Powered by Blogger.

Aug 27, 2011

Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat


Tarikh Keputusan: 
 1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.
Keputusan: 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.
Keterangan/Hujah: 
LATAR BELAKANG
1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :
Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.
Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.
2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :
Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.
Mazhab Maliki
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)
Mazhab Syafii
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat
Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.
Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam (jilid II)
Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan
Negeri:

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP