Jan 16, 2012
Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.
Hajar Aswad adalah
batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut
dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'Ruby' yang
diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad
terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran
perak.
Batu
hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan
diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s,
iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk
tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah
akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat
melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang
pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis
tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam
(mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap
putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika
Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi
Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan
bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan
Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan
seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi
Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu
yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian
Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di
sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah
batu yang cantik.
Nabi
Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi
Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari
mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi
Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar
Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu
riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari
batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa
manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit
yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya
batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap
orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat
sekarang. Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa
menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia
kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari
perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium
hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat
diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah
beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah
(peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal
dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke
syurga sebelum kiamat”.
Akhir
kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak
memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah
bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan
tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih
baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku
tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat
kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan
menyentuhmu atau menciummu”
Jadi
apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu
seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana
ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab
tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah,
sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu
Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad
Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah
berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai
saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad,
mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian,
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya./selatanonline.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(220)
-
▼
Jan
(13)
- Semak Saman Trafik Online JPJ PDRM
- MB Kedah tunjuk pelan surau gantikan Salihiah
- Bolehkah Suami Isteri Mandi Bersama ?
- Jangan Mudah Percaya Laman Blog
- Bilakah Izrail Mencabut Nyawa?
- Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciu...
- Ke tandas pun ada adabnya
- Apa kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?
- TERKINI: PERKEMBANGAN DI LOKASI MAHKAMAH
- Gardenia VS Massimo?
- Mengapa Iblis Terpaksa Berjumpa Dengan RASULULLAH ...
- Isu Madrasah Salihiah - Exco Penerangan tampil men...
- Sambutan Tahun Baru 2012 Bersama Ustaz azhar idrus...
-
▼
Jan
(13)
0 comments:
Post a Comment