Powered by Blogger.

Aug 22, 2013

MAPIM lancar tabung bantu rakyat Mesir


Jumaat Kemarahan

Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir
Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir - See more at: http://wanfauzi.com/#sthash.huNODgfo.dpuf
Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir - See more at: http://wanfauzi.com/#sthash.huNODgfo.dpuf
Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir - See more at: http://wanfauzi.com/#sthash.huNODgfo.dpuf


SUNGAI PETANI: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini melancarkan 'Tabung Syuhada Mesir dan Bantuan Kecemasan Gaza' bagi mengumpul dana membantu rakyat Mesir akibat pergolakan di negara itu.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata MAPIM mensasarkan untuk mengumpul sejumlah RM100,000 yang akan disampaikan sebagai bantuan ke Mesir dan Gaza menerusi kerjasama pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) minggu depan.
"Buat permulaan kami sudah menyerahkan RM5,000 kepada wakil di Kaherah, Mesir untuk digunakan bagi membantu keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera.

"Keadaan sangat meruncing di Mesir menyebabkan keperluan kecemasan untuk makanan, minyak dan ubat-ubatan diperlukan. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban masyarakat di sana," katanya pada sidang media di pejabat MAPIM di sini hari ini.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Islamic, Tabung Gaza-MAPIM (558220601374) atau akaun Bank Islam, Tabung Gaza-MAPIM (08013010078520).

 Beliau berkata MAPIM dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) akan menganjurkan program Perhimpunan Munajat dan Solidariti Umat Bersama Mesir Ahad ini (25 Ogos) di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok dekat sini.

"Perhimpunan ini sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia terhadap pergolakan di Mesir, malah pada masa sama boleh meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat berkaitan hal ehwal umat Islam di seluruh dunia," katanya.- BERNAMA

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP