Powered by Blogger.

Oct 30, 2008

Adu domba, fitnah perosak masyarakat

BERBICARA mengenai bahaya lisan memang tidak ada hujungnya kerana lisan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dijaga dengan baik. Kata pepatah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Sesungguhnya, nilai seseorang ada pada lisannya. Nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya. Bahkan Rasulullah SAW memberi jaminan syurga pada seorang Muslim yang dapat menjamin lisannya.

Daripada Sahal bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)



Salah satu bentuk kejahatan lisan adalah namimah, iaitu mengadu domba yang berpunca daripada kebencian dan permusuhan. Kita mungkin dapat menjaga lisan daripada mengadu domba tetapi sering kali terpengaruh apabila ada yang memulakannya.

Al-Baghawi menjelaskan bahawa mengadu domba adalah mengutip suatu perkataan dengan tujuan mengadu mengenai seseorang kepada orang lain.

Banyak dalil al-Quran dan sunnah menjelaskan bahawa mengadu domba adalah haram seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang ke sana ke mari menghambur fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 10-11)
Diriwayatkan Hudzaifah hadis yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga bagi al-Qattat (tukang adu domba).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ibnu Katsir menjelaskan bahawa ‘Al-Qattat’ adalah orang yang menguping (mencuri dengar pembicaraan) tanpa pengetahuan mereka, lalu ia membawa pembicaraan itu kepada orang lain dengan tujuan mengadu domba.

Mereka yang suka mengadu domba juga diancam dengan azab di alam kubur. Ibnu Abbas meriwayatkan, Suatu hari Rasulullah SAW melewati dua kuburan lalu bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini sedang diazab. Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: Fulan telah berkata mengenaimu begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu, maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:

l Tidak membenarkan perkataannya kerana tukang namimah adalah orang fasik

l Mencegahnya daripada perbuatan itu, menasihatinya dan mencela perbuatannya.

l Membencinya kerana Allah SWT, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah SWT. Maka wajib membenci orang yang dibenci Allah SWT.

l Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diceritakan mengenainya oleh pelaku namimah.

l Tidak mencari-cari aib saudaranya kerana namimah yang didengarnya.

l Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah, sedangkan dirinya sendiri melarangnya.

Maknanya, jangan pula ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan, “Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia juga menjadi tukang namimah kerana melakukan perkara yang dilarang.

Tidak semua bentuk berita mengenai perkataan atau perbuatan orang dikatakan namimah. Bukan termasuk namimah seseorang yang mengkhabarkan apa diceritakan kepadanya jika ada unsur kemaslahatan di dalamnya.

Contohnya, melaporkan pada pemerintah mengenai orang yang mahu berbuat kerosakan, orang yang mahu melakukan aniaya terhadap orang lain.

An-Nawawi berkata: “Jika ada kepentingan menyampaikan namimah, maka tidak ada halangan menyampaikannya. Misalnya jika ia menyampaikan kepada seseorang bahawa ada orang yang ingin mencelakakan diri atau keluarga atau hartanya.”

Sesungguhnya menyebarkan berita menjadi tercela apabila ia bertujuan merosak. Tetapi apabila tujuannya memberi nasihat, mencari kebenaran dan menjauhi atau mencegah gangguan maka ia dibenarkan.

Akan tetapi ada kalanya sangat sulit untuk membezakan keduanya. Meskipun sudah berhati-hati, ada kala niat dalam hati berubah ketika melakukannya sehingga bagi yang khuatir adalah lebih baik untuk menahan diri daripada menyebarkan berita.

Imam Asy-Syafi’l berkata, “Seseorang selayaknya memikirkan apa yang hendak diucapkannya. Dan hendaklah dia membayangkan akibatnya. Jika tampak baginya bahawa ucapannya akan benar-benar mendatangkan kebaikan tanpa menimbulkan kerosakan serta tidak menjerumuskan ke dalam larangan, maka dia boleh mengucapkannya. Jika sebaliknya, maka lebih baik dia diam.”

Janganlah rasa tidak suka atau hasad pada seseorang menjadikan kita berlaku jahat dan tidak adil kepadanya seperti namimah kerana banyak perbuatan namimah yang terjadi lantaran timbulnya hasad di hati.

Lebih daripada itu, hendaknya kita tidak memendam hasad kepada saudara dan namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan supaya kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

Berusaha dan bersungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya daripada perkataan yang tidak berguna, apalagi perkataan yang kerananya saudara kita disakiti dan dizalimi. Sesungguhnya, mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.

Semoga Allah SWT selalu melindungi kita daripada kejahatan lisan dan tidak memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang rugi di akhirat kerana lisan yang tidak terjaga.

Sumber dari Sini

Read more...

Kelebihan tempat ibadat haji


Kelebihan tempat ibadat haji

Oleh Putera Shith al-Madani

Pada minggu yang lalu, telah diceritakan tentang kelebihan Tanah Suci Mekah. Dalam ruangan pada minggu ini, penulis akan menceritakan pula kelebihan al-Masya’ir iaitu Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina serta beberapa lokasi terpilih yang sering menjadi tumpuan dan kunjungan jemaah haji.

Kelebihan al-Masya’ir:

Bumi yang mustajab doa ini merupakan lokasi utama bagi jemaah haji mengerjakan sebahagian daripada amalan-amalan haji mereka. Ia terdiri daripada:

1) Padang Arafah - Ia terletak 21.9km dari Masjidil Haram dan merupakan Tanah Halal. Dengan keluasan 10.4 kilometer persegi, Arafah menerima kehadiran jutaan jemaah haji yang berwukuf pada 9 Zulhijjah setiap tahun. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Namirah.


Sebahagian dari bangunannya terletak di Wadi ‘Uranah iaitu tempat Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Arafah ketika Hajjatul Wada’ pada tahun 10H. Di Arafah juga terdapat Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa selepas mereka diturunkan ke bumi, manakala di kaki bukit tersebut terdapat al-Sakhrah iaitu hamparan batu tempat Rasulullah SAW berwukuf .

Wukuf yang merupakan perhimpunan agung tahunan umat Islam menyaksikan pelbagai manfaat dan kelebihan, khususnya kepada jemaah haji. Beribadat dan berdoalah, kerana pada hari tersebut, rahmat dan keampunan sentiasa turun mencurah-mencurah kepada mereka. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya: “Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (pada hari Arafah) dan berbangga-bangga di hadapan malaikat perihal kamu dengan firman-Nya : Hamba-hamba-Ku yang berkeadaan tidak terurus telah datang dari segenap pelosok dunia semata-mata mendambakan syurga-Ku. Walaupun dosa-dosa kamu sebanyak bilangan pasir, titisan hujan mahupun buih di lautan, nescaya Aku ampunkan kesemuanya.” (riwayat al-Tabrani)

2) Muzdalifah - Ia terletak 13.9 kilometer (km) dari Masjidil Haram dan merupakan Tanah Haram. Muzdalifah adalah tempat mabit (bermalam) bagi jemaah haji pada malam 10 Zulhijjah. Di sini terletaknya Masjid al-Masy’aril Haram yang merupakan tempat Rasulullah SAW mabit. Ketika mabit di sini, jemaah haji disunatkan mengutip anak-anak batu bagi kegunaan lontaran di al-Jamratul Kubra.

Selain itu, banyakkan doa, zikir dan talbiah. Firman Allah: Apabila kamu berangkat dari Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di Masy’aril Haram (di Muzdalifah). (al-Baqarah: 198)

3) Mina - Ia terletak hanya tujuh kilometer dari Masjidil Haram dan termasuk dalam sempadan Tanah Haram. Mina adalah tempat bagi jemaah haji mabit pada malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Di sini terdapat Masjid Khaif yang merupakan tapak perkhemahan Rasulullah SAW serta al-Jamratul Sughra, al-Jamratul Wusta dan al-Jamratul Kubra; iaitu tempat melontar anak-anak batu.

Melontar Jamarat adalah syiar penuh simbolik dalam menzahirkan penentangan dan permusuhan kita dengan syaitan sebagaimana yang dizahirkan semasa peristiwa Nabi Ibrahim a.s. melontar batu ke arah syaitan yang cuba menghalang baginda daripada melaksanakan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s.

Maka, lakukan lontaran dengan penuh keikhlasan dan pengertian, agar ia menjadi pemangkin untuk terus beribadat dan mengingati Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya dijadikan lontaran Jamarat itu adalah bertujuan bagi menghidupkan al-Zikr (ingatan) kepada Allah.” (riwayat al-Tirmizi).

Selain itu, bumi Mina juga telah menjadi saksi termeterainya dua Perjanjian Aqabah, iaitu baiah antara Rasulullah SAW dan golongan Ansar pada tahun 12 dan 13 Hijrah.

Kini, Mina dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu Mina Jamarat yang terletak berhampiran dengan tempat melontar, Mina Mu’aisim yang jaraknya lebih kurang tiga km dari jamarat serta merupakan kawasan mabit bagi majoriti jemaah haji Malaysia, dan Mina al-Marhalah al-Thalithah yang jaraknya lebih kurang lima km.

Sempadan Tanah Haram/Tanah Halal:

Tempat-tempat ini amat penting bagi jemaah yang telah berada di Mekah dan berazam untuk mengerjakan umrah setelah sempurna mengerjakan umrah yang pertama bagi jemaah yang mengerjakan haji tamattuk, atau telah sempurna mengerjakan haji bagi jemaah yang mengerjakan haji ifrad atau qiran.

Ini kerana antara wajib umrah ialah berniat ihram di Miqat atau di mana-mana kawasan Tanah Halal. Antara Tanah Halal yang sering menjadi tumpuan mereka adalah:

1) Tan’im - Ia terletak kira-kira 7.5km dari Masjidil Haram dan dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Aisyah.

Diriwayatkan bahawa Ummul Mukminin Aisyah r.a. berihram umrah di Tan’im setelah beliau mengerjakan haji. Dalam sebuah hadis, Aisyah r.a. berkata: Apabila aku selesai mengerjakan haji, Rasulullah SAW telah mengutus saudaraku Abdul Rahman untuk mengiringiku, lalu Baginda mengarahkan diriku agar berniat umrah dari Tan’im. (riwayat al-Bukhari)

2) Ji’ranah - Sebuah perkampungan yang terletak di Wadi Sarif. Di sini terdapat sebuah masjid bernama Masjid Ji’ranah yang jaraknya kira-kira 24km dari Masjidil Haram.

Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW telah berihram umrah di Ji’ranah selepas peperangan Hunayn iaitu pada bulan Zulkaedah tahun 8H. Muharrish al-Kalbi meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah keluar dari Ji’ranah pada malam hari dalam keadaan berihram umrah. Apabila tiba di Mekah, Baginda menunaikan kerja-kerja umrah. Kemudian baginda kembali ke Ji’ranah pada malam yang sama.” (riwayat al-Tirmizi)

Menurut Mazhab Syafie, Ji’ranah merupakan tempat paling afdal berihram umrah bagi penduduk Mekah dan sekitarnya.

Jabal al-Nur dan Jabal Thur:

Dua buah bukit yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Jabal al-Nur yang memiliki ketinggian 281 meter terletak kira-kira 5km dari Masjidil Haram. Di lerengnya terdapat Gua Hira; tempat Rasulullah SAW beribadat dan menerima wahyu Ilahi yang pertama.

Jabal Thur pula terletak hanya empat km dari Masjidil Haram dengan ketinggian 458 meter. Di sini terdapat sebuah gua iaitu tempat Rasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq r.a. menyembunyikan diri selama tiga malam ketika peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M.

Demikianlah beberapa kelebihan dan kemuliaan Tanah Suci Mekah dan kawasan sekitarnya buat tatapan bakal jemaah haji. Semoga ia menjadi pendorong kepada mereka untuk hadir, dan sekali gus mempertingkatkan ibadat serta amal soleh demi mengejar ketinggian darjat sebagai hamba dan tetamu Allah yang dirahmati.

Sumber dari Sini



Read more...

Oct 27, 2008

Abang




Read more...

Biodata Rasulullah SAW

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas


Read more...

Oct 26, 2008

Allah Tidak lengah Terhadap Ciptaan-Nya

Allah Tidak lengah Terhadap Ciptaan-Nya

Tafsir Surah Al Mu'minun [17]

وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit). dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami). (QS : Al Mu'minun : 17)
Pendapat Salafus Salih :

قَالَ ابْن زَيْد فِي قَوْل اللَّه : { وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقكُمْ سَبْع طَرَائِق } قَالَ : الطَّرَائِق : السَّمَاوَات .
Berkata Ibnu Zayid tentang Firman Allah : {Dan sesungguhnya kami menciptakan kamu diatas tujuh buah jalan}, ia berkata : "tujuh buah jalan" adalah tujuh buah langit. [1]

وَقَوْله " سَبْع طَرَائِق " قَالَ مُجَاهِد يَعْنِي السَّمَوَات السَّبْع وَهَذِهِ كَقَوْلِهِ تَعَالَى " تُسَبِّح لَهُ السَّمَوَات السَّبْع وَالْأَرْض وَمَنْ فِيهِنَّ " " أَلَمْ تَرَوْا كَيْف خَلَقَ اللَّه سَبْع سَمَوَات طِبَاقًا " " اللَّه الَّذِي خَلَقَ سَبْع سَمَوَات وَمِنْ الْأَرْض مِثْلهنَّ يَتَنَزَّل الْأَمْر بَيْنهنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّه عَلَى كُلّ شَيْء قَدِير وَأَنَّ اللَّه قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء عِلْمًا "

Firman Allah " Tujuh buah jalan" berkata Mujahid, yaitu langit yang tujuh, dan ini seperti firman Allah "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah"[2] , "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?[3]" "Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." [4].

Ibnu Katsir menjelaskan :

لَمَّا ذَكَرَ تَعَالَى خَلْق الْإِنْسَان عَطَفَ بِذِكْرِ خَلْق السَّمَوَات السَّبْع وَكَثِيرًا مَا يَذْكُر تَعَالَى خَلْق السَّمَوَات وَالْأَرْض مَعَ خَلْق الْإِنْسَان كَمَا قَالَ تَعَالَى " لَخَلْق السَّمَوَات وَالْأَرْض أَكْبَر مِنْ خَلْق النَّاس"
Setelah Allah menceritakan tentang penciptaan manusia, Dia menggabungkannya hal itu dengan penciptaan langit yang tujuh. Dan sering sekali Allah Ta'ala menyebutkan penciptaan langit dan bumi bersama-sama dengan penciptaan manusia, sebagaimana firman Allah Ta'ala "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (QS Al Mu'min/40 : 57)"[5]
وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ

Friman Allah : "Dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan Kami", yaitu Allah tidak lengah terhadap apa yang Dia ciptakan "dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhmahfuzh).[6]

Mengapa pulan Allah menytakan dalam surah Al Mu'min/Ghafir ayat 57 "sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar dari pada penciptaan manusia, maka jawabannya adalah Allah SWT telah menciptakan manusia dalam cara yang menakjubkan dan bermacam-macam sistim dari tubuh manusia bekerja dalam harmoni yang indah antara satu dengan yang lainnya. Sesungguhnya, tubuh manusia adalah bentuk mini dari alam semesta dan kompleksitas keseluruhannya berada di luar jangkauan kita.

Ayat Al Qur'an tersebut di atas, bagaimanapun, menyadarkan saya bahwa penciptaan langit dan bumi tentu lebih maha besar daripada penciptaan manusia. Saya segera mulai menfokuskan lebih banyak lagi perhatian terhadap berbagai ayat (bukti) dari Allah SWT di alam semesta ini. Dalam tulisan ini saya ingin menyebutkan beberapa kebesaran tersebut. Bukti-bukti ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang terjadi tepat di depan mata kita setiap hari dan setiap malam. Akan tetapi, kita melihat hal-hal ini dengan tanpa peduli dan sembrono walaupun terdapat sangat banyak petunjuk serta ilham bagi kita di dalam bukti-bukti ini. Sebagai contoh di dalam QS : Qaaf 6 - 11

Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali. Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezki bagi hamba-hamba, dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati. Seperti itulah terjadinya kebangkitan.
Juga di dalam QS : Yasin 33 - 40

Dan suatu tanda bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan dari padanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan. Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur? Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. Dan suatu tanda bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan. Dan matahari berjalan ditempat peredarannya.

Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.
Siapa lagi yang sanggup menciptakan sistim yang menyamai sistim ciptaan Allah SWT, QS Luqman 10 - 11

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.
Ciptaan Allah SWT adalah, tak bisa diragukan lagi, tanpa cela. QS Al Mulk 3 - 4

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.

Alangkah banyaknya tanda-tanda yang teramat jelas bagi kita di alam semesta yang luas ini. QS Al Baqarah 164

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan.

Penciptaan malam dan siang, serta pergantian malam dan siang nyata sekali dilihat oleh semua orang tetapi hanya dilihat sebagai acara rutinitas keseharian. Allah SWT memperingatkan kita di dalam QS Al Qasas 71 - 73

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?" Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.
Lebih jelas lagi disebutkan di dalam QS Al An'am 96 - 97

Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.

Kemudian mengenai tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan di dalam QS Al An'am 95 dan 99

Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman.

Ya, tidak diragukan lagi, penciptaan langit dan bumi adalah jauh lebih kompleks dan bahkan jauh lebih menakjubkan daripada penciptaan manusia. Allah SWT menekankan fakta ini bahwa Ia yang telah menciptakan alam semesta yang teramat kompleks ini tentu saja bisa menghidupkan kembali manusia dari tulang belulang yang sudah hancur dan daging yang sudah membusuk. QS : Al Isra 49 - 51

Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?" Katakanlah: "Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin menurut pikiranmu". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu ?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat",
Akhirnya dalam QS Al Ahqaf 33

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak merasa payah karena menciptakannya, kuasa menghidupkan orang-orang mati? Ya sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Oleh karena itu kita mengagumi penciptaan langit dan bumi dan dengan teguh meyakini kebangkitan manusia di akhir jaman, dan pertanggungjawaban kita terhadap semua perbuatan di hari pengadilan. Saya rasa cara terbaik untuk mengakhiri artikel ini adalah dengan mengutip QS Al Jatsiyah 36 - 37

Maka bagi Allah-lah segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Dan bagi-Nyalah keagungan di langit dan bumi, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Wallahu'alam Bshowab

Read more...

Oct 23, 2008

BGM MENGERJAKAN SUJUD SYUKUR

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Read more...

Oct 21, 2008

Kelemahan Dalil Membaca Qur'an Di Kuburan

KELEMAHAN DALIL MEMBACA QUR’AN DI KUBURAN.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini pernah disiarkan oleh Majalah i)

Jumhur (majoriti) para ulamak bersetuju bahawa ziarah kubur merupakan satu amalan yang sunnah kerana ianya telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadis sahih:



“…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kepada kematian.” - Hadis riwayat Imam Muslim


Begitu juga telah jelas bagi para ulamak bahawa disunnahkan untuk memberi salam serta mendoakan kesejahteraan kepada jenazah ketika menziarah kubur. Aisyah r.a berkata:




“Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar ke Baqi’ (tempat pemakaman kaum Muslimin), lalu baginda mendoakan mereka.” Kemudian ‘Aisyah bertanya tentang hal itu, baginda menjawab: “Sesungguhnya aku diperintah untuk mendoakan mereka.” – Hadis riwayat Imam Ahmad




Di antara doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah:




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ. أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.


“Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian.” - Hadis riwayat Imam Muslim




السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ.

“Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Namun begitu para ulamak telah berselisih pendapat tentang hukum membaca al-Qur’an di kuburan untuk mensedekahkan pahalanya kepada penghuni kubur tersebut. Yang lebih menepati pandangan Imam al-Syafi’i r.h adalah kiriman pahala tersebut tidak sampai dan beliau berhujah dengan firman Allah S.W.T. :



(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm : 38-39



Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir r.h di dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:
“Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama para ulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa mereka pernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dan di dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.” Imam al-Nawawi r.h pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata: Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya ialah firman Allah: “bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” Dan Sabda Nabi s.a.w.: “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi. Imam Muzani r.h di Hamish al-Umm telah berkata: “Rasulullah s.a.w. memberitahukan sebagaimana yang diberitakan Allah, bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya amalnya adalah untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan tidak dapat dikirimkan kepada orang lain.” – Rujuk tepi al-Umm, al-Syafi’i, jilid 7, ms. 269 Al-Haitami r.h pula berkata: “Si mati tidak boleh dibacakan apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak daripada ulamak mutaqaddimin (terdahulu) bahawa bacaan (yang pahalanya ingin dikirimkan) adalah tidak sampai kepadanya, sebab pahala bacaan itu adalah untuk pembacanya sahaja. Sedang pahala hasil amalan tidak dapat dipindahkan dari yang mengamalkan perbuatan itu berdasarkan firman Allah: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” – rujuk al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah, jilid 2, ms. 9
Imam al-Khazin r.h di dalam tafsirnya mengatakan sebagai berikut: “Dan yang masyhur dalam mazhab Syafi’i bahawa pahala bacaan al-Qur’an adalah tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim.” – rujuk al-Jamal, jilid 4, ms. 236




Tambahan pula membaca al-Qur'an di kawasan perkuburan menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w., karena baginda menyuruh kita membaca al-Qur'an di rumah: Sabdanya: “Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, karena sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat al-Baqarah.” - Hadis riwayat Imam Muslim



Hadis ini menunjukkan bahawa bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk membaca al-Qur'an sebagaimana di rumah. Menerusi hadis ini juga kita dapat fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Qur'an. Jumhur ulamak salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Ahmad dan imam-imam yang lain melarang membaca al-Qur’an di perkuburan.

Sebagai contoh Imam Abu Dawud r.h berkata dalam kitab Masaa’il Imam Ahmad (ms. 158): “Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya tentang baca al-Qur’an di pemakaman? Beliau menjawab: “Tidak Boleh” Menurut Ibnu Taimiyyah r.h : “Daripada al-Syafi’i sendiri tidak terdapat perkataan tentang masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahwa (baca al-Qur-an di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan hal itu. – rujuk Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim, ms. 380




Bagi para ulamak yang mendokong pendapat bahawa diharuskan membaca al-Qur’an di perkuburan mereka telah berhujah dengan beberapa hadis. Namun demikian hadis-hadis tersebut telah dikritik hebat oleh ulamak-ulamak hadis dan mereka telah melemahkannya bahkan ada juga di antaranya yang bertaraf mawdhu’ (palsu). Sebagai contoh mari kita melihat beberapa dalil-dalil yang sering digunakan.

HADIS PERTAMA:




“Barangsiapa yang menziarahi kuburan kedua orang tuanya setiap hari Jumaat, lalu membaca (surat Yasin) di sisi keduanya (di sisinya), nescaya diampuni baginya sebanyak bilangan setiap ayat atau huruf (yang dibacanya).



Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Ady, Abu Nu’aim di dalam Akhbaar Ashfahaan, Abdul Ghani al-Maqdisi di dalam as-Sunan dari jalur Abu Mas’ud, Yazid bin Khalid (dia berkata), telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Ziyad (yang berkata), telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaim ath-Tha’ifi, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada ayahnya (‘Urwah), daripada ‘Aisyah, daripada Abu Bakar ash-Shiddiq secara marfu’. Kelemahan hadis ini terletak kepada periwayatnya yang bernama ‘Amr bin Ziyad. Dia dituduh suka mencuri hadis daripada para periwayat yang tsiqat (terpercaya) dan memalsukan hadis. Di antara ulamak yang menyatakan demikian adalah Ibn ‘Ady dan al-Daraquthni. Oleh itu hadis ini darjatnya palsu (mawdhu’) – diringkaskan dari Silsilah al-Ahaadiits adh-Dha’iifah Wal Mawdhuu’ah karya Syaikh al-Albani, Jilid.1, no.50.


HADIS KEDUA:




Barangsiapa yang melalui kuburan, kemudian membaca surah al-Ikhlas sebelas kali, lalu di hadiahkan pahalanya kepada mayat, maka akan diberi balasan pahala sesuai jumlah jenazah yang ada di perkuburan tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Khallal dan al-Dailami.




Namun demikian perawi yang terdapat dalam sanad hadis ini telah dikritik oleh al-Dzahabi, al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu Iraq dan menurut Syaikh al-Albani hadis ini batil bahkan mawdhu’ (palsu). – Diringkaskan dari Ahkaamul Janaa’iz wa Bida’uha oleh Syaikh al-Albani.

HADIS KETIGA:




Barangsiapa yang berziarah di kuburan kemudian dia membaca al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan Alhakumut takasur lalu dia berdoa. "Ya Allah, ku hadiahkan pahala pembacaan Firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat



Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Qasim Sa’id bin Ali al-Zanjani dalam kitab Fawa’idnya. al-Mubarakfuri telah mengemukakannya ketika membanding hujah-hujah pendapat yang berkata boleh membaca al-Qur’an di kubur dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur. Setelah mengemukakan hadis ini dan dua yang lain (satu darinya ialah Hadis Kedua di atas), beliau menukil pendapat al-Hafiz Syamsuddin bin Abdul Wahid al-Maqdisi yang menerangkan bahawa hadis-hadis dalam bab ini semuanya lemah, akan tetapi boleh dihimpunkan untuk dijadikan dalil bahawa amalan sedemikian memiliki dasar dalam agama.

Namun pendapat al-Hafiz Syamsuddin ini dikritik oleh al-Mubarakfuri. Beliau menegaskan, tidak semua hadis yang lemah apabila dihimpun dapat dijadikan dalil bahawa amalan tersebut memiliki dasar dalam agama. Untuk mengatakan sesuatu amalan itu memiliki dasar, seseorang itu hendaklah mengemukakan dalil dengan sanad yang sahih. – diringkaskan dari Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi oleh al-Mubarakfuri, jilid. 3, ms. 275

Apa pun jua hadis ini sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadis utama dan al-Mubarakfuri juga menukilnya tanpa sanad. Ini menunjukkan betapa terpencilnya hadis ini disisi para ulamak hadis.

HADIS KEEMPAT



Bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang akan mati (mautaakum) di antara kamu.

Hadis ini diriwayat Imam Abu Dawud, Ibnu Majah dan juga Imam Ahmad dari jalur Sulaiman al-Taimi, daripada Abu ‘Utsman, daripada Ayahnya, daripada Ma’qil bin Yasar. Lafaz ini adalah daripada kitab Sunan Abu Dawud. Status hadis ini sebenarnya masih diperbincangkan oleh para ulamak hadis. Namun apa yang lebih tepat status hadis ini adalah dha’if (lemah). Menurut al-Dzahabi, Ibnul Madini, Ibnul Mundzir, Ibnul Qaththan dan al-Nawawi, Abu ‘Utsman adalah seorang yang majhul (tidak dikenali). Manakalanya ayahnya juga dianggap majhul oleh Ibnul Mundzir, Ibnul Qaththan dan al-Nawawi.

Sekiranya hadis ini sahih sekalipun, mautaakum bukan bermaksud orang yang sudah mati tetapi orang yang hampir mati. Perhatikanlah sabda Rasulullah s.a.w. ini:

Ajarkanlah oleh kamu orang-orang yang akan / hampir mati (mautaakum) di antara kamu La ilaaha illallahu. - Hadis riwayat Imam Muslim

Apa yang diperintah oleh Nabi s.a.w. di atas adalah untuk mengajar orang yang sedang menghadapi maut bacaan La ilaaha illallah.



Masih terdapat beberapa lagi hadis-hadis yang digunakan oleh golongan yang membenarkan pembacaan al-Qur’an di kuburan. Hanya sahaja hadis-hadis tersebut tidak sunyi dari kritikan oleh para ulamak hadis. Telah sepakat oleh para ulamak bahawa hadis-hadis dha’if (lemah) dan mawdhu’ (palsu) tidak boleh dijadikan hujah untuk perkara-perkara berkaitan akidah dan penetapan hukum-hakam (seperti mewajibkan mahupun menetapkan hukum sunat terhadap sesuatu amal). Hanya sahaja para ulamak berbeza pendapat tentang kebolehan mempergunakan hadis dha’if (lemah) dengan syarat-syarat yang ketat untuk bab fadilat amal atau targhib dan tarhib. Apa pun jua perbincangan tentang hukum membaca al-Qur’an di kuburan tidak termasuk dalam bab fadilat amal mahupun targhib dan tarhib maka hadis dha’if tidak boleh dijadikan hujah. Dari sini dapat kita rumuskan bahawa amalan yang lebih menepati sunnah Rasulullah s.a.w. ketika menziarah kuburan hanyalah memberi salam dan mendoakan kesejahteraan mayat di perkuburan tersebut. Inilah amalan yang benar-benar sah daripada Rasulullah s.a.w. Oleh itu ziarahlah kubur kerana ianya boleh mengingatkan kita kepada kematian tetapi hindarkanlah diri dari melakukan amalan-amalan bidaah di perkuburan dan janganlah mengkhususkan hari perayaan yang tertentu untuk menziarah kubur sebagaimana yang diamalkan oleh penganut agama-agama lain. Harus juga kita fahami bahawa al-Qur’an ini diturunkan bertujuan untuk memberi peringatan bagi mereka yang hidup. Firman Allah S.W.T.:



“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” – Shaad : 29 Di dalam surah Yasin yang sering dibacakan di kuburan juga terdapat firman-Nya:



“Supaya ia (al-Qur’an) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup…” - Yasin : 70

Telah berkata Abdul Hakim bin Amir Abdat:

“Allah S.W.T. menyatakan dengan tegas bahwa al-Qur’an ini menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup, dan ayat ini terdapat di dalam surah Yasin. Sedangkan saudara-saudara kita membacakan surah Yasin ini di hadapan orang-orang yang mati. Subhanallah! Kejahilan apakah ini namanya?” - al-Masaa-il : Masalah-Masalah Agama, jilid 1, ms. 302




Penulis juga ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya menghindarkan diri dari menyebarkan hadis-hadis palsu kerana ianya termasuk dalam perbuatan berdusta di atas nama Rasulullah s.a.w. Perbuatan yang keji ini telah diberikan amaran yang keras oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Menurut Imam al-Thahawi r.h di dalam kitabnya Musykilul Athar (jilid 1, ms.176): “Barangsiapa yang menceritakan (hadis) daripada Rasulullah s.a.w. atas dasar zhan / persangkaan, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w. dengan tanpa haq (dengan tidak benar). Dan orang yang menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w. dengan tanpa haq, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w. dengan cara yang batil. Dan orang yang telah menceritakan (hadis) dari baginda s.a.w. dengan cara yang batil, nescaya dia menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Dicatat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus.


Read more...

TIDAK MENGIKUT MAZHAB TERTENTU DALAM TATACARA BERSOLAT

Antara isu yang sering diperdebatkan adalah tentang kewajipan untuk mengikuti hanya satu mazhab di dalam segala perkara berkaitan dengan fiqh termasuk dalam ibadah solat.
Di dalam masyarakat Islam di Malaysia telah tersebarnya fahaman bahawa sekiranya seseorang itu tidak mengikuti satu mazhab tertentu dalam ibadah solat maka dia telah dianggap melakukan talfiq[1]. Pada tanggapan mereka mengamalkan talfiq adalah suatu perbuatan yang diharamkan dan dengan itu solat yang tidak bertaklid kepada hanya pada satu mazhab adalah tidak sah.



Sebelum penulis menjawab kekeliruan di atas, ingin penulis sisipkan beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang kewajiban kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua keadaan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[2] Ayat ini merupakan pokok dan dasar yang agung dalam anjuran dari Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, baik dalam perkataan, perbuatan mahupun keadaan atau keperibadian baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.[3] Ayat ini jelas menunjukkan bahawa apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya telah menentukan hukum ke atas sesuatu perkara, maka tidak diperbolehkan untuk sesiapapun menentang hukum-hukum tersebut. Sesungguhnya manusia tidak memiliki pilihan selain tunduk atas segala yang telah diputuskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.[4] Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan melakukan sedemikian mencerminkan sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat. Maka dengan berdalilkan ayat-ayat di atas, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berpendirian untuk tetap berada di atas sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua bentuk ibadah terutamanya dalam solat. Ini kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[5] Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ini secara jelas mewajibkan kita semua untuk mencontohi tatacara ibadah solat baginda. Ahl al-Sunnah berkeyakinan tidak ada manusia yang lebih sempurna solatnya selain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kerana baginda merupakan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Ahzaab ayat ke 21 seperti yang telah penulis paparkan di atas. Mencontohi insan yang sempurna (maksum) ini dapat menjaminkan perlaksanaan ibadah solat yang sempurna. Kesempurnaan dalam ibadah solat ini pula akan memudahkan kita untuk memperolehi keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala . Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Lima solat yang diwajibkan Allah, barangsiapa melakukan wuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat pada waktunya, ruku’ dan sujudnya dengan khusyu’ secara sempurna, mendapatkan janji dari Allah akan memperoleh ampunan-Nya. Barangsiapa yang tidak melakukan hal ini tidak akan mendapat janji ampunan dari Allah. Jika Allah berkehendak, dia akan diampuni atau dia akan diazab.[6] Berpijak atas dasar ini maka telah wujud kesepakatan antara keempat-empat imam mazhab untuk mengutamakan al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mereka sendiri. Malah mereka melarang keras manusia untuk bertaklid kepada mereka apabila pendapat mereka bertentangan dengan Kitabullah dan hadis-hadis tersebut.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tinggalkanlah pendapatku itu.[7] Malik bin Anas rahimahullah pula berkata: Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar. Oleh itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, ambillah; dan bila tidak sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[8] Sementara itu Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah berkata: Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahl al-Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati.[9] Selanjutnya al-Syafi’i rahimahullah juga pernah berkata: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.[10] Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula menyatakan sebagai berikut: Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, dia berada di jurang kehancuran.[11] Oleh itu bolehlah kita rumuskan bahawa mazhab sebenar keempat-empat imam rahimahumullah tersebut berdiri atas tiga prinsip utama iaitu: Kesahihan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasalaam. Jika pendapat mereka bertentangan dengan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, mereka menolak pendapat mereka sendiri dan mengambil sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Jika ada hadis yang sahih dalam suatu masalah yang bertentangan dengan pendapat mereka, maka mereka menarik kembali pendapat mereka, baik ketika mereka masih hidup mahupun sesudah mereka meninggal.[12] Abdullah Yassin menegaskan: Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak ada seorang imam atau ulama’ pun yang terpelihara daripada kesilapan dan kesalahan walaupun mereka telah mencapai darjat ilmu yang sangat tinggi. Manusia yang maksum (tidak berbuat salah) hanyalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu semestinya, para imam atau ulama’ menyesuaikan pandangan mereka dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam . Hakikat ini sungguh diyakini oleh imam-imam mazhab. Semua mereka berkata, “Jika hadis itu sahih, itulah mazhabku”.[13] Oleh itu bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meninggalkan pendapat mazhab masing-masing apabila terjumpa hadis yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini telah dipraktikkan oleh para pengikut imam-imam tersebut.

Sebagai contohnya anak murid Abu Hanifah iaitu Muhammad bin Hasan dan
Abu Yusuf rahimahumullah telah menolak satu pertiga dari pendapat gurunya. Begitu juga dalam ibadah solat ini yang mana ianya bukanlah menjadi satu kesalahan untuk berittiba’[14] kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat mazhab rasmi negara kita iaitu Mazhab al-Syafi’i kerana keempat-empat imam mazhab termasuk Muhammad bin Idris al-Syafi’i sendiri tidak rela pendapat mereka lebih diutamakan dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Mendahulukan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mazhab masing-masing bukanlah perbuatan talfiq yang tercela, malah telah menjadi kesepakatan bahawa kewajipan dalam beribadah adalah dengan mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala permasalahan apatah lagi dalam ibadah yang paling utama dalam Islam iaitu solat. Mazhab-mazhab hanya bertindak sebagai sarana untuk memudahkan kita memahami hukum-hukum yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Sesungguhnya penyeruan untuk kembali kepada al-Sunnah tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam - Pen) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam mazhab sambil bergantung pada pandangan para imam untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.[15] Tentang amalan memilih-milih antara mazhab atau talfiq maka tidak ada satu nas dari al-Qur’an dan hadis yang mengharamkannya. Begitu juga tidak ada satu nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang mewajibkan kita hanya mengikuti satu mazhab sahaja. Yang wajib kita patuhi tanpa berbelah bagi adalah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[16]

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa (jld. 22, ms. 252):

Apabila seorang mengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafi’i atau Ahmad lalu dia melihat dalam sebahagian masalah, mazhab lain ternyata lebih kuat lalu dia mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya. Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan lebih dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam berbanding seorang yang taksub kepada tokoh tertentu selain Nabi, seperti orang yang taksub kepada Malik atau al-Syafi’i atau Ahmad atau Abu Hanifah serta menganggap pendapat tokoh tersebut adalah benar yang mesti diikuti dan tidak boleh mengikuti pendapat imam yang berbeza (pendapat) dengannya. Sesiapa yang melakukan sedemikian, dia adalah orang jahil, sesat bahkan mungkin menjadi kafir…[17] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah pula menerangkan: Mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-orang berilmu dalam beberapa masalah serta ijtihad. Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak diwajibkan Allah dan tidak pula diwajibkan oleh Rasul-Nya kepada seseorang untuk mengikutinya. Di dalamnya (pendapat mazhab-mazhab tersebut – pen) terdapat kemungkinan betul dan salah, dan tidak ada yang betul-betul benar kecuali yang berasal dari Rasul shalallahu 'alaihi wasallam. Seringkali terjadi para imam memiliki satu pendapat dalam sesuatu masalah lantas apabila mereka melihat kebenaran yang berlawanan dengan pendapat tersebut, mereka menarik kembali pendapat (yang awal).[18] Yusuf al-Qaradhawi berkata: Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui bahawa taklid seorang awam kepada salah seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah dan darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama’ kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya. Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama’ yang mudah dihubunginya berkenaan sesuatu masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada imam yang lain. Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka pada abad-abad terbaik umat ini.

Allah telah menghindari mereka daripada praktik taklid yang tercela ini (iaitu terbatas kepada satu imam atau mazhab sahaja). Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh Allah Ta‘ala, iaitu bertanya kepada mana-mana ulama’ yang mereka kehendaki. Juga sebaiknya untuk mereka dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu.[19] Selanjutnya M. Said Ramadhan al-Buthi[20] pula berkata: Tidaklah menjadi satu kewajipan bagi seseorang muqallid (orang yang bertaklid) untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu, atau menjadi satu perkara yang haram baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu pula telah menjadi satu kesepakatan kaum muslimin, bahawa seorang muqallid dapat memilih atau mengikuti salah satu mujtahid jika telah diyakini kebenaran mazhab-mazhab dan pendapat-pendapatnya, seperti seseorang yang berpindah-pindah kepada salah satu dari keempat imam mazhab. Maka seandainya, pada masa sekarang ada yang melarang untuk berpindah-pindah mazhab, orang itu telah masuk dalam kategori fanatik yang menyesatkan, yang telah menjadi suatu kesepakatan kaum Muslimin
untuk meniadakannya. Suatu yang harus diketahui bagi seorang peneliti, tidak ada pertentangan bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab sahaja, atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Artinya tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, sama dengan tidak ada pelarangan untuk terikat kepada salah satu mazhab.[21] Tambah beliau lagi: Seorang muqallid jika dapat memahami suatu permasalahan dengan memahami dalil-dalilnya, baik dari al-Qur’an, hadis, atau kaedah ushuliyyah, maka wajib baginya untuk melepaskan diri dari mengambil pendapat imam-imam mazhab, apabila telah mampu melakukan ijtihad sendiri berdasarkan keilmuan yang dimiliki.[22] Dengan ini boleh kita simpulkan bahawa Ahl al-Sunnah mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala bentuk ibadah termasuk solat. Sekiranya ada hadis yang sahih berkaitan dengan tatacara solat, maka Ahl al-Sunnah tanpa ragu-ragu akan mengamalkannya walaupun amalan tersebut berbeza dari amalan kebiasaan umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab al-Syafi’i. Sesungguhnya yang wajib dicontohi ialah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, seorang yang terpelihara dari melakukan kesilapan (maksum). Selain baginda shalallahu 'alaihi wasallam maka perkataan sesiapapun boleh ditolak termasuklah keempat-empat imam mazhab tersebut.
Ini sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Malik rahimahullah sendiri: “Siapapun perkataannya boleh ditolak dan diterima, kecuali Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri.”[23] Oleh itu tindakan sesetengah pihak yang melihat kesempurnaan ibadah solat itu hanya diiktiraf sekiranya ianya secocok dengan satu mazhab adalah tindakan yang tidak tepat dan bertentangan dengan syari’at.
Pada hakikatnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mewajibkan kita hanya mengikuti baginda dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[24] Budaya taksub mazhab ini harus dikikis dari jiwa setiap umat Islam. Apa yang penulis ingin tekankan ialah sebenarnya tidak ada salah untuk mengikuti mazhab asalkan pendapat mazhab itu tidak lebih diutamakan dari al-Qur’an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dalam ertikata lain sekiranya di dalam sesuatu mazhab itu terdapat amalan yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut.

Diakibatkan oleh bisikan syaitan, wujud di kalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap mazhab masing-masing sehingga mereka beranggapan hanya mazhab mereka sahaja yang benar dan wajib ditaati dalam apa jua keadaan. Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah berkata: Dari sanalah (sikap fanatik mazhab – pen) munculnya saling membenci, saling meninggalkan, saling menghasut dan takbur, hingga urusan umat Islam berantakan dan persatuan menjadi cerai-berai. Jadilah mereka santapan orang-orang Eropah dan penindas. Bukankah setiap imam Ahl al-Sunnah rahimahumullah itu merupakan imam kita dan kita di barisan mereka? Sangat disesalkan orang-orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami dan mereka ke jalan yang lurus.[25]

[1] Talfiq ialah mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab. [2] al-Ahzaab (33): 21
[3] al-Ahzaab (33): 36
[4] al-Nisaa’ (4): 59
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no. 631. Penulis sengaja mengulangi hadis ini di beberapa tempat dalam buku ini demi untuk menegaskan bahawa mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat adalah wajib.
[6] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 22704 (jld. 5, ms. 317) dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan.
[7] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 55. Seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi.
[8] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 55-56.
[9] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 59.
[10] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58.
[11] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 61.
[12] Abu Yusuf Abdurrahman, 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai Diperdebatkan, (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 203-204.
[13] Abdullah Yassin, Manhaj Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan (ed: Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 83.
[14] Taklid adalah mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil yang menjadi landasannya. Sedangkan ittiba’ mengambil sesuatu pendapat bersertakan dalil yang memperkuatkan pendapat tersebut.
[15] al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi terjemahan oleh Abu Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42.
[16] al-Nuur (24): 51-52
[17] Dinukil daripada buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 135.
[18] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab? (edisi terjemahan terbitan Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 54.
[19] Yusuf al-Qaradhawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama’ Salaf (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Mun’im, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 118.
[20] Beliau adalah seorang tokoh yang lantang mengkritik Wahhabiyah. Kitab beliau Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam Syari’at Islam sering dipergunakan oleh pihak yang fanatik mazhab untuk mengharamkan talfiq. Namun begitu melalui kenyataan beliau sendiri kita dapati bahawa al-Buthi sebenarnya tidak menolak talfiq. Ini secara tidak langsung menolak sikap mereka yang gemar menggunakan nama al-Buthi untuk mengharamkan talfiq.
[21] Sa‘id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam Syari’at Islam, (edisi terjemahan oleh Gazira Abdi Ummah, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2001), ms. 9. [22] Sa‘id Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bid’ah Dalam Syari’at Islam, ms. 9-10. [23] Dinukil daripada kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 56 [24] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no. 631. [25] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi,
Perlukah Bermazhab?

Read more...

Umno hanya menanti paku terakhir ...

Umno hanya menanti paku terakhir ... Ahmad Lutfi Othman Sun | Oct 19, 08 | 4:13:19 pm MYT SEMAKIN dekat Najib Razak dengan takhta dan teraju kuasa, makin banyak pula dakwaan negatif yang dihalakan kepadanya. Tidak cukup dengan tanggapan rasuah tentang pesawat perang, kapal selam kini pembelian helikopter pula. Memang segala tuduhan itu belum dapat dibuktikan, namun Najib yang sejak lama sukar dilihat bersih terpaksa bersilat menangkis segala tohmahan itu.

Sudah beberapa kali beliau menyanggah, terutama atas kapasiti Menteri Pertahanan, malah bersumpah di masjid pun Najib sanggup, malangnya, tidak ramai yang bersedia untuk menerima penjelasan beliau, malah sebahagian mencurigainya. "Retak di permulaan jalan" Hubungan Abdullah Badawi dengan Najib bukan "retak di tengah jalan", seperti hubungan Mahathir dengan Musa Hitam ataupun Anwar Ibrahim. Jika Musa dan Anwar dianggap pasangan serasi bersama Mahathir di awal perlantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri, semua tahu Najib sejak awal mula bukan pilihan Abdullah. Najib terpaksa dipilih kerana Dr Mahathir Mohamad memberi tekanan kuat kepada Abdullah. Dalam bahasa Mohamad Sabu, Abdullah seolah-olah "kahwin paksa" dengan Najib. Muhyiddin Yasin yang dianggap regu sesuai Abdullah ketika itu, tiba-tiba kini menjadi hujung tombak kumpulan yang menentangnya. Johor yang sepatutnya kuat membela Abdullah (di sana ada Musa Hitam, Shahrir A Samad) bertukar menjadi pendesak utama untuknya melepaskan jawatan dalam kadar segera. Itulah yang paling menghibakan Abdullah. Mahathir pula mengingatkan Najib bahawa dalam Umno sendiri ramai yang sedia menjatuhkannya Mitos lama berakhir Dan ini bukan perkara pelik. Selama ini - sebelum pilihan raya 2008 - yang berpotensi menjatuhkan pemimpin Umno adalah orang Umno juga, pembangkang hanya berkuku di Kelantan dan sesetengah kawasan di Kedah dan Terengganu. Debar pemilihan Umno lebih kencang geloranya berbanding pilihan raya umum. Merebut menjadi calon pilihan raya mewakili Umno-BN adalah cabaran sengit yang mesti dilalui terlebih dahulu. Ramai yang tersungkur dalam pemilihan bahagian disebabkan cantas-mencantas, politik wang atau kerana terlalu baik untuk Umno! Walaupun kalah agak teruk dalam pilihan raya 2008, dan hilang teraju kuasa di Kedah, Perak dan Selangor, keghairahan untuk merebut jawatan tidak pernah padam. Buktinya, ada mesyuarat bahagian Umno terpaksa dikawal oleh anggota FRU, dan ini berlaku di Kelantan, negeri yang mana peluang parti itu untuk kembali berkuasa begitu tipis. Namun begitu, Umno seolah-olah masih dilihat lubuk emas yang menjanjikan kemilau peluang membina kekayaan dan anak tangga mendaki kerjaya politik lebih tinggi. Namun, tanggapan itu kini umpama fatamorgana. Umno adalah milik masa lalu, bukan aset masa depan. Nostalgianya mungkin sarat dan ia sendat pula dengan kenangan manis. Tetapi, berdepan realiti dan cabaran mendatang, Umno kelihatan tiada tempat. Imiginasi anak muda tak tersentuh, harapan orang tua tak tersampai. Korupsi membusung. Fikir penggiatnya, sementara ada habuan duniawi yang berbaki lebih baik cepat-cepat direnggut. Hilang segala idealisme, pupus segala cita-cita luhur. Malah, tanpa negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang, pengikat sokongan mudah terlerai. Usaha dekati pengundi Melayu Bagaimanapun, dari segi kerusi di Parlimen, Umno memang nampak di hadapan, masih meninggalkan penguasaan PAS dan KeADILan, terutama dalam konteks mewakili kawasan Melayu. Gabungan wakil Melayu PAS-KeADILan belum dapat menyaingi Umno, ya ... tidak sampai separuh pun jumlahnya. Kalau pada 1999 Umno diselamatkan oleh sokongan bukan Melayu, kini sokongan Melayu turut kritikal. Setiap minggu penghijrahan ahli-ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat melimpah ruah. Terbaru kes di Kampung Baru Plentong Tengah, Masai, Johor. Lebih 200 ahli Umno menyertai PAS dengan menyerahkan borang sendiri kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Rakyat sudah merasai "nikmat perbezaan" selepas ratib tahyul "hanya Umno dapat memerintah negara ini" dimusnahkan. Terdedah bagaimana rasuah, salahguna kuasa dan nepotisme menjalar dalam setiap urat nadi dan denyut jantung pemerintahan Umno-BN dahulu. Dan Pakatan Rakyat seharusnya mampu menawarkan jalan keluar, mengangkat golongan terpinggir, membela masyarakat bawahan, menunaikan amanah dan janji, berkhidmat demi rakyat, selain pemimpinnya terus mengekalkan kesederhanaan. Saya kerap menekankan agar PAS khususnya, lekas-lekas mengisi posisi Umno, terutama dalam konteks psikologi politik orang Melayu, memperteguhkan akar sokongan, manakala wakil-wakil rakyatnya menyumbang yang terbaik. Misalnya di Selangor dan Perak, tidak boleh dibiarkan Umno menguasai terus kerusi-kerusi di kawasan majoriti Melayu. Tiada jalan mudah Berbanding KeADILan sebagai parti berbilang kaum, PAS perlu merobohkan tonggak kekuatan Umno yang selama ini terbina dengan kepalsuan dan ilusi. Pastinya tiada jalan mudah kerana BN masih menguasai sumber Persekutuan tetapi sekiranya rakyat dapat melihat perbezaan jelas antara PAS dan Umno di negeri-negeri Pakatan, masyarakat Melayu semastinya mahukan pemimpin yang jujur dan boleh dipercayai untuk menjaga negara tumpah darah mereka. Najib boleh saja memasang impian menjadi Presiden Umno, seterusnya Perdana Menteri, menjelang Mac 2009. Najib mungkin ada strategi atau pendekatan ajaib bagi memulihkan imej Umno-BN yang tercemar teruk itu. Zaman beredar, musim berlalu, jika Pakatan menunjukkan teladan terbaik dan itulah yang nampak serius diusahakan sekarang, lambat atau cepat, Umno-BN hanya menanti ketukan "paku terakhir di kerandanya".


Read more...

Manasik haji dan falsafahnya

oleh Abu Najwa


Masjidil Haram menjadi tumpuan jutaan umat Islam pada setiap kali musim haji.

--------------------------------------------------------------------------------

Rahsia Perjalanan Haji:

Haji adalah satu perjalanan kerohanian oleh seseorang hamba menuju Tuhannya yang mengandungi seribu satu kerahsiaannya. Perjalanan ini amatlah berlainan berbanding seseorang itu mengembara ke destinasi pelancongan atau sebagainya.

Perjalanan mengerjakan haji ini adalah rentetan perjalanan Rasulullah SAW sendiri semasa hajjatul wada'. Kisah hajjatul wada' ini amatlah masyhur sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.



Definisi Haji:

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan serulah kepada manusia dengan (kewajipan) mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang sama dengan berjalan kaki atau berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam. (al-Haj: 87)

Menurut Sheikh Daud Al-fatani di dalam kitabnya menerangkan tentang huraian ayat di atas. Menurut kaedah lughah ayat di atas meletakkan mubtadak muakhar dan khabar muqaddam. Manakala khitab ditujukan secara am iaitu al-Nas iaitu "wahai sekelian manusia" tanpa pengkhususan.

Mubtadak muakhar iaitu kewajipan mengerjakan haji diletakkan di belakang menunjukkan kewajipan itu tidak semestinya disegerakan. Ia memberi isyarat supaya manusia menyempurnakan urusan yang bersesuaian dengan fitrah mereka.

Dan amalan ini bertepatan dengan sunah Nabi Muhammad SAW apabila baginda mengerjakan haji di akhir hayatnya dan haji ini masyhur dengan panggilan hajatul wada'.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kefarduan haji adalah sesuatu kewajipan yang mesti ditunaikan tetapi kewajipan ini tidak semestinya ditunaikan dengan segera kecuali setelah cukup syarat istitoaahnya ataupun kemampuannya.


Hikmah falsafah haji dan kerahsiaannya:

Terdapat banyak hikmah dan faedah disyariatkan haji.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari tersebut kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban) dan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (al-Haj: 28)

Ibn abbas r.a menyatakan maksud faedah dalam ayat berkenaan ialah faedah di dunia dan faedah di akhirat.

Faedah-faedah disyariatkan haji

Membenarkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi yang terdahulu.

Haji telah disyariatkan semasa zaman Nabi Ibrahim a.s. dan haji merupakan antara ibadat yang terawal yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Nabi Ibrahim telah memansuhkan amalan menyembah berhala pada zamannya dengan menggantikan dengan amalan Haji itu sendiri.

Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sendiri membangunkan kembali baitullah sehinggakan Makam Ibrahim iaitu tempat Ibrahim mendirikan Kaabah disyariatkan untuk solat di belakangnya.

Pada masa ini juga ibadat korban dimasyhurkan sehinggakan Nabi Ismail digantikan dengan binatang korban. Gantian ternakan korban ini diberitakan adalah dari korban anak Nabi Adam a.s.

Perkara ini telah membenarkan syariat korban itu sendiri dan Rasulullah juga berpesan bagi mereka yang membawa hadyu (binatang ternak untuk korban) hendaklah melakukan korban ini semasa menunaikan haji iaitu semasa di Mina.


Mengingati kembali wasiat yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW

Di dalam wasiat hajatul wada', Rasulullah SAW berpesan bahawa manusia itu datang dari keturunan yang satu dan menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Di dalam wasiat itu, Rasulullah bersaksikan ribuan manusia bahawa syariat Islam telah disampaikan oleh baginda.

Rasulullah berpesan bahawa baginda telah meninggalkan wasiat atau tanda ingatan kepada umatnya yang tercinta bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-hadis.

Lalu Allah SWT telah menyempurnakan agama Islam ini dengan firmannya: Hari ini telah ku sempurnakan agama kamu, dan aku telah kurniaan nikmatku, dan aku reda agama Islam itu agama kamu.

Agama Islam merupakan agama yang lengkap kerana syariatnya bertepatan dengan fitrah manusia. Manusia beroleh berbagai nikmat di antaranya ketenangan atau sakinah. Dan Allah SWT reda kepada hambanya akan agama Islam ini berbanding agama yang lain pada waktu itu seperti Yahudi, Kristian, majusi dan selainnya.
Umat Islam adalah bersaudara

Di antara hikmah disyariatkan haji adalah untuk menyatupadukan umat Islam dari pelbagai latar belakang dan berbagai kaum untuk saling kenal mengenal. Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam al-Quran.

Manusia dijadikan dari kalangan lelaki dan wanita, dari pelbagai kabilah dan kaum supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Maka pekerjaan haji ini menjadi akademi realiti menyatupadukan umat Islam yang bersaudara sebagaimana digambarkan dalam banyak ayat al-Quran dan al-hadis.


Mengingati Kisah Adam a.s.

Nabi Adam adalah manusia seawal-awal penciptaan yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Setelah Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi baginda rasa menyesal di atas kesalahannya melanggar perintah Allah. Rahmat Allah amatlah besar kurnia-Nya telah menemukan Adam bersama isteri tercinta di Arafah.

Kisah ini banyak memberi iktibar kepada umat Islam bahawa mereka ditegah melanggar hukum Islam. Sebagai manusia mereka akan merasa menyesal setelah melakukan kesalahan. Namun begitu Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang lebih-lebih lagi nabi kita memohon ampun lebih 70 kali sehari.

Rehlah Rohaniah

Di antara falsafah haji yang utama ialah haji merupakan rehlah rohaniah atau perjalanan suci berbanding perjalanan yang lain. Perjalanan ini amat penting dan amat lain dari perjalanan yang bersejarah seperti The Silk Road atau perjalanan Ibn Batutah yang terpatri dalam lipatan sejarah.

Ia juga bukan perjalanan seperti melancong ke tempat-tempat yang menarik tetapi perjalanan ini mempunyai pelbagai hikmah dan faedah yang boleh diambil.

Di antara kelainan ialah para jemaah haji adalah tetamu Allah, duyufurrahman. Tetamu ini mendapat jaminan Allah dan di antara keistimewaannya ialah orang yang menunaikan haji cukup dengan rukun dan tertibnya kerana Allah dijamin terhindar dari kepapaan.

Jemaah haji yang pulang dari Makkah kebiasaannya dimuliakan oleh penduduk kariah masing-masing sebagai kemuliaan dari Allah SWT melalui mata manusia.

Selain itu, banyak kelainan yang dapat dilihat semasa menunaikan fardu haji di Mekah. Perasaan hiba dan kesyahduan selalu menyelubungi naluri dan jiwa insan yang bernama adam dan hawa. Mereka saling kuat berazam menunaikan ibadat, berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi lantaran panggilan tuhan yang menusuk ke sudut ulu hati hasil laungan azan.

Perasaan rindu ini adalah hasil doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Ismail atas perintah Allah. "Wahai tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahmu (baitikal haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)".

Inilah rahsia yang amat besar pengertiannya di mana manusia dapat melihat dan merasakan kebesaran Allah di sana. Allah telah bersumpah dengan negeri ini seperti di dalam firman-Nya:Demi negeri yang amat aman (Mekah). (at-Tiin: 3). Ia menunjukkan bahawa negeri ini dipelihara oleh Allah sejak dahulu lagi sehingga hari kiamat.

Lihatlah dengan mata hatimu wahai makhluk yang bergelar insan, nescaya kamu akan mendapat ketenangan dalam perjalananmu menemui tuhan di alam yang kekal abadi.




Read more...

Oct 19, 2008

Najib belum selamat,Abdullah sedang susun strategi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau.

Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah.

Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.

Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan" serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan 'budak tingkat empat'.

Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut.

"Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib," kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali.



"Ada yang mengatakan kalau mahu dapat kontrak dengan kementerian pertahanan perlu jumpa Rosmah bukan Najib," kata penganalisa politik itu lagi.

Abdullah juga dikatakan sengaja mengarahkan agar pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana bimbangkan keselamatan penulis kontroversi itu.

Tindakan menahan Raja Petra dilakukan semata-mata kerana tidak mahu Najib mengupah sesiapa sahaja mencederakan atau membunuh penulis tersebut.

Raja Petra yang banyak mendedahkan salah laku Najib dikatakan memperolehi maklumat dari orang Abdullah.

Kandungan SMS antara Najib dan peguam kanan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai telah diberikan kepada pengedali Malaysia-Today oleh 'orang' Khairy kerana mahu memastikan imej Najib terus tercalar dan akan disiasat serta didakwa atas dakwaan salah guna kuasa.

Jika Najib didakwa, Abdullah akan mengumumkan pelan peralihan kuasa dibatalkan dan terus kekal sebagai Perdana Menteri serta akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru.

Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan.

Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib. - mks. _

Read more...

Oct 15, 2008

Iblis tak pernah leka sesatkan manusia

JUDUL: Janji dan Sumpah Iblis

Penulis:Adil Akhyar

Penerbit: Pustaka Azhar Pengulas:

Jami'ah Shukri Harga: RM10

BUKU ini menghuraikan mengenai tipu daya, janji dan sumpah iblis memerangkap dan membinasakan manusia yang lalai, hidup didasari nafsu dan tidak dibekalkan iman yang kukuh dari segenap segi. Sesungguhnya dengan keimanan yang teguh mampu menjadi benteng paling ampuh mematahkan serangan syaitan ini. Dengan runtuhnya keimanan itu pasti iblis dan syaitan itu akan terus menjadi teman karib manusia. Yang nyata, kejahatan iblis ini tiada batasan dan tidak pernah berehat untuk mengajak manusia ke jalan kesesatan dengan terus berjuang tanpa henti sehingga pada saat malaikat mencabut nyawa seseorang. Malah, tipu dayanya lebih dahsyat supaya manusia mati dalam keadaan sesat dan tidak beriman.

Iblis mempunyai lima anak yang masing-masing menjalankan tugas tertentu.

Thabr

bertugas ketika manusia ditimpa kecelakaan atau kematian dengan menyuruh merosakkan diri sendiri seperti mengoyakkan pakaian, menampar muka dan apa juga kebiasaan dilakukan pada zaman jahiliah.

A'war

sebagai penghasut melakukan zina dengan menggambarkan manusia mengenai keseronokan dan keindahannya.

Masut

pula membisikkan manusia supaya berdusta dan berbohong.

Dasim

bertugas menghasut seseorang marah kepada keluarganya dan menuduh mereka mendedahkan keaibannya.


Zalanbur

bertugas merayau-rayau di pasar serta menghasut penjual dan pembeli mengadu terhadap kecurangannya.

Khazab

mengganggu manusia ketika sedang bersembahyang manakala

Walhan

pula mengganggu manusia ketika berwuduk.

Sesungguhnya, wanita sering dijadikan sasaran dan dianggap makanan lazat kepada iblis untuk menghimpunkan lelaki ke medan 'kesesatan dan neraka'. Iblis menjanjikan janji indah penuh tipu daya memikat kaum lelaki supaya memfokus diri terhadap wanita yang penuh kenikmatan dan keseronokan.

Janji dan sumpah iblis untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara iaitu sentiasa ingin menerbitkan perasaan marah, mencintai dunia, rakus dan tamakkan dunia, riak, syirik, ujub (kagum dan merasa hairan dengan keunggulan diri sendiri), buruk sangka, memandang rendah pada orang lain, suka kepada dosa, putus asa daripada rahmat Allah, kufur, sombong, mengumpat, lalai, dan membazir serta bermewah dalam hidup.

Semua sifat itu dijelaskan dengan terperinci dalam bab seterusnya menjadikan pembaca ingin terus membaca dan menghayati isi kandungan.
Namun, dalam usaha meningkatkan keimanan itu, keseluruhan umat juga perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah dengan kerap bertaubat dengan apa yang dilakukan, sentiasa memusuhi nafsu, rasa takut kepada Allah serta berzikir sebagai tanda keprihatinan kepada Allah serta mengingat-Nya. Dengan zikir ini ia juga mampu menjadi benteng kekebalan diri daripada gangguan iblis dan syaitan selain mendapat syafaat Rasulullah SAW.

Read more...

Oct 14, 2008

Itulah Politik Namanya…

Itulah Politik Namanya…

Read more...

Lazatnya Shalat



Ditulis oleh Pengendali Laman
Saturday, 25 August 2007
Tajuk : LAZATNYA SHALAT (Dzauq Ash-Shalat)Penulis : Syaikh al-Islaam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah RahimahullahPenyusun : Adil bin Abdusy-Syakur az-ZuraqyPenerbit : Darul Falah, Jakarta (2002)Pengedar : Pustaka Indonesia, No 12, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 KL

Sabda Nabi SAW, "Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu : hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Begitulah untuk kita mencapai kemanisan atau kelazatan dalam Imam maka hendaklah Allah SWT dan Rasul-Nya SAW kita dahulukan atau kita tinggikan dari segala-galanya. Setelah ini benar-benar kita praktikkan barulah kita merasai betapa manisnya dan lazatnya menjadi orang yg beriman. Begitu juga dalam shalat, kemanisan dan kelazatan shalat hanya akan kita kecapi setelah kita meletakkan Allah dan Rasul-Nya sebagai contoh ikutan yang wajib kita ikuti dan kita utamakan dari pendapat sifulan bin sifulan, sifulan anak kepada sifulan walaupun setinggi mana darjatnya pada pandangan umum dan ilmunya. Inilah syarat pertama untuk kita menikmati kelazatan dalam beribadah kepada Allah SWT.
Di dalam risalah "Lezatnya Shalat" ini Syaikh al-Islaam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah menerangkan falsafah atau rahsia di sebalik pergerakkan-pergerakan dan bacaan-bacaan dalam Shalat yang jika dicermati akan menuntun kita untuk khusyuk dan rendah diri dalam shalat. Ini secara tidak langsung sebagai bantahan kepada sesetengah golongan yang dengki dengan penyebaran Sunnah Nabi SAW dengan tuduhan menyatakan mereka dari kalangan salafee hanya memberatkan pergerakkan dan bacaan dalam shalat tanpa menitik beratkan kelazatan dalam melakukan Ibadah shalat. Jawapan kami antara musuh manusia yang utama adalah kejahilan dan kejahilan boleh menyebabkan mereka bercakap tentang apa yang mereka tidak ketahui dan boleh juga menimbulkan persangkaan buruk terhadap pihak lain. Firman Allah SWT yg artinya :
"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan." (Surah Yunus (010):036)
"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (Surah Al-An'aam (006):116)
".....Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangka-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka." (Surah An-Najm (053):023)
Semoga risalah kecil dari seorang tokoh ilmuwan yang hebat ini yang juga anak murid utama Syaikh al-Islaam Ibnu Taymiyyah Rahimahullah dapat meluruskan pembohongan yang dilemparkan kepada Ahlu Sunnah. Disertakan di bawah ini sinopsis buku ini dari penerbit.
Sekian Wassalaam

Abu Iqbal
Sesekali waktu atau bahkan setiap waktu khususnya seusai shalat, anda layak mengajukan pertanyaan kepada diri sendiri : Apakah shalat yang ku lakukan menjadi belenggu anggota tubuh, penjara hati, beban jiwa, perampas waktu dan penghambat pekerjaan, ataukah aku melakukannya tanpa adanya sedikit pun hal-hal itu, sehingga shalat menjadi kesenangan hati dan kebebasan dari segala kepenatan hidup? Apakah kala mendirikan shalat itu kita merasakan suatu kenikmatan dan kelezatan yang tak terkira, atau justru sebaliknya.
Kata shalat disebutkan dalam al-Qur'an dengan penyertaan kata iqamah, yang bererti menegakkan. Dengan kata lain, shalat benar-benar sangat urgen, bukan bagi Dzat yg disembah, tapi bagi hamba yang mengerjakannya.
Yang pasti, kesenangan Rasulullah dijadikan di dalam shalat dan bukan dengan shalat. Artinya kesenangan itu terasakan jika beliau sudah masuk dalam shalat dan bukan sekadar dengan shalat. Bahkan jika keletihan dan kepenatan itu memuncak, beliau memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan adzan dan iqamat tanda akan didirikannya shalat, kerana shalat membuatkan beliau dapat beristirahat dalam segala keletihan tersebut.
Buku ini merupakan uraian tentang shalat, singkat namun disajikan secara mendetail dan terinci, satu persatu mengungkap rahasia dari setiap bacaan dan perbuatan dalam shalat. Jika mungkin anda merasakan kesulitan untuk meningkatkan kekhusyu'an dalam shalat, maka buku ini dapat membantu maksud anda untuk menambahkan kekhusyu'an itu.

SELAMAT MEMBACA.

Read more...

Oct 13, 2008

Teknik Belajar

Sebenarnya tidak ada teknik khusus dan tersusun. Saya dapat rumuskan beberapa teknik atau poin penting untuk kita belajar ilmu-ilmu agama.
[1] Ikhlas
Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki di sisi Allah.
Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.
[2] Minat.
"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.
"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.
Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.
Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari Akhirat nanti.
[3] Bersabar.
Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cdrom dan install, program terus berjalan.
Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.
Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu.
Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.
Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi pandai adalah wajib ke atas Muslim."
Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.
[4] Berani menghadapi kegagalan.
Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.
Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh.
Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.
Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.
Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.
Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.
[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.
Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.
Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.
Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai yang memerlukannya ?
Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10 mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap (Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi jadual ceramah di masjid dan surau.
Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja mereka memang mengkaji manusia.
Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai "Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara untuk memperbaikinya.
Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup (stress management) dan lain-lain.
[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.
Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.
Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.
Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan lain-lain.
Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.
[7] Berdoa dan Tawakkal.
Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa langkah:
[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA, [d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.
Ini adalah sesuatu yang straight forward tanpa memerlukan ulasan lanjut.
Menyemak semula adalah satu poin yang tidak kurang pentingnya kepada ilmu adalah satu perkara yang tidak memiliki titik noktah. Ilmu sentiasa bergerak dan dinamis sehingga menjadi satu kelaziman di kalangan para ilmuan mereka meralat pendapat mereka yang awal.
Sekian 7 poin atau teknik yang dapat saya gariskan pagi ini. Semoga bermanfaat, wassalam.

Read more...

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP