Kehidupan dan Pilihannya
1- HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
- Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
- Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
- Esok ~ Hari yang belum pasti.
- Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
2- HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
- Nafas Naik.
- Nafas Turun.
- Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah
pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam
menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk
meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
- Hidup dalam keredhaan ALlah.
- Hidup dalam kemurkaan ALlah.
-carilah keredhaan allah dalah kehidupan di dunia ini dan jauhilah
kemurkaan allah semoga kita juga mendapat keredhaan allah di akhirat
kelak.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
- Kekal di dalam neraka.
- Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya
diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula
ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat
sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai
boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk
surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan
sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar
kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu,
tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah
kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk
kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita
kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke
dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera sentiasa… di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.
Amin…
sumber : yahoogroups
0 comments:
Post a Comment