Powered by Blogger.

Mar 20, 2009

Cerita Pak Lah Dari Versi Anak Negarawan

Friday, March 20, 2009

Selepas Subuh

Cerita Pak Lah Dari Versi Anak Negarawan

LEWAT malam tadi saya telah berjumpa anak negarawan seperti mana dijadualkan. Pertemuan ditunda ke sebelah malam kerana beliau ada urusan pada pagi dan tengah hari. Kami bertemu di sebuah restoran di pinggir ibu kota. Walaupun kesihatan (kaki) belum pulih tetapi saya gagahi juga kerana ingin mendengar cerita dan perkembangan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dari versinya.

Bersama kami ada orang yang lain, nama dan wajahnya cukup popular juga dalam dunia politik.

Makan i restoran itu boleh tahan juga lazat dan menggoda hati. Tetapi kerana dalam pantang saya hanya memilih seketul ikan dan secawan kopi Muar saja. Selebihnya terpaksa menjadi penonton melihatan makan terhidang, tidak berani menyentuhnya.

Sebelum anak negarawan itu bercerita mengenai Pak Lah dia memaklumkan pertemuannya (terserempak) dengan orang baju petak-petak merah yang sedang makan di sebuah restoran mewah di Bangsar. Pertemuan itu mengejutkannya. Tetapi di sini saya tidak mahu menceritakan apakah yang berlaku nanti penyokong orang baju petak-petak marah marahkan saya pula!

Cerita bermula dengan detik-detik pertemuan anak negawaran itu dengan Pak Lah pada 16 Februari lalu. Katanya sewaktu beliau masuk nak jumpa Pak Lah di Putrajaya ramai yang sedang menunggu. Ada beberapa orang yang beliau kenal termasuk wakil rakyat dan juga ketua bahagian Umno.

Daripada perbulan di bilik menunggu dengan tetamu Pak Lah itu semua datang dengan niat satu, iaitu untuk menasihati Pak Lah supaya tidak berundur. Datang untuk memberi semangat dan minta Pak Lah terus pegang jawatan Perdana Menteri.

Seorang ketua bahagian dari Sabah jelas anak negarawan itu, menyebut terang-terang kepada Pak Lah sekiranya dilepaskan jawatan PM kepada Nohd Najib Razak tidak sampai dua bulan kerajaan BN akan lingkup.

Menurutnya komponen BN di Sabah dan Sarawak menanti masa saja untuk keluar BN dan bertindak menjadi bebas. Jadi katanya ketua bahagian itu kalau Pak Lah sayangkan kepada UBN janganlah sesekali serahkan kuasa kepada Najib.

Komponen BN di Sabah dan Sarawak tidak menyukai Najib. Dan kesan paling buruk juga kalau Najib sudah memegang kuasa nanti menyebabkan Sabah dan Sarawak mungkin akan bertindak keluar dari Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti mana berlaku kepada Singapura.

Kata ketua bahagian itu sudah ada tanda-tanda atau bibit-bibit yang tumbuh di Sabah dan Sarawak yang dicipta untuk menimbulkan masalah bagi membolehkan mereka bertindak demikian. Kesan yang mungkin diambil tindakan oleh Sabah dan Sarawak ini menakutkan sekali.

Apakah pula hasil perjumpaan anak negawaran itu dengan Pak Lah? Katanya dia telah memberi taklimat panjang kepada Pak Lah dari semua sudut. Pak Lah juga memberi taklimat balas. Maknanya mereka bertukar pandangan dan berargumantasi apakah wajar atau tidak Pak Lah melepaskan jawatan kepada Najib.

Menurutnya Pak Lah sudah timbang dari beberapa sudut. Semua pandangan dan maklumat yang diberi kepadanya dicerna sebaik mungkin untuk membuat keputusan.

Dalam kesempatan itu juga menurut anak negarawa itu beliau mendapat tahu apakah punca menyebabkan Pak Lah sedia menurut kehendak pihak tertentu supaya berundur. Pada mulanya Pak Lah tidak mahu berundur tetapi selepas berlaku tindakan berpaling tadah kalangan kalangan ketua-ketua perhubungan Umno negeri dalam mesyuarat MT menyebabkan Pak Lah membatalkan semula niatnya.

Mulanya Pak Lah sudah mendapat persetujuan daripada semua ketua-ketua perhubungan Umno negeri-negeri supaya beliau terus kekal dengan menerima pencalonan untuk jawatan presiden. Semua memberi jaminan untuk sokong. Mesyuarat itu diadakan di kediaman PM di Putrajaya pada bulan puasa dan semua ketua perhubungan bersaur di rumahnya.

Mesyuarat dan konsensus ini diadakan sebelum mesyuarat MT pada keesokan harinya.

Tetapi malang telah berlaku sesuatu yang dirancang begitu rupa tetapi tidak disedari Pak Lah. Sebelum mesyuarat MT bermula berlangsung pertemuan empat biji mata selama 45 minit antara Najib dengan Pak Lah. Pertemuan ini atas permintaan Najib. Dalam pertemuan ini Pak Lah diberi maklumat oleh Najib yang kononnya menurut bancian SB sekiranya Pak Lah bertanding jawatan presiden Pak Lah tidak akan mendapat lebih daripada 50 pencalonan.

Maklumat itulah meyebabkan Pak Lah menarik diri dengan tiba-tiba untuk bertanding presiden. Apabila mesyuarat bermula Najib yang mula-mula bercakap memberi penjelasan dan sebagainya, menyebabkan kesemua ketua-ketua perhubungan Umno negeri yang bersaur di rumah Pak Lah dan memberi sokongan agar Pak Lah bertanding sudah mula berubah dalam kedudukan 50 - 50.

Keadaan dan perubahan mendadak itu menyebabkan akhirnya Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak akan bertanding!

Itu senerio lama! Saya tidak berminat dengan cerita itu. Apa perkembangan terbaru mengenai Pak Lah?

1. Pak Lah sangat terkilan dengan penemuan ayat-ayat jampi dan besi bat di bawah mejanya di ibu pejabat Umno dua tiga hari kepas.
2. Sedang menimbangkan segala nasihat yang diterimanya sebagai mungkin.
3. Pak Lah telah pun bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah bulan lepas. Pertemuan ini disahkan oleh kedua-dua pihak.
4. Pak Lah telah memperpanjangkan tugasan sebagai Perdana Menteri dengan memasukkan beberapa program tambahan ke dalam buku harian kerajaan sehingga bulan Jun.

Ini bermakna Pak Lah tidak akan berhenti pada Mac ini walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan presiden. Dalam erti kata lain beliau extend sampai tiga bulan lagi.

Cerita-cerita dan bualan lain akan dimasukan kemudian jikanya perlu dan sesuai! [wm.kl. 6:00 am 20/03/09]

Di cilok Dari Sini......




0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP