bilangan pertambahan penduduk negeri Sabah sebanyak 242% lebih daripada negeri Sarawak
Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah
- Berlakunya arahan peringkat tertinggi negara melibatkan Tun. Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddinn (bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir) kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Semunya dilakukan sekitar 1990an untuk menukar demografi negeri Sabah
- Lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
- Pada 1993, sekitar 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang haram di Sabah. Dengan dana sekitar RM80,000 pegawai JPN Sabah diarahkan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada Filipina, Indonesia dan pendatang Pakistan di Sabah.
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sejumlah 66,682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
- Pengarah SPR Sabah pada tahun 1994 yang bernama Wan Ahmad Wan Yusof telah memberi arahan kepada JPN Sabah untukmemberi kad pengenalan kepada 16,000 pendatang haram Filifina & Indonesia untuk membolehkan golongan itu mengundi
- RCI juga didedahkan pendatang haram yang dipilih dalam “Projek IC Sabah” ini diklasifikasikan sebagai pengundi bumiputera Islam dalam suatu operasi yang digelar sebagai ‘Ops Durian Buruk’ di mana identiti mereka telah diubah termasuklah nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar dan gambar. Alasan yang diberikan, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah. Benarkah? Atau….
- Dan yang menariknya lagi, Suruhanjaya Di Raja telah dimaklumkan yang mana kebanyakan pendatang haram yang ditukarkan identitinya itu dan diberikan IC diagihkan kepada kalangan calon Barisan Nasional (BN) semasa berlangsungnya pilihan raya negeri tahun 1994. Adakah ia sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini di mana berlkau pada tahun 1995……
- Tidak cukup dengan itu, pendatang haram ini diberikan RM20 di mana pendatang itu diajar mengundi, mereka dijemput dan dihantar dengan bas ke pusat-pusat pengundian.
- Contohnya, bekas pelarian Filipina bernama Ismail Balaka mendedahkan yang beliau diberikan kad pengenalan biru tanpa memohon, tidak membuat pembayran malahan sudah 5 kali mengundi di Sabah. Hasilnya seperti yang anda lihat Sabah ketika ini….
Projek IC Sabah : Ya…Saya Mengaku. Tapi Tunku Lebih Teruk Daripada Saya!
- Apa yang berlaku dalam “projek IC” tersebut seperti yang didedahkan sebenarnya berlandaskan undang-undang danMahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
- Malahan Mahathir menemplak tindakan Tunku Abdul Rahman yang jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan. Ini kerana katanya Tunku Abdul Rahaman telah memberikan kewarganegara sejumlah 1 juta kepada warga asing.
- Rakyat Malaysia sepatutnya berikan kredit kepada Barisan Nasional kerana menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
- Jikalau jikalau kita memberikan IC kepada warga asing mengikut undang-undang, tak salah. Ini bukan satu isu besar.
0 comments:
Post a Comment