Powered by Blogger.

Apr 4, 2009

Lindungi Jejak Anda Dalam Internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet. seterusnye....

Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.
Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:\WINDOWS\HISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kungjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan jejak anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:\WINDOWS\COOKIES atau C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus .

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP