Powered by Blogger.

Jan 9, 2012

TERKINI: PERKEMBANGAN DI LOKASI MAHKAMAH

WARTAWAN SINAR HARIAN ONLINE
January 9, 2012
Perkarangan mahkamah
Perkarangan mahkamah
Perkarangan mahkamah
BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.


09:25:22 AM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful ... 


Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya.
Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.
 

9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah
9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh
9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah
8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah
Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.
8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam. Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah sesak dengan kehadiran lebih 100 orang
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3 pagi
8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang 'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah selepas 'kekecohan' beberapa minit
8.30 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya tiba di kawasan mahkamah. Turut tiba anak mereka Nurul Izzah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah Hussin. Ketibaan Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah hanya berjalan kaki. Kebiasaanya, beliau akan tiba dengan kenderaan, tetapi hari ini hanya berjalan kaki dengan dikerumuni penyokongnya menyebabkan kesesakkan di pintu pagar utama Kompleks Mahkamah
8.30 pagi: Petugas media dibenar masuk ke dalam mahkamah. Dalam mahkamah penuh sesak dengan petugas media dalam dan luar negara, anggota cawangan khas, peguam dan beberapa kenamaan antaranya MB Selangor. Petugas media melalui dua peringkat untuk memasuki kamar Mahkamah Tinggi 5
8.18 pagi: Peguam bela Anwar Ibrahim, Sankara Nair tiba

8:15 pagi: - Sebahagian peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar berhimpun di luar tapak letak kereta walaupun ruang himpun yang dibenarkan masih mempunyai ruang kosong. Penganjur perhimpunan berusaha memberi arahan supaya penyokong masuk ke dalam tempat letak kereta sebagai mematuhi syarat polis. Difahamkan, penyokong tidak masuk ke dalam lokasi yang dibenarkan kerana ingin menyambut kehadiran Anwar Ibrahim

8 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama isterinya dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Turut hadir Pengerusi SMM Mohd Safwan Anang yang masih berkerusi roda. Beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor juga hadir sama

8.10am: Kerjasama sangat baik dapat disaksikan antara pihak polis dan penganjur setakat ini
7.45 pagi: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga dan salah seorang ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah juga hadir
7.28 pagi: Sorakan "Hidup, hidup, hidup" dan "reformasi" semakin lantang kedengaran di parkir Kompleks Mahkamah
7.25 pagi: Penyokong Anwar Ibrahim mula memenuhi parkir Kompleks Mahkamah. Keadaan masih terkawal. Penganjur meminta penyokong mematuhi arahan polis
Sekitar 7.30 pagi: Naib Presiden PKR Tian Chua berucap - "jika mahkamah kita mengecewakan kita, tak dapat mesej rakyat yg berhimpun hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan bebaskan Anwar Ibrahim dan kita sendiri tidak terus bergantung pada sistem perundangam korup, kita menuntut keadilan, ini sebahagian program kita rakyat kita dalam menyampaikan sokongan mewakili 26 juta rakyat Malaysia untuk beri mesej kepada pemimpin negara yang pegang kuasa. Kita bela Anwar, kita akan bela negara dan undang-undang. Hanya rakyat akan tentukan nasib kita."
7.15 pagi: Penyokong dan peserta perhimpunan 901 di kawasan parkir dianggarkan sekitar 2,000 orang. Peserta perhimpunan 901 Bebaskan Anwar menyanyikan lagu Negaraku dan melaungkan "Reformasi" sebagai sokongan terhadap Anwar Ibrahim

6:45 pagi - Polis melakukan beberapa pemeriksaan terhadap sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim yang membawa beberapa poster, di jalan utama menuju Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Poster itu tertera 'Rakyat hakim negara' dan 'Tolak konspirasi'. Bagaimanapun poster itu dibenarkan dibawa masuk ke lokasi perhimpunan kerana tidak melanggar 10 syarat polis terhadap peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar
6.40 pagi - Polis memaklumkan petugas media tidak dibenarkan berada di lobi Kompleks Mahkamah . Polis mula berdiri di hadapan tangga. Salah seorang peserta perhimpunan mengetuai bacaan doa di tapak perhimpunan.

6.40 pagi: Petugas media yang gagal memperlihatkan pas perakuan media kepda pihak polis yang ditugaskan berkawal di pintu pagar utama tidak dibenarkan memasuki kawasan  perkarangan kompleks mahkamah

6:30 pagi: Sebuah helikopter milik Unit Udara PDRM dilihat diruang udara dipercayai mengawal pergerarakan trafik dan penyokong Anwar Ibrahim

6.20 pagi: Laungan reformasi mula kedengaran

6.15 pagi: Kesabaran petugas media menunggu untuk masuk ke dalam komplkes mahkamah berakhir apabila diberi kebenaran. Kira-kira 150 petugas media dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk ke pekarangan Kompleks Mahkamah. Difahamkan, hanya 47 wakil media yang disenaraikan sahaja dibenar masuk ke dalam kamar mahkamah bagi mengikuti prosiding

6 pagi: Semua penyokong termasuk petugas media yang berkumpul di pekarangan luar jalan msuk mahkmah bergerak masuk ke pintu pagar setelah dibenarkan pihak polis yang berkawal di pos pertama dekat lorong masuk utama

6 pagi: Hujan renyai memaksa peserta mendesak polis membuka laluan ke pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Namun, dimaklumkan polis hanya membenarkan pintu dibuka seawal jam 7 pagi.

5.21 pagi: Dua bas PDRM diiringi dua polis trafik bermotor memasuki perkarangan mahkamah

5.14 pagi: Kelihatan lima trak polis masuk ke dalam kawasan kompleks mahkamah

Sekitar 4 pagi: Petugas media semakin ramai yg hadir

3.56 pagi: Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dilihat berkumpul di kawasan menuju ke pintu masuk utama  Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Walaupun, terpaksa berhadap dengan kesejukan awal pagi ditambah dgn keadaan hujan renyai-renyai, mereka dilihat tetap setia menunggu bagi mengetahui keputusan kes liwat

AKAN MENYUSUL

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP