Powered by Blogger.

Mar 12, 2009

Majlis Makan Tengah Hari Yang Kontroversi

Komen Pilihan Hari Ini

Assalamu 'alaikum,

Pertemuan itu tidak dirancang oleh Pak Lah dan Anwar, mungkin benar. Tapi dirancang oleh orang lain, mungkin benar.

Syaikh Mahmud diterima sebagai Tok Guru oleh kedua-duanya, adalah benar (setakat yang saya tahu).Yang pasti, Syaikh Mahmud memang ada bercakap dengan kedua-duanya. Apa yang dicakapkan? Rasanya MSO ada maklumat yang detail tentangnya.

Ni saya duk tunggu dua-dua ni kena panggil oleh TG Haji Salleh Penanti pulak.Apa pun, apa yang pasti, pertemuan dua orang yang sama-sama ada kalimah Laa ilaaha illalLah, tetap mulia dan menggembirakan Allah Taala.

Kepada yang risau, kenapa ulamak spt TG Nik Aziz atau TG Hj Hadi takd ijemput sama, tak perlu le pertikaikan isu ini.

Yang Mulia Tuan-tuan Guru ini semua ada peranannya masing-masing di sisi Allah. Dan masing-masing dalam bidangnya masing-masing sedang berkhidmat kepada Allah.

Cuma kalau ada himmah dan hikmah daripada pihak PAS, mungkin mereka boleh aturkan muqabalah mujamalah antara semua Tuan-Tuan Guru ini.Wallahua'lam.Wassalam.

- SANG FAQIR

KATA orang sekeping gambar menyimpan seribu makna. Gambar adalah aksi yang menterjemahkan hakiki objek yang dipaparkan. Gambar tidak boleh berkata-kata namun sebenarnya dialog dalam gambar itu tetap ada. Terserah untuk membina dialog sendiri atau sekadar merenung dengan akal yang bijak.

Di bawah ini dipostkan enam keping gambar yang terpilih daripada puluhan keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kehadiran Abdullah dan Anwar di madrasah Nurul Iman kelmarin kelmarin.


Selepas Pak Lah meninggalkan madrasah Nurul Iman
giliran Anwar untuk berlalu kira-kira dua minit kemudian.
Maka selesailah acara makan tengah hari.

Anwar menjenguk dimuka pintu rumah Syeikh Mahmud
sebaik saja Pak Lah turun untuk pulang.

Pak Lah memberi post istimewa, kelihatan ceria dan
seronok dengan keadaan sekeliling sebaik turun dari rumah
Syeikh Mahmud. Mungkin Pak Lah benar-benar kenyang!

Pak Lah dihantar Syeikh Mahmud turun untuk pulang
selepas berada dalam rumah selama lebih satu jam
untuk makan tengah hari yang kontroversi!


Disebalah kanan (cerah) kasut Anwar manakala
disebelah kiri pula kasut Pak Lah. Kasut-kasut lain
adalah pendengar dan mata yang sahih mengenai apa
yang berlaku. Carilah tuan-tuan kasut berkenaan
untuk mengetahuin apa cerita sebenarnya.

Pintu rumah Syeikh Mahmud ditutup rapat, tetapi tidak berkunci.
Di dalamnya ada Pak Lah dan Anwar sedang makan tengah hari.

Dr Wan Azizah, isteri Anwar turut sama naik ke rumah Syeikh
Mahmud. Sayang sedikit Jeanne isteri Pak Lah tidak
hadir kalau tidak suasana lagi meriah.


cilok dari blogger


0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP