WARTAWAN SINAR HARIAN ONLINE
January 9, 2012
BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
09:25:22 AM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat
bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful ...
Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak
membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang
dikemukakan pendakwaraya.
Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.
9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah
9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh
9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah
8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah
Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang
enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka
mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah
seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran
kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian
sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang
menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.
8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar
mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada
yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam.
Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah
sesak dengan kehadiran lebih 100 orang
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak
dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar
dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3
pagi
8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan
menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang
'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah
selepas 'kekecohan' beberapa minit
8.30 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya
tiba di kawasan mahkamah. Turut tiba anak mereka Nurul Izzah dan Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah
Hussin. Ketibaan Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah hanya berjalan
kaki. Kebiasaanya, beliau akan tiba dengan kenderaan, tetapi hari ini
hanya berjalan kaki dengan dikerumuni penyokongnya menyebabkan
kesesakkan di pintu pagar utama Kompleks Mahkamah
8.30 pagi: Petugas media dibenar masuk ke dalam
mahkamah. Dalam mahkamah penuh sesak dengan petugas media dalam dan luar
negara, anggota cawangan khas, peguam dan beberapa kenamaan antaranya
MB Selangor. Petugas media melalui dua peringkat untuk memasuki kamar
Mahkamah Tinggi 5
8.18 pagi: Peguam bela Anwar Ibrahim, Sankara Nair tiba
8:15 pagi: - Sebahagian peserta Perhimpunan 901
Bebaskan Anwar berhimpun di luar tapak letak kereta walaupun ruang
himpun yang dibenarkan masih mempunyai ruang kosong. Penganjur
perhimpunan berusaha memberi arahan supaya penyokong masuk ke dalam
tempat letak kereta sebagai mematuhi syarat polis. Difahamkan, penyokong
tidak masuk ke dalam lokasi yang dibenarkan kerana ingin menyambut
kehadiran Anwar Ibrahim
8 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama
isterinya dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin
tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Turut hadir Pengerusi
SMM Mohd Safwan Anang yang masih berkerusi roda. Beberapa Exco Kerajaan
Negeri Selangor juga hadir sama
8.10am: Kerjasama sangat baik dapat disaksikan antara pihak polis dan penganjur setakat ini
7.45 pagi: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said tiba
di pekarangan Kompleks Mahkamah. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga
dan salah seorang ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah juga hadir
7.28 pagi: Sorakan "Hidup, hidup, hidup" dan "reformasi" semakin lantang kedengaran di parkir Kompleks Mahkamah
7.25 pagi: Penyokong Anwar Ibrahim mula memenuhi
parkir Kompleks Mahkamah. Keadaan masih terkawal. Penganjur meminta
penyokong mematuhi arahan polis
Sekitar 7.30 pagi: Naib Presiden PKR Tian Chua berucap
- "jika mahkamah kita mengecewakan kita, tak dapat mesej rakyat yg
berhimpun hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan bebaskan Anwar
Ibrahim dan kita sendiri tidak terus bergantung pada sistem perundangam
korup, kita menuntut keadilan, ini sebahagian program kita rakyat kita
dalam menyampaikan sokongan mewakili 26 juta rakyat Malaysia untuk beri
mesej kepada pemimpin negara yang pegang kuasa. Kita bela Anwar, kita
akan bela negara dan undang-undang. Hanya rakyat akan tentukan nasib
kita."
7.15 pagi: Penyokong dan peserta perhimpunan 901 di
kawasan parkir dianggarkan sekitar 2,000 orang. Peserta perhimpunan 901
Bebaskan Anwar menyanyikan lagu Negaraku dan melaungkan "Reformasi"
sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim
6:45 pagi - Polis melakukan beberapa pemeriksaan
terhadap sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim yang membawa beberapa
poster, di jalan utama menuju Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Poster itu
tertera 'Rakyat hakim negara' dan 'Tolak konspirasi'. Bagaimanapun
poster itu dibenarkan dibawa masuk ke lokasi perhimpunan kerana tidak
melanggar 10 syarat polis terhadap peserta Perhimpunan 901 Bebaskan
Anwar
6.40 pagi - Polis memaklumkan petugas media tidak
dibenarkan berada di lobi Kompleks Mahkamah . Polis mula berdiri di
hadapan tangga. Salah seorang peserta perhimpunan mengetuai bacaan doa
di tapak perhimpunan.
6.40 pagi: Petugas media yang gagal memperlihatkan pas
perakuan media kepda pihak polis yang ditugaskan berkawal di pintu
pagar utama tidak dibenarkan memasuki kawasan perkarangan kompleks
mahkamah
6:30 pagi: Sebuah helikopter milik Unit Udara PDRM
dilihat diruang udara dipercayai mengawal pergerarakan trafik dan
penyokong Anwar Ibrahim
6.20 pagi: Laungan reformasi mula kedengaran
6.15 pagi: Kesabaran petugas media menunggu untuk
masuk ke dalam komplkes mahkamah berakhir apabila diberi kebenaran.
Kira-kira 150 petugas media dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk
ke pekarangan Kompleks Mahkamah. Difahamkan, hanya 47 wakil media yang
disenaraikan sahaja dibenar masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikuti
prosiding
6 pagi: Semua penyokong termasuk petugas media yang
berkumpul di pekarangan luar jalan msuk mahkmah bergerak masuk ke pintu
pagar setelah dibenarkan pihak polis yang berkawal di pos pertama dekat
lorong masuk utama
6 pagi: Hujan renyai memaksa peserta mendesak polis
membuka laluan ke pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Namun,
dimaklumkan polis hanya membenarkan pintu dibuka seawal jam 7 pagi.
5.21 pagi: Dua bas PDRM diiringi dua polis trafik bermotor memasuki perkarangan mahkamah
5.14 pagi: Kelihatan lima trak polis masuk ke dalam kawasan kompleks mahkamah
Sekitar 4 pagi: Petugas media semakin ramai yg hadir
3.56 pagi: Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar
Ibrahim mula dilihat berkumpul di kawasan menuju ke pintu masuk utama
Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Walaupun, terpaksa berhadap
dengan kesejukan awal pagi ditambah dgn keadaan hujan renyai-renyai,
mereka dilihat tetap setia menunggu bagi mengetahui keputusan kes liwat
AKAN MENYUSUL
Read more...