Paderi & Kunci Syurga - Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar
Dua Rahsia Sulit Terbesar:Dua Kunci Rahsia
Lambang
di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai
Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan.Ia terdiri
daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara',salib emas di
atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang;satu
berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi
bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Bagi penganut Kristian
yang dungu dan tidak mahu mengkaji,tiada apa-apa yang istimewa dari
lencana Paus ini.Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat
tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu
dijaga.Rahsia yang amat terpendam beribu tahun.Rahsia yang hanya dapat
dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari
catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang
berkelana keluar dari Galilee,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan
sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika.Manuskrip-manuskrip ini ada
yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh
para Paderi beribu-ribu tahun,namun demikian ada di antara mereka yang
dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke
mulut,menulisnya dalam tulisan-tulisan,melakarkannya dalam
lukisan-lukisan,mengukirnya pada ukiran-ukiran;mereka menyembunyikannya
dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang
dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.
Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??
Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang
“Every great truth begins as a blasphemy.”
-Bernard Shaw
Rahsia
ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran
Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam
'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya.Mereka
sebenarnya hanya mengikut sahaja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini
dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada
Kristian.Sehingga para Paus sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok
rahsia ini.Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta
Paus kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason peringkat
Cahaya Iblis Terutama.Para Biskup dan Kardinal yang menjadi pemakan
rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatikan.APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA?Ini
adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia
Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist jika mengabaikan
institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untuk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.
Dunia
Kristian harus dikawal sebaiknya.Jika tidak,dikhuatiri mereka akan
terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan
beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t.Sebab itu
siapa yang menjadi Kardinal dan Paus adalah penting bagi The
AntiChrist.Amat penting.Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi.Ini
adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar.Rahsia sulit yang hanya
diketahui oleh Paus dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib
Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist
& Azazel.
Jika anda mengabaikan 'clue' ini dalam mencantum
puzzle anda,adalah amat tidak lengkap segala 'permainan' anda dan jika
anda membuangnya lantas menganggap ia satu pembohongan
semata,ingatlah,tidak kira anda seorang Muslim atau Katolik suatu hari
nanti pasti anda akan dipertanggungjawabkan atas segala sikap acuh tak
acuh anda.Kebenaran pasti akan tersingkap.Persoalannya bila?Dimana dan
pada keadaan yang bagaimana?Kebenaran akan tersingkap jua di 'The
Judgement Day' tetapi siapa yang membawa 'jigsaw puzzle' yang tidak
lengkap atau berselerakan pada ketika itu,padahnya adalah amat
pedih.Lebih baik anda mencantumkannya sekarang daripada anda
mencantumkannya di dalam keadaan anda tetap dihukum walaupun telah
menyiapkan 'Gambar Besar' berkali-kali.
Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin anda kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar.Dua
kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Paus atas arahan
Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian
yang dungu.Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci
rahsia ini.Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua
Kunci Bersilang;The Papal Crossed Key yang penuh rahsia itu.Kami akan
memberikan kepada anda.Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang
ini,kami akan membawakan anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel,untuk
membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer.Pada
ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya
mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.
Ini adalah satu petunjuk.Ini adalah jigsaw puzzle
Ini adalah MistisFiles.
Untuk menjejak rahsia The Crossed Key,mari kita telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.
The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang
ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada
Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah
(Petros dalam bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno,Bithrus
dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau
Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un)
seorang Yahudi Galilee (arab:al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid
(Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam
bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dengan bahasa Semitik seperti Arab dan
Ibrani) bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang
asli.Saint Peter (atau Petrus) inilah yang dinisbatkan namanya pada
ibupejabat Paus Vatikan;St. Peter Basilica yang terkenal itu.Beliau
adalah termasuk di dalam daftar duabelas sahabat Nabi Isa a.s (Twelve
Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam
AlQuran.
"Maka
tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang
akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al
Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami
beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang berserah diri"
-Surah Ali Imran 3:52
"Dan
(ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada Al
Hawariyyin,’Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka
menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)"
-Al-Maidah 5:111
Sudah
pasti St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari
kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama
para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan
dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:
The Twelve Apostles
1. Peter 2. Andrew 3. James 4. John 5. Philip 6. Bartholomew 7. Matthew 8. Thomas 9. James
10. Thaddeus 11. Simon the Zealot 12. Judas Iscariot
St.
Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Biskup
pertama.Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan
ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para
pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu.Ketika era pemburuan ke
atas golongan Nasrani,St. Peter telah ditangkap oleh Nero,Kaisar Rom
ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri
yang merasa tidak layak disalib pada pada posisi yang sama dengan Nabi
Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan umum dalam Islam)
di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vaticano yang
kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.
Crossed
Key di dalam lencana Paus adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI
KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada
sahabatnya itu (Peter).
"And
I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever
thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou
shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)
maksud dalam Bahasa Melayu,
"Kepadamu
akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini
akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan
terlepas di syurga."
Katakunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN.Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.
Apakah
dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu?Adakah Jesus (Isa a.s)
telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?
Ini
adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia
dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Paus.Amat penting sehingga
ramai paderi diracun dan para Biskup dan Kardinal diugut.Rahsia yang
amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak
peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG
INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter??Mengapa
kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible?Bagaimana dengan
beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea??
Selagi lagi, APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU???
Untuk
menjawab persoalan ini,mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di
antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.Kisah ini
menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang
diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan.Dan apakah fungsi
AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.
Paderi & Kunci Syurga
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,
1-"Sebutkan satu yang tiada duanya,
2-dua yang tiada tiganya,
3-tiga yang tiada empatnya,
4-empat yang tiada limanya,
5-lima yang tiada enamnya,
6-enam yang tiada tujuhnya,
7-tujuh yang tiada delapannya,
8-delapan yang tiada sembilannya,
9-sembilan yang tiada sepuluhnya,
10sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11sebelas yang tiada dua belasnya,
12dua belas yang tiada tiga belasnya,
13tiga belas yang tiada empat belasnya."
14-"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15-Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16-Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
17-Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18-Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
19"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? 20-Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
21-"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar!
22- Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
Saudara dan saudari sekalian!
Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...
Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.
DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
Miftahul Jannah...inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.
Semoga Allah memberkati Peter The Fisherman!,sahabat Nabi Isa,yang memegang THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN.Salam ke atas Isa a.s,kami menunggu-nunggu dan merindui kedatangan anda sebagaimana kami merindui Rasullullah!!
PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK.MEREKA MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.
KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA.JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.
MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...
Kita tidak akan hilangkan kunci...
kita tidak akan hilangkan kunci...
Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:
Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
(Al-Saff 61:6)
Juga di dalam kisah Nabi Isa:
Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata nabi Isa dengan suara agak halus.
(Ali Imran ayat 19)
+ Sumber dari Sini ++
4 comments:
So, start today and rid yourself of those annoying
and unsightly growth. I would also like to dismiss the earlier notion that developing of
genital skin tags should not be misunderstood towards developing any sexually
transmitted diseases. 'We usually have two or three people in the room, no-one has time, so we have one person tightening the body and another giving a treatment on the face'.
Feel free to surf to my web page ... Bds.ul.ie
I like reading through an article that can make people think.
Also, thanks for permitting me to comment!
Also visit my blog post :: kat proxy
After looking over a few of the blog articles on your web page,
I really appreciate your technique of blogging. I saved it to my bookmark website list
and will be checking back in the near future.
Take a look at my website as well and let me know what you think.
Feel free to visit my page ... Asthmasymptomshq.Org
DASHCOM websites are springing up everywhere in the world.
By this, you might be reinforcing that negativity and attracting to
yourself MORE. Trading invites a number of sites is especially frowned upon
inside exclusive Bit - Torrent community because it allows anti-piracy groups to
infiltrate private trackers with less effort.
My weblog; the pirate bay (http://www.competition.dz24.info/tpbunblocked.com)
Post a Comment