February 28th, 2012
Satu
naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi
Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila
pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta
untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun
lalu.Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay,
memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22
juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan
Muhammad.
Bagaimanapun
Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan
diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan
pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam
Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea
Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai
kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu
versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi:
Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama
diberkati.
Dalam satu
lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya
orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab
keturunan Nabi Ismail.
Menurut
laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah
Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew,
Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot
dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay
berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan
dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan
bahasa Hebrew).
Beliau
berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang
ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan
samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal
ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi
Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal
yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun,
keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul.
Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari
abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad
pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
– Agensi
0 comments:
Post a Comment