Feb 29, 2012
Apa rakyat dapat daripada projek Lynas?
29 Feb 2012 |
Kesemuanya memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat yang tinggal berhampiran tempat kejadian. Dalam kes Chernobyl dan Bhopal, kesemua kawasan tragedi kini menjadi kawasan larangan dan tidak selamat didiami. Terkini, Fukushima juga menerima nasib yang sama apabila kerajaan Jepun mendapati tahap radioaktifnya terlalu tinggi dan tidak selamat didiami.
Kesemua negara tersebut – Amerika Syarikat, Ukraine (ketika masih di bawah Rusia), dan Jepun mempunyai tahap teknologi yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia, namun mereka tidak mampu mengawal kebocoran daripada berlaku.
Bagaimana pula Malaysia yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi sebuah negara maju mampu mengawal sebarang bencana jika berlaku kebocoran?
Rakyat malaysia secara umumnya tidak menolak kemajuan apatah lagi teknologi nuklear tetapi cara projek ini dikendalikan menimbulkan kegusaran dan keresahan terutamanya tentang aspek keselamatan.
Antara yang paling membimbangkan rakyat ini ialah kedudukan tapak loji nuklear itu terlalu hampir dengan kawasan kediaman. Jika diambil kira jarak larangan di Fukushima iaitu sekitar 40 km, maka jarak dari Gebeng Kuantan yang bakal menjadi tapak loji, tidak lebih daripada 2 km. Sebarang kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah mencecah hingga ke Kemaman di Terengganu. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 900 ribu. Sementara syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia pula adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
Oleh sebab kedudukannya yang begitu hampir dengan penempatan penduduk, maka nilai hartanah akan jatuh merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman sekitar Kuantan dan Kemaman. Tiada orang yang berfikiran waras bersedia tinggal di kawasan yang berisiko tinggi.
Pada masa yang sama, pelabur luar mahupun tidak akan mengambil risiko melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas terlalu tinggi. Syarikat-syarikat yang sedia ada pula bakal mengalami kerugian jika operasi mereka terganggu. Perkara ini akan membantutkan peluang pekerjaan rakyat tempatan.
Sementara peluang rakyat tempatan untuk bekerja di kilang pemprosesan nadir bumi itu amat sedikit jika dibandingkan dengan adanya pelbagai industri lain.
Sektor pelancongan akan terjejas kerana pelancong tentunya akan memilih kawasan lain yang bebas risiko. Sekali lagi penduduk kawasan sekitarnya akan terjejas pendapatan dan peluang pekerjaan.
Selain itu, syarikat ini dikecualikan daripada cukai selama 12 tahun! Sedangkan syarikat ini bakal membuat untung berbilion ringgit pada tahun pertamanya beroperasi. Bagaimana jika mereka menutup projek ini dan meningglkannya begitu sahaja selepas 12 tahun? Apakah yang kita dapat? Pada masa yang sama rakyat dibebankan dengan pelbagai cukai dan pemotongan subsidi.
Sedangkan syarikat dari luar mendapat peluang perniagaan yang untungnya berbilion rnggit dan tidak pula dikenakan cukai. Dalam hal ini rakyat terus-terusan tidak mendapat manfaat daripada projek Lynas!
Seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1), Denda RM50 juta akan dikenakan kepada Lynas untuk setiap bencana. Namun jika dibandingkan dengan jangkaan RM8 Billion setahun, denda itu terlalu kecil sedangkan rakyat akan menderita ancaman radioaktif untuk tempoh yang cukup lama.
Hakikatnya, walaupun kebanyakan rakyat sedar tentang kebaikan dan manfaat daripada pembangunan teknologi ini, namun cara dan kaedah pelaksanaannya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat, bahkan terpaksa menghadapi risiko yang tinggi jika berlaku sebarang kebocoran atau sebagainya.
Feb 28, 2012
Injil ramal kehadiran Rasulullah ditemui
February 28th, 2012
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Feb 23, 2012
AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA
Lihat Gambar2 disini ..http://www.mazidulakmal.com/2012/02/airmata-faris-mengalir-sebaik-menutup.html
FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH
Innalillah... Al-Fatihah... Semoga kedua ibu bapanya sabar & tabah menerima ujian ini... mengalir airmata saya.
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
Read more...
Feb 22, 2012
MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH
Adik Faris adalah jiran saya...berita ini adalah benar.
Assalamualaikum guys... Entry hari ini aku kongsikan dari artikel Brother Mazidul mengenai bantuan yang adik Faris kita perlukan untuk pembedahannya. Adik Faris mengidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis atau kanser darah. Kanser darah ini jika tidak dirawat akan mudah merebak ke anggota2 badan yang lain.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin 11:14AM Feb 22, 2012 |
Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?
Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?
Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.
Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;
Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.
Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.
Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.
Sabda Nabi SAW:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.
Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.
Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.
Tiada kaum yang boleh menganggap mereka ‘lebih tuan’ dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.
Dalam masa yang sama Nabi bersabda:“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.
Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.
Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).
Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.
Menolong Kaum Dalam Islam
Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.
Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) “Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Rum, ayat 37)
Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.
Sabda Nabi: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.
Penulis bekas mufti Perlis dan kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.
Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo"Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logoterbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. Justeru,rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI.Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapa dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam.
Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan
Bukti, carian "JATI LOGO" memaparkan logo "Syaitan" pada google image
Feb 18, 2012
AKIDAH NAJIB DAN THAIPUSAM
Read more...
Feb 17, 2012
ANWAR: PKR JUNJUNG PERJUANGAN PALESTIN
Read more...
Feb 16, 2012
ANAK dakwa Najib jahanamkan legasi Tun Razak
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, dahulunya Felda yang diperkenal oleh Abdul Razak – untuk memberi hak dan menyusun masyarakat Melayu sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan meningkat ekuiti 30 peratus orang Melayu – kini dijadikan "modal perebutan dan keuntungan" peribadi pemimpin tertentu.
"Ini yang membezakan perjuangan pemimpin dahulu dengan pemimpin hari ini. Dan lebih spesifik lagi, kalau Tun Razak membina asas yang kuat untuk orang Melayu.
"Tetapi malangnya hari ini, anaknya, kalau saya menggunakan bahasa yang lebih ekstrem, anaknya (dilihat) 'menjahanamkan' apa yang dibina oleh bapa beliau," katanya Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.
Abdul Razak adalah pemimpin yang bertanggunjawab menjaga Felda bermula 1959 hingga 1970, manakala Najib yang juga presiden Umno mengurusnya pada 2004.
Mengimbau sejarah penubuhan Felda sejak 1956, Mazlan tidak menafikan penubuhan Felda sebagai agenda meneruskan sokongan - kepada Umno dan BN - serta memberikan kehidupan selesa kepada rakyat.
'Ingatan terhadap jasa mula terhakis'
"Tetapi kekuatan yang ada pada warga Felda, ingatan mereka terhadap jasa-jasa yang diberikan, mula terhakis dan mereka mula mencongak-congak, kenapa perkara yang baik dibuat di zaman Tun Razak, hari ini cuba dihakis oleh pemimpin yang ada pada hari ini.
"Dengan satu usaha, bagi sesetengah warga Felda, sesuatu yang tidak logik, tidak berasas dan tak masuk akal terutama sekali dalam isu penyenaraian (Felda Global Venture Holding atau FGV) ini (ke bursa saham)," katanya.
Mengulas berhubung maklum balas warga Felda berhubung isu penyenaraian itu, Mazlan berkata ketika inilah waktu beliau paling sibuk bertemu dengan tokoh politik, anak-anak Felda, ahli akademik dan kumpulan profesional yang menyatakan kebimbangan mereka.
"Mereka memberi sokongan dan dokongan yang kuat kepada kami untuk menjadi benteng utama bagi mempertahankan hak yang sedia ada, daripada dirosakkan oleh golongan yang berusaha setiap hari untuk memastikan penyenaraian ini.
"Jadi, dari sudut ini, Umno dilihat bukan lagi membela kepentingan orang Melayu. Dulu mereka kata zaman Tun Abdul Razak, ya. Zaman Tun Hussein ya. Tapi hari ini, mereka melihat Umno ini mahu menghancurkan, apa yang mereka telah dapat dan mereka warisi sebelum ini," kata Mazlan lagi.
Mazlan - yang sudah 20 tahun bergelut menangani isu Felda - berkata penerimaan warga Felda berubah berbanding dahulu apabila ceramah yang dihadiri berlipat kali ganda berbanding sebelum ini walaupun NGO ANAK mengadakan pelbagai promosi.
'Durian runtuh' mampu tarik sokongan
Ditanya sekiranya Najib memberikan 'durian runtuh' kepada warga Felda mampu menarik balik sokongan kumpulan itu, Mazlan tidak menafikan faktor keselesaan hidup peneroka menjadi pendorong sokongan kepada BN.
Bahkan, kata Mazlan, kemenangan BN dengan mengekalkan undi warga Felda pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, disebabkan kestabilan harga komoditi sehingga beranggapan tiada keperluan untuk mengubah sokongan.
Bagaimanapun, kata Mazlan, anjakan sokongan anak muda di Felda akan berlaku bila-bila masa, memandangkan mereka tidak mempunyai tanah, apatah lagi apabila tanah yang diuruskan Felda Plantation seluas 360,000 hektar - yang menurutnya patut dimiliki mereka - akan dipajak oleh FGV selama 99 tahun.
Hal demikian, tegas Mazlan, akan mengundang kemarahan anak-anak peneroka yang didakwanya diri mereka, yang sepatutnya mendapat hak ke atas tanah tersebut.
"Jadi fenomena ini, saya yakin ia akan menyumbang kepada sokongan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.
"Sebab itu, saya nampak kerajaan BN, cukup bimbang dengan perkembangan ini. Jadi setiap kali kami membuat pendedahan, saya nampak yang menjawab kebimbangan (adalah) perdana menteri sendiri.
"Kalau penolakan itu berlarutan sehingga pilihan raya, saya optimis, suasana akan berbeza. Hasilnya akan berbeza dalam piliahn raya umum akan datang," katanya.
Feb 10, 2012
KHUTBAH PERTAMA RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH.
- Sodaqoh dapat membersihkan diri dari penyakit kikir,menjauhkan dari perbuatan dosa,memperbaiki dan meningkatkan kebaikan dari harta yang dimiliki,dan mendatangkan ampunan dari Allah swt,sehingga kalaulah itu yang dilakukan oleh seorang hamba,maka tentunya harta yang senantiasa dikeluarkan sodaqohnya akan mendatangkan ketentraman,kedamaian dan rohmat dari Allah swt. Hal itu dijelaskan dalam surat Attaubah ayat 103.
- Allah swt menggambarkan penyesalan orang tidak melaksanakan ketika masih hidup didunia,dia memohon diberi kesempatan walau sebentar,hanay karena ingin berbuat sodaqoh,sebagaimana tercantum dalam surat Al Munafiqun ayat 10.
- Betapa besanya jaminan Allah swt bagi yang melakukan amal sodaqoh,kita tidak sanggup untuk mengurai dengan lisan maupun tulisan sungguh betapa besar janji dan jaminan Allah untuk amal sodaqoh ini,mari kita renungkan firmanNya dalam surat Al Baqoroh ayat 261 dan ayat 270-274.
- Rasulullah SAW mengingatkan dalam haditsnya beliaua bersabda yang artinya :”Tidak ada satu haripun bagi hamba-hamba Allah ketika sampai umurnya dipagi hari,hanyalah akan turun dua Malaikat yang akan mendo’akan mereka, yang satunya mendo’kan : Ya Allah berilah gantinya bagi orang yang suka berinfaq,dan yang satunya lagi berkata: Ya Allah hancurkanlah hartanya bagi yang tidak mau berinfaq”. Hadits riwayat Bukhori dan Muslim.
- Rasulullah SAW bertanya kepada par sahabatnya :” Siapakah diantara kalian yang paling mencintai harta warisannya daripada hartanya sendiri? Mereka berkata :Ya RosulAllah tidak ada diantara kami yang mencintai hartanya hanyalah harta miliknya sendiri.Rasulullah SAW menjawab :Maka sesunguhnya harta yang menjadi miliknya sendiri adalah yang telah disodaqohkan,sedangkan harta yang menjadi warisan adalah yang disisakan atau tidak disodaqohkan ketika masih hidup”.
- Rasulullah SAW menjelaskan dalam haditsnya :”. Apabila anak Adam meninggal maka akan terputus segala amalnya kecuali tiga hal : a).Sodoqoh jariyah, b).Ilmu yang bermanfaat, c).Anak soleh yang selalu mendo’akan kepada kedua orang tuanya”.
Blog Archive
-
▼
2012
(220)
-
▼
Feb
(18)
- CARA MENGENAL BRUSH BULU BABI..
- Apa rakyat dapat daripada projek Lynas?
- Injil ramal kehadiran Rasulullah ditemui
- AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA
- FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH
- MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP...
- Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?
- Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syai...
- AKIDAH NAJIB DAN THAIPUSAM
- ANWAR: PKR JUNJUNG PERJUANGAN PALESTIN
- ANAK dakwa Najib jahanamkan legasi Tun Razak
- KHUTBAH PERTAMA RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH.
- MENGAPA JUTAWAN SENDAYU TINGGI PAKAI PURDAH?
- Menunggu di Pintu Syurga
- Sejarah Hajar Aswad
- KELUH RAKYAT BERPENDAPATAN LEBIH RM3K
- 7 CARA ELAKKAN PERUT BUNCIT
- Kehidupan dan Pilihannya
-
▼
Feb
(18)